Mengapa luka saya gatal apabila sudah hampir sembuh?
Setiap orang pasti tertanya-tanya, “Mengapa luka rasa gatal jika hampir hendak sembuh?’ Pakar perubatan juga tidak tahu mengapa, tetapi terdapat pelbagai teori mengenainya.
Proses penyembuhan
Jika anda ingin tahu mengapa luka anda akan rasa gatal semasa hendak sembuh, anda perlu memahami proses penyembuhan dahulu. Kulit anda adalah barisan pertama pertahanan terhadap perkara yang boleh merosakkan anda. Sama seperti satu sistem keselamatan, apabila perimeter ditembusi, penggera akan memberi amaran. Ini akan memberitahu tubuh anda untuk bertindak, dan mula memulih.
Berikut adalah empat langkah dalam proses penyembuhan:
- Peringkat pertama adalah hemostasis. Selepas saluran darah menyempit, memperlahankan kehilangan darah, platelet akan berkumpul bersama-sama dan membuat palam platelet pada tapak luka. Kemudian, penggumpalan berlaku fibrin membuat sejenis cantuman jerat dan platelet serta sel darah merah ditangkap dan membentuk satu gumpalan.
- Seterusnya, peringkat keradangan semasa tubuh mula mencuci luka. Puing dibawa pergi dari tapak untuk mengelakkan jangkitan.
- Fasa proliferatif adalah peringkat berikutnya. Tubuh mula membuat saluran darah baru dan kulit baru akan dibuat.
- Akhir sekali, pematangan dan fasa pengubahsuaian. Sel-sel yang rosak lain dibaiki, termasuk juga sel saraf.
Mengapa rasa gatal?
Terdapat beberapa teori yang menjelaskan mengapa kuping memberi rasa gatal. Terdapat histamin dalam kuping yang merengsa kulit di sekeliling luka. Sesetengah doktor menganggap ini sebagai cara tubuh untuk membuang kuping yang mana tidak lagi diperlukan. Apabila ia gatal, anda akan menggarunya dan ia akan tertanggal. Terdapat kecacatan dalam teori ini, kerana ada kalanya anda akan rasa gatal kuping sebelum luka sembuh lagi.
Teori kedua ada kaitannya dengan saraf dalam kulit anda yang terpotong semasa kulit dipotong. Apabila luka sedang sembuh, kulit baru adalah amat nipis, jadi saraf akan jadi lebih sensitif. Semakin ia menyembuh, isyaratnya mungkin terkesan dan otak mendapat jenis isyarat yang salah. Otak mungkin mentafsirkan rasa gatal dan mahu tubuh bertindak balas dengan cara menggarunya.
Teori lain pula adalah semakin pulih luka, kuping akan menarik kulit baru, dan menyebabkan kawasan di sekeliling kuping rasa gatal.
Akhir sekali, kekeringan boleh menjadi sebab kepada kegatalan. Apabila luka berlaku, kulit, saraf, dan kelenjar minyak terjejas, dan tanpa minyak, kulit akan menjadi kering.
Menggaru tempat gatal
Terdapat beberapa perkara yang boleh membantu mengurangkan gatal kuping kudis:
- Letakkan krim antibiotik secepat mungkin. Ini boleh membantu luka untuk sembuh dengan cepat dan hanya tumbuh kuping kecil, jadi ia tidak akan gatal sangat.
- Biarkan luka berbalut penting untuk memastikannya bersih, supaya luka tiada jangkitan.
- Akhir sekali, anda boleh cuba ubat tanpa preskripsi seperti krim anti-gatal atau minyak vitamin E. Ini boleh membantu melindungi dan menenangkan kegatalan. Urut lembut luka anda semasa anda menyapunya supaya ia rasa lega.
Pertolongan cemas
Bagi menyembuhkan luka anda, beberapa pertolongan cemas adalah diperlukan.
- Hentikan pendarahan dengan menekan perlahan-lahan luka secara berterusan, dengan menggunakan kain kasa atau kain bersih, selama 20-30 minit. Jika anda menggerakkan pakaian untuk memeriksa luka, ini akan menggerakkan juga gumpalan dan pendarahan akan berlaku lagi. Segera dapatkan bantuan perubatan jika pendarahan tidak berhenti.
- Bersihkan luka dengan meletakkan kawasan luka di bawah air mengalir, yang dingin. Bersihkan kawasan sekeliling luka menggunakan kain kasa atau sabun dan kain.
- Sapukan antibiotik. Letakkan lapisan nipis krim antibiotik topikal. Ini dapat membantumencegah jangkitan dan membantu proses penyembuhan.
- Balut luka. Sentiasa letak pelekat pada luka. Jika luka sudah mula baik, kemudian anda boleh membiarkan terdedah kepada udara untuk membantu penyembuhan dan ketika ini pelekat atau pembalut tidak lagi diperlukan.
- Tukar pembalut setiap hari atau apabila ia kotor atau basah. Anda tidak perlu membalut luka selepas kuping terbentuk.
- Dapatkan jahitan untuk luka dalam yang lebih daripada 1/4 inch dalam atau jika mempunyai pinggir yang tidak sama. Ini perlu dibuat segera selepas kemalangan untuk mengelakkan jangkitan.
[embed-health-tool-bmi]