backup og meta

Asyik Tergaru-garu Celah Dubur? Ini 6 Petua Pantas Hilangkan Gatal Lubang Dubur!

Asyik Tergaru-garu Celah Dubur? Ini 6 Petua Pantas Hilangkan Gatal Lubang Dubur!

Aduh, gatalnya dubur! Kenapalah kegatalan ini selalu datang pada waktu tengah malam? Jika anda pernah mengalami masalah ini, jangan risau, anda tidak berseorangan! Ada banyak petua hilangkan gatal lubang dubur dan di punggung.

Apa petua hilangkan gatal di punggung? Apa cara hilangkan gatal di punggung? Bagaimana cara hilangkan gatal di celah punggung?

Namun, benarkah ia dapat membantu?

Sebenarnya, gatal di kawasan dubur merupakan satu kondisi yang sangat lazim.

Walau bagaimanapun, kegatalan ini pasti membuatkan kita rasa ingin menggaru. Tetapi, siapa yang sanggup garu dubur sendiri kan!

Tidak dinafikan, masalah ini merupakan sesuatu yang memalukan. Namun, ketidakselesaan yang dialami boleh buatkan kita rasa tidak senang duduk dan sukar melelapkan mata pada waktu malam!

Jom, hilangkan kegatalan dengan petua hilangkan gatal lubang dubur yang bakal kami kongsikan di bawah!

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Habit Sihat, anda boleh klik di sini.

Mengapa rasa gatal lubang dubur?

petua hilangkan gatal lubang dubur
Seluar ketat boleh sebabkan dubur gatal.

Ada beberapa punca berlakunya kegatalan di kawasan dubur. Antaranya:

  • Wujudnya bahan yang menyebabkan kegatalan di sekitar dubur. Inkontinens tinja dan juga cirit-birit yang berpanjangan boleh menyebabkan kulit rasa gatal. Selain itu, penggunaan sabun atau tisu yang mempunyai pewangi juga boleh mengakibatkan perkara yang sama
  • Antara jangkitan yang boleh menyebabkan lubang dubur menjadi gatal ialah STI, jangkitan cacing kerawit atau jangkitan yis
  • Penyakit kulit tertentu. Kadangkala, kegatalan berlaku disebabkan penyakit kulit seperti psoriasis atau dermatitis sentuh
  • Penyakit lain. Ini termasuklah diabetes, penyakit tiroid, buasir dan tumor

Petua hilangkan gatal lubang dubur yang pantas dan berkesan

Apa cara hilangkan gatal di punggung? Bagaimana cara hilangkan gatal di celah punggung?

Gatal di kawasan dubur juga dikenali sebagai pruritus ani. Sebenarnya, kegatalan ini bukanlah disebabkan cacing yang keluar masuk seperti apa yang orang katakan.

Benar, masalah cacing boleh menyebabkan kegatalan. Namun, ada banyak lagi punca lain yang mungkin anda tidak tahu, contohnya buasir, masalah kulit dan juga penggunaan sabun yang salah.

Di bawah, kami akan berikan anda beberapa petua hilangkan gatal lubang dubur yang berkesan jika anda ingin kurangkan simptom secepat mungkin:

1. Tahan rasa ingin menggaru

petua hilangkan gatal lubang dubur
Tepuk punggung untuk kurangkan gatal.

Jangan sesekali garu lubang dubur walau segatal manapun! Untuk kelegaan pantas, cuba tekapkan air hangat beberapa kali. Pastikan kuku pendek untuk elakkan sebarang kecederaan.

2. Basuh kawasan dubur dengan betul

Selepas buang air besar, pastikan anda cuci kawasan dubur sebersih-bersihnya. Jika ada sedikitpun tinja yang tertinggal, ia boleh menyebabkan dubur rasa pedih dan gatal.

Bersihkan kawasan di sekitar dubur dengan air bersih atau sabun. Kemudian, lap sehingga kering dengan tuala.

Petua hilangkan gatal lubang dubur 3: Elakkan makanan dan produk tertentu

Ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kegatalan di kawasan dubur, antaranya ialah kopi, air berkarbonat, minuman beralkohol, buah-buahan sitrus, coklat, makanan pedas dan tomato.

Bukan itu sahaja, ada juga beberapa jenis makanan dan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kegatalan atau reaksi alahan. Sebagai contoh, beberapa jenis antibiotik boleh menyebabkan kegatalan di sekitar dubur.

Jika anda sering mengalami masalah ini, cuba elakkan penggunaan produk yang mempunyai pewangi. Pewangi tersebut mungkin adalah bahan yang mencetuskan kegatalan yang anda alami selama ini.

4. Elakkan memakai baju yang ketat

Untuk mengurangkan kegatalan, elakkan memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau apa sahaja jenis baju yang boleh memerangkap lembapan.

Pilih seluar dalam yang diperbuat daripada kapas untuk pastikan kawasan intim sentiasa kering. Tidak pasti nak pilih seluar dalam jenis apa? Jom, ikuti panduan kami di sini.

Petua hilangkan gatal lubang dubur 5: Ambil lebih banyak serat

Tambahkan lebih banyak air dan serat dalam diet harian. Serat boleh dijumpai di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia dapat memastikan sistem pencernaan anda sentiasa sihat.

petua hilangkan gatal lubang dubur
Alahan kondom boleh sebabkan gatal pada kulit.

Jika anda kurang makan sayur, dapatkan nasihat doktor mengenai suplemen yang sesuai. Suplemen serat seperti psyllium atau methylcellulose mungkin dapat membantu.

6. Sapukan gel atau krim

Jika semua petua hilangkan gatal di punggung di atas tidak berkesan, sapukan krim yang mengandungi zink oksida seperti jeli petroleum untuk kurangkan kegatalan.

Krim hidrokortison juga berkesan untuk mengurangkan simptom kegatalan.

Peringatan!

Sebelum beli, dapatkan nasihat daripada ahli farmasi yang bertugas. Mereka dapat membantu.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Anal Itch (Pruritus Ani). https://www.health.harvard.edu/a_to_z/anal-itch-pruritus-ani-a-to-z. Accessed on October 7, 2022.
  2. Anal Itching (Pruritus Ani). https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/15574-anal-itching-pruritus-ani. Accessed on October 7, 2022.
  3. Anal itching. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/anal-itching/diagnosis-treatment/drc-20369350. Accessed on October 7, 2022.
  4. Itchy bottom. https://www.nhs.uk/conditions/itchy-anus/. Accessed on October 7, 2022.
  5. What Are The Causes of Anal Itching? https://www.scripps.org/news_items/7231-what-are-the-causes-of-anal-itching. Accessed on October 7, 2022.

Versi Terbaru

13/05/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

8 Tip Penjagaan Faraj Supaya Sihat Dan Tak Berbau

Ada 5 Sebab Kenapa Perlu Jemur Baju Di Luar Rumah, Bukan Untuk Cepat Kering Saja!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 13/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan