backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Sayang Baju Masih Baru Tapi Ada Tahi Lalat Bertompok, Cuba 5 Tip Ini Untuk Hilangkannya!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 4 minggu lalu

    Sayang Baju Masih Baru Tapi Ada Tahi Lalat Bertompok, Cuba 5 Tip Ini Untuk Hilangkannya!

    Adakah tahi lalat boleh hilang? Sama ada pada kulit atau pakaian, ia memang agar sukar. Namun usah risau, masih ada cara hilangkan tahi lalat di baju yang boleh anda cuba!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Habit Sihat, anda boleh klik di sini.

    5 cara hilangkan tahi lalat di baju

    Ramai yang tahu bahawa punca tahi lalat di baju agak sukar untuk hilang walaupun sudah dicuci berkali-kali.

    Persoalannya, kenapa baju naik tahi lalat dan bagaimana anda boleh cuba menghilangkannya? Terus baca ini!

    Cara hilangkan tahi lalat di baju #1. Cuka

    Cuka khususnya cuka putih, mempunyai beberapa kegunaan di dalam rumah.

    Sifat antikulatnya menjadikan ia cara hilangkan tahi lalat di baju yang amat berkesan.

    Mulakan dengan menuangkan secawan cuka ke dalam besen berisi air suam. Kemudian, rendam pakaian yang mempunyai tahi lalat ke dalam larutan tersebut.

    Pastikan kawasan pakaian yang bertahi lalat direndam sepenuhnya.

    Biarkan pakaian berendam selama sekurang-kurangnya sejam. Ini memberikan masa yang cukup kepada cuka untuk menembusi kain dan melarutkan tahi lalat.

    Selepas itu, bilas larutan cuka dan basuh pakaian anda seperti biasa. Jika kotoran masih ada, anda mungkin perlu mengulangi proses tersebut.

    cara hilangkan tahi lalat di baju
    Cuka untuk buang tahi lalat di baju.

    Cara hilangkan tahi lalat di baju #2. Soda 

    Soda penaik, juga dikenali sebagai natrium bikarbonat atau baking soda, adalah satu lagi barangan rumah yang sangat berkesan dalam menghilangkan kesan tahi lalat.

    Ia berfungsi dengan mengeringkan sel kulat tahi lalat, dan seterusnya membunuh kulat tersebut.

    Mulakan dengan membuat pes menggunakan empat sudu baking soda dan air. Lumurkan pes ini terus pada bintik-bintik tahi lalat.
    Pastikan kawasan yang bertahi lalat dilumur sepenuhnya. Biarkan pes berada di atas kain selama kira-kira 30 hingga 40 minit.
    Kemudian buangkan pes yang telah kering, dan basuh pakaian anda seperti biasa.

    Soda penaik bukan sahaja boleh menghilangkan kesan tahi lalat tetapi juga membantu menghilangkan bau hapak yang berlarutan.

    #3. Cara hilangkan tahi lalat di baju: Larutan lemon dan garam

    Jus lemon mempunyai sifat pelunturan semula jadi, manakala garam bertindak sebagai pelelas ringan.

    Ini menjadikan gabungan kedua bahan ini sebagai agen pembersih yang berkuasa.

    Mulakan dengan memerah jus daripada lemon dan campurkan dengan jumlah garam yang sama untuk menghasilkan pes yang pekat.

    Sapukan pes ini ke atas bintik-bintik tahi lalat dan biarkan pakaian anda kering di bawah sinar matahari.

    Cahaya matahari akan meningkatkan kesan pelunturan jus lemon, lalu membantu memudarkan kesan tahi lalat.

    Setelah pakaian kering, bilas larutan lemon dan garam serta basuh pakaian anda seperti biasa.

    cara hilangkan tahi lalat di baju
    Lemon untuk buang tahi lalat di baju.

    #4. Rawatan hidrogen peroksida atau peluntur

    Hidrogen peroksida ialah pilihan rawatan lebih kuat yang amat berkesan untuk kesan tahi lalat degil.

    Sebagai peringatan, bahan ini mempunyai kesan pelunturan menjadikannya lebih sesuai untuk pakaian putih sahaja.

    Untuk menggunakan hidrogen peroksida, sapukan terus pada tahi lalat menggunakan kain atau span.

    Biarkan ia selama kira-kira 10 minit untuk memberikannya masa menguraikan tahi lalat tersebut.

    Selepas itu, bilas kawasan tersebut dengan bersih untuk memastikan semua hidrogen peroksida dikeluarkan.

    Setelah itu, basuh pakaian seperti biasa dengan produk seperti vanish hilangkan tahi lalat.

    #5. Rendam dengan produk dobi khusus

    Terdapat banyak produk dobi di pasaran seperti vanish hilangkan tahi lalat yang direka khusus untuk mengatasi masalah tahi lalat dan kotoran degil lain.

    Produk ini selalunya mengandungi enzim aktif atau bahan lain yang berkesan memecahkan dan menghilangkan kesan tahi lalat.

    Untuk menggunakannya, hanya tambahkan kuantiti produk yang disyorkan ke dalam besen air suam.

    Kemudian rendam pakaian anda untuk jangka masa yang dicadangkan sebelum mencucinya seperti biasa.

    Ikuti arahan pengilang untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

    Dalam erti kata mudah, ada 5 alatan atau ramuan yang boleh bantu buang tahi lalat di baju iaitu:

    • Cuka
    • Soda
    • Larutan lemon dan garam
    • Peluntur
    • Produk dobi khusus
    bersihkan rumah
    Bersihkan rumah dalam masa 20 minit.

    Kesimpulan

    Dengan cara hilangkan tahi lalat di baju yang lebih terperinci ini, anda lebih bersedia untuk menangani masalah tahi lalat pada pakaian di rumah.

    Namun, anda perlu sentiasa ingat bahawa pencegahan adalah kuncinya. Jangan culas untuk keringkan pakaian anda dengan baik sebelum menyimpannya. Pakaian yang lembap jika disimpan dalam almari akan lebih mudah menghasilkan tahi lalat. 

    Anda juga boleh pertimbangkan untuk membeli dehumidifier bagi memastikan almari anda sentiasa kering dan tidak menggalakkan pertumbuhan kulat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 4 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan