Sukar mencari deodorant terbaik untuk mengatasi masalah bau badan anda? Ketika memilih deodoran, faktor bau, ketahanan, kandungan formulasi dan harga perlu dititikberatkan.
Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.
Sukar mencari deodorant terbaik untuk mengatasi masalah bau badan anda? Ketika memilih deodoran, faktor bau, ketahanan, kandungan formulasi dan harga perlu dititikberatkan.

Jangan risau! Kini, anda tidak perlu pening kepala lagi dalam memilih deodorant anti peluh wanita yang sesuai untuk anda.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Habit Sihat, anda boleh klik di sini.
Bau badan berlaku apabila bakteria pada kulit bersentuhan dengan peluh. Untuk makluman, kulit kita sebenarnya diselaputi dengan bakteria secara semula jadi.
Apabila kita berpeluh, air, garam dan lemak yang bercampur dengan bakteria ini akan menyebabkan bau badan. Bau badan boleh menjadi busuk atau tidak mempunyai apa-apa bau langsung.
Faktor lain seperti pemakanan, hormon atau pengambilan ubat juga boleh menjejaskan bau badan anda.
Untuk pengetahuan anda, seseorang yang berpeluh secara berlebihan dipanggil sebagai hiperhidrosis.
Mereka yang mengalami keadaan ini mungkin lebih cenderung untuk mengeluarkan bau badan yang tidak menyenangkan kerana berpeluh dengan banyak.
Berikut merupakan penyebab lain yang boleh menyebabkan badan anda berbau:
Kini, terdapat pelbagai jenis deodoran yang dijual di pasaran. Ada deodorant spray dan ada juga yang berbentuk roll on.
Berikut kami senaraikan 7 jenis deodorant terbaik di Malaysia:
Jika anda mempunyai kulit ketiak yang sensitif, anda tidak perlu risau lagi dengan adanya Safi Hijabista Bodycare Whitening Deodorant Roll On!
Ini kerana, ia diformulasi tanpa sebarang kandungan alkohol, paraben, pewarna dan minyak mineral. Malah, ia sesuai digunakan bagi mereka yang mempunyai kulit bawah lengan yang sensitif.
Selain dapat membuatkan anda segar sepanjang hari, deodoran ini juga boleh melembapkan dan mencerahkan ketiak anda. Deodoran jenis roll on ini juga tahan selama 60 jam dan bersifat antipeluh selama 48 jam.
Apa yang lebih meyakinkan ialah deodorant anti peluh wanita ini juga telah diuji secara dermatologi dan klinikal.
Dengan memilih jenama deodorant terbaik ini, anda tidak perlu lagi bimbang dengan masalah kegatalan atau kerengsaan pada ketiak anda.
Ini kerana, deodoran ini diperbuat daripada bahan semula jadi dan sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.
Selain itu, deodoran roll in ini juga dapat memastikan kulit di bawah lengan anda sentiasa berbau harum dan terasa kering. Dengan menyapukan 2 hingga 3 roll deodoran ini, ia dapat membuatkan ketiak anda wangi selama 12 jam.
Deodorant terbaik ini juga dibungkus dengan kadbod mesra alam yang boleh dikitar semula.
Deodoran ini pula diperkaya dengan vitamin C yang membantu membaiki kulit dan membuatkan ketiak anda kelihatan lebih putih berseri.
Deodorant terbaik ini mempunyai serum yang cepat menyerap ke dalam kulit tanpa meninggalkan sebarang sisa melekit.
Ia juga mempunyai ciri antipeluh atau anti perspirant yang bagus untuk mengurangkan masalah peluh pada ketiak anda.
Produk ini juga terbukti secara klinikal oleh ahli dermatologi iaitu ia tidak akan memberi kesan negatif pada kulit atau menyebabkan iritasi.
Nak cerahkan ketiak dan lindunginya ketika sedang berpeluh dan bau kurang menyenangkan? Dapatkan Rexona Women Advanced Brightening!
Ia telah terbukti secara klinikal dan mampu mencerahkan dalam masa 4 hari. Ditambah lagi dengan bahan mencerahkan kulit, vitamin E dan licorice extract mampu membuatkan ketiak anda sentiasa kering dan fresh sepanjang hari.
Bukan sahaja harganya berpatutan, malah ia juga bersifat ringan dan bersaiz kecil.
Jika anda mencari deodorant tanpa alkohol dan sesuai digunakan oleh kulit sensitif, anda patut mencuba deodoran dari The Body Shop.
Dengan terkandungnya aloe vera pada doedoran ini, ia mampu membantu kurangkan bau yang tidak menyenangkan dan peluh pada ketiak, tidak merengsakan kulit lagi-lagi selepas bercukur!
Produk ini adalah vegan dan telah diuji secara dermatologi.
Simple, antara deodorant terbaik di Watson. Mereka menghasilkan formulasi invisible (anti-tanda putih) yang dirumus untuk melindungi baju dari tompokan putih atau kuning. Jadi, anda tidak usah khuatir jika memakainya!
Deodoran ini menyediakan perlindungan terhadap bau dan peluh selama 48 jam. Ini kerana, ia adalah sejenis anti-perspirant yang sesuai digunakan buat wanita yang kuat berpeluh.
Untuk makluman anda, anti-perspirant adalah sejenis produk yang direka untuk mengurangkan peluh pada kulit. Ia amat sesuai digunakan buat mereka yang mengalami situasi hiperhidrosis.
Sebamed mungkin jawapan kepada deodorant terbaik untuk menghilangkan bau badan anda. Jenama penjagaan kulit yang terkenal yang sesuai digunakan oleh kulit sensitif.
Deodoran ini diuji dan mempunyai pH 5.5. Ini bermakna, ia mampu mengekalkan keseimbangan pH kulit dan tidak merosakkan kulit ketiak anda seperti alergik dan kekeringan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Body Odor. https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/17865-body-odor. Accessed on December 13, 2023.
Are Deodorant And Antiperspirant The Same Thing? https://www.poison.org/articles/are-deodorant-and-antiperspirant-the-same-thing. Accessed on December 13, 2023.
Sweating And Body Odor. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/sweating-and-body-odor/diagnosis-treatment/drc-20353898. Accessed on December 13, 2023.
Should I Be Worried About Wearing Deodorant? https://www.moffitt.org/taking-care-of-your-health/taking-care-of-your-health-story-archive/should-i-be-worried-about-wearing-deodorant/. Accessed on December 13, 2023.
Antiperspirant. https://dermnetnz.org/topics/antiperspirant. Accessed on December 13, 2023.
Versi Terbaru
26/05/2026
Ditulis oleh Annes Nadia
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Norhanan Abdul Latip
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor