backup og meta

Larch Turpentine

Kegunaan

Apakah kegunaan Larch Turpentine?

Larch turpentine disapu pada kulit untuk merawat sakit saraf, sakit sendi, bisul, demam, selsema, batuk, bronkitis, kecenderungan terhadap jangkitan, masalah tekanan darah, dan mulut dan tekak dan sakit (keradangan).

Bagaimanakah ia berfungsi?

Tidak ada kajian yang mencukupi tentang cara turpentine larch berfungsi. Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan: Apabila disapu pada kulit, larch turpentin dapat meningkatkan aliran darah dan mencegah pertumbuhan bakteria.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya ketahui sebelum menggunakan larch turpentine?

Berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk apa-apa ubat yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan yang terkandung dalam larch turpentine atau ubat-ubatan lain atau herba lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain
  • Anda mempunyai apa-apa jenis alahan lain, seperti alahan kepada makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan

Kawalan (regulasi) bagi suplemen larch turpentine  kurang ketat berbanding daripada kawalan bagi ubat-ubatan. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Faedah mengambil suplemen herba ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Rujuk dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Sejauh manakah larch turpentine selamat digunakan?

Larch turpentine dilihat selamat apabila digunakan pada kulit yang tidak merekah. Ia mungkin tidak selamat apabila diambil melalui mulut, digunakan pada kulit yang rosak atau merekah, atau disedut.

Langkah berjaga-jaga dan amaran khusus

Kehamilan dan penyusuan bayi: Tidak ada maklumat yang mencukupi untuk mengetahui sama ada penggunaan larch turpentine sebagai ubat semasa mengandung atau menyusukan bayi adalah selamat. Sebagai langkah keselamatan, elakkan penggunaannya.

Bronkitis: Jangan menyedut larch turpentine jika anda mempunyai bronkitis. Ia boleh membuat keadaan anda bertambah teruk.

Kesan sampingan

Apakah jenis kesan sampingan yang saya boleh alami dari pengambilan larch turpentine?

Apabila tidak digunakan dengan betul, larch turpentine boleh menyebabkan kesan sampingan seperti:

  • Reaksi alahan kulit
  • Masalah buah pinggang
  • Kerosakan sistem saraf
  • Masalah paru-paru

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai sebarang kesan sampingan, sila rujuk ahli herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindak balas yang boleh saya alami dengan pengambilan larch turpentine?

Larch turpentine boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan semasa atau keadaan perubatan anda. Sila berunding dengan ahli herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Dos

Maklumat yang diberikan bukan pengganti nasihat perubatan. SENTIASA berunding dengan pakar herba anda atau doktor sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos biasa untuk larch turpentine?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa keadaan lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk ketersediaan larch turpentine yang boleh didapati?

Larch turpentine boleh didapati dalam bentuk minyak.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Versi Terbaru

12/09/2019

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab


Artikel Berkaitan

Lelaki Yang Bermasalah LEMAH BATIN, Mungkin Boleh Cuba 5 Herba Tradisional Ini!

Pernah Dengar Mengenai Garam Epsom? Ini 7 Manfaatnya, Baik Untuk Ibu Juga!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 12/09/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan