Apabila mendapat diagnosis, doktor anda mungkin sering membincangkan kadar kelangsungan hidup (survival) anda. Kadar survival adalah peratusan orang yang mempunyai keadaan yang sama yang bertahan selama tempoh tertentu selepas diagnosis. Ini penting apabila menentukan prognosis (ramalan) anda. Walaupun angka ini hanya peratusan yang berdasarkan populasi, adalah penting untuk mengingati bahawa situasi setiap orang adalah berbeza. Ia bergantung pada ketersediaan rawatan yang lebih baru dan kesihatan keseluruhan anda.
Kadar survival dapat menggambarkan masa yang diberikan. Ia boleh menjadi lebih dari 1 tahun, 5 tahun atau bahkan 10 tahun. Secara umum, kebanyakan kadar survival adalah melebihi 5 tahun, yang juga dikenali sebagai kadar survival 5 tahun. Ini tidak bermakna anda akan hidup hanya selama 5 tahun. Kadar survival merujuk kepada bilangan orang yang telah bertahan dengan kanser sekurang-kurangnya 5 tahun selepas diagnosis. Sudah tentu terdapat ramai orang yang hidup lebih lama daripada 5 tahun. Angka ini membantu anda berbincang dengan doktor anda pilihan rawatan yang terbaik untuk keadaan anda.
Bagaimanakah kadar survival dikira?
Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana kadar survival 5 tahun dikira. Untuk mendapatkan angka ini, para penyelidik perlu melihat bilangan orang yang selamat daripada kanser hati selepas 5 tahun didiagnosis. Tanpa melihat tahap atau rawatan tertentu, angka ini dipanggil kadar keseluruhan. Contohnya, kadar kelangsungan hidup kanser 5 tahun keseluruhan ialah 50%. Ini bermakna 50% orang yang menghidap kanser hati telah hidup selama 5 tahun selepas diagnosis, tanpa mengambil kira sebarang komplikasi yang mungkin berlaku.
Bagi doktor, kadar keseluruhan biasanya terlalu umum untuk menentukan ramalan yang tepat. Kadar survival yang lebih spesifik menyumbang peringkat dan komplikasi dipanggil kadar survival relatif. Menurut National Cancer Institute’s Surveillance, Epidemiology and End Results (SEER), mereka mengumpul data dari pesakit dengan kanser hati antara 2003 dan 2009. Hasilnya mengambil kira 3 kumpulan kanser, seperti yang berikut:
- Localized. Ini bermakna sel-sel kanser tidak merebak dan terkurung di hati, yang merangkumi peringkat I, II dan beberapa tahap III. Kadar survival relatif 5 tahun adalah 28%.
- Regional. Ini menggambarkan kanser telah merebak ke organ berdekatan atau nodus limfa, yang merangkumi peringkat IIC dan IVA. Kadar survival relatif 5 tahun ialah 7%.
- Distant. Ini bermakna bahawa kanser telah merebak ke organ dan tisu yang jauh yang merangkumi tahap IVB. Kadar survival relatif 5 tahun adalah 2%.
Kadar survival relatif digunakan untuk menentukan manfaat dan risiko pilihan rawatan tertentu atau pesakit. Diagnosis awal adalah lebih baik untuk peluang anda meneruskan hidup.
Terdapat banyak faktor lain yang boleh menjejaskan kadar survival, seperti kesihatan keseluruhan pesakit, rawatan mereka, dan seberapa baik tubuh mereka bertindak balas terhadap rawatan kanser. Mengambil kira semua faktor ini, kadar survival adalah anggaran kasar pada tahap terbaik. Doktor anda boleh memberitahu anda kadar survival pesakit yang dirawat sejak 5 tahun yang lalu, tetapi penambahbaikan dalam rawatan sejak itu dapat menghasilkan hasil yang lebih baik bagi orang yang kini didiagnosis dengan kanser hati.
Tiada statistik yang boleh memberitahu anda apa yang akan berlaku. Tubuh anda berbeza dan unik. Jenis kanser yang sama boleh berkembang pada kadar yang berbeza pada orang yang berbeza. Statistik tidak mencukupi untuk memberitahu anda tentang rawatan yang mungkin dimiliki oleh orang-orang ini dan bagaimana rawatan itu memberi kesan kepada mereka. Terdapat banyak aspek individu yang akan menentukan rawatan anda. Semuanya melibatkan rawatan yang terbaik untuk anda dan bagaimana tubuh anda akan bertindak semasa dan selepas rawatan. Adalah penting untuk berbincang dengan doktor anda tentang angka ini dan bagaimana ia berkait dengan anda.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.