backup og meta

Tahukah Anda Sesuatu yang Jauh Lebih Kotor Berbanding Tempat Duduk Tandas?

Tahukah Anda Sesuatu yang Jauh Lebih Kotor Berbanding Tempat Duduk Tandas?

Siapa sahaja yang tidak bersetuju jika kita semua mengatakan bahawa tandas adalah tempat yang kotor dan dipenuhi dengan pelbagai jenis bakteria. Bahkan, ramai individu yang akan mengelap atau meletakkan tisu tandas diatas permukaan tempat duduk tandas sebelum menggunakannya. Alasannya? Ia terlalu kotor untuk bersentuhan terus dengan kulit tubuh.

Tetapi pernahkah anda terfikir sesuatu yang jauh lebih kotor berbanding dengan tempat duduk tandas tersebut? Adakah anda terkejut sekiranya benda yang lebih kotor itu adalah sesuatu yang anda ‘peluk’ dan ‘belai’ setiap hari? Boleh bayangkan? Ketahuinya melalui penulisan ini.

Telefon bimbit lagi kotor daripada tempat duduk tandas

Satu kajian menyatakan bahawa, telefon bimbit atau telefon pintar anda adalah satu benda yang jauh lebih kotor yang mungkin tidak terlintas untuk difikirkan oleh kita. Bagaimana telefon bimbit ini boleh mengumpul sebegitu banyak kotoran berbanding tempat duduk tandas? Ia berpunca daripada tangan anda sendiri. Dengan kekerapan anda memegang telefon bimbit setiap masa dan setiap hari, adalah tidak mustahil untuk pelbagai mikroorganisma berpindah daripada tangan ke telefon bimbit anda. 

10 kali ganda lebih banyak

Tahukah anda sebanyak manakah mikroorganisma yang merayap diatas telefon anda? Kajian terbaharu telah menemukan sebanyak 17,000 salinan gen bakteria pada telefon bimbit milik pelajar-pelajar sekolah menengah di Amerika Syarikat. Para saintis di Universiti Arizona juga menyatakan bahawa, telefon bimbit memiliki 10 kali ganda bakteria berbanding kebanyakan tempat duduk tandas. 

Walau bagaimanapun, anda tidak perlu berasa khuatir. Ini kerana kebanyakan mikroorganisma yang dijumpai berada pada telefon bimbit bukanlah sejenis patogen yang menyebabkan penyakit pada manusia. Kajian juga mendapati terdapat beberapa patogen lain pada telefon bimbit seperti E. coli, dan keberadaannya pada telefon tidak mejadikan anda jatuh sakit secara automatik. Pun begitu, anda perlu memastikan bahawa patogen ini tidak memasuki sistem tubuh badan anda.

Cara terbaik mengurangkan bakteria pada telefon bimbit

Pertama, elakkan daripada membawa masuk telefon bimbit bersama-sama anda ketika menggunakan tandas. Jirusan air di mangkuk tandas boleh menyebarkan kuman seperti E.coli pada telefon anda.

Kedua, cuci tangan anda selepas menggunakan tandas dan sebelum menyentuh telefon anda. Ini bagi memastikan bahawa anggota tubuh anda kekal bersih selepas menggunakan tandas. 

Ketiga, gunakan kain mikrofiber yang lembut untuk mengelap telefon bimbit anda. Anda juga boleh menggunakan alcohol swab untuk mencuci dan mengelap telefon bimbit anda untuk pembersihan secara mendalam. 

 

Amalkan penjagaan kebersihan diri yang tip top agar persekitaran anda kekal bersih dan bebas penyakit. Rajin-rajinlah mencuci telefon bimbit anda selepas anda membaca pendedahan ini. Adakah anda boleh membayangkan jika anda ‘memeluk’ atau ‘membelai mangkuk tandas di rumah anda? Itulah gambaran jika anda tidak mahu membersihkan telefon bimbit anda dengan kerap. 

 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://time.com/4908654/cell-phone-bacteria/

Versi Terbaru

18/06/2020

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

5 Deodoran Popular Untuk Wanita, Tak Melekit, Cepat Kering & Hilangkan Bau Ketiak!

Malu Ketiak Gatal Dan Menghitam? Jangan Risau, Kami Ada Solusinya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 18/06/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan