backup og meta

Jangan Korek Telinga Guna Putik Kapas Lagi! Ini Cara Bersihkan Telinga Yang PATUT Anda Ikut

Jangan Korek Telinga Guna Putik Kapas Lagi! Ini Cara Bersihkan Telinga Yang PATUT Anda Ikut

Kita pasti biasa mengorek tahi telinga dengan menggunakan putik kapas bukan? Tapi, cara korek telinga ini sebenarnya boleh menutup lubang telinga anda. Apakah cara penjagaan telinga yang patut anda lakukan?

Pengumpulan tahi telinga dalam lubang telinga

Lubang telinga anda menghasilkan minyak berlilin yang disebut cerumen, yang lebih dikenali umum sebagai tahi telinga. Apakah terdapat sebarang fungsi kewujudan tahi telinga ini?

Ya, bahan berlilin pada deria pendengaran anda ini berfungsi melindungi telinga daripada sebarang bendasing seperti habuk, bahan asing dan juga mikroorganisma.

Selain itu, ia juga bertindak melindungi kulit dalam lubang telinga daripada mengalami sebarang keradangan yang disebabkan oleh air.

Pada kebiasaannya, tahi telinga yang terhasil secara berlebihan ini tidak perlu dibuang kerana ia akan terkeluar daripada telinga anda dengan sendirinya secara semula jadi. 

Akan tetapi, ada waktunya bahan berlilin ini terhasil secara berlebihan dan berkumpul dalam lubang telinga.

Tahi telinga tersebut akan perlahan-lahan menjadi sedikit keras lalu menghalang laluan lubang telinga.

Apatah lagi jika anda kerap menggunakan putik kapas dengan tujuan untuk membersihkan telinga. Bahan berlilin tersebut akan semakin tertolak ke dalam lubang telinga lalu menyebabkan sekatan.

Apakah kesannya? Pendengaran anda akan mula terjejas disebabkan oleh hal ini.

Punca-punca pengumpulan tahi telinga

cara korek telinga

Sesetengah tubuh badan individu lebih cenderung untuk menghasilkan banyak bahan berlilin dalam telinga mereka berbanding individu lain.

Namun, tahi telinga yang banyak bukanlah menyebabkan penyumbatan telinga secara automatik. Sebenarnya, apa yang anda sering lakukan kepada telinga anda itulah menjadi punca utama telinga tersumbat.

Anda kerap menggunakan putik kapas, pengorek telinga besi atau sebarang objek lain yang sebenarnya menyebabkan tahi telinga semakin terperosok ke dalam lalu menyumbatkan lubang telinga.

Oleh sebab itu, korek telinga dengan cara ini tidak digalakkan. 

Selain itu, tahi telinga juga mudah tersumbat jika anda kerap menggunakan fon telinga kerana lekapan fon telinga menolak tahi telinga ke dalam dan menghalangnya daripada keluar. 

Simptom-simptom jika terdapat pengumpulan tahi telinga dalam telinga anda

Perkara pertama yang anda perlu tahu ialah, warna bahan berlilin ini tidak semestinya melambangkan sebarang penyumbatan dalam telinga.

Warna yang lebih gelap tidak bermakna bahawa telinga anda tersumbat. 

Kedua, terdapat tanda-tanda yang mungkin menunjukkan bahawa telinga anda sedang tersumbat. Antaranya ialah:

Selain itu, bahan berlilin yang terkumpul ini juga berisiko untuk menyebabkan jangkitan pada telinga anda.

Oleh itu, terus berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti berikut:

  • Sakit yang teramat sangat pada telinga
  • Keluarnya cecair daripada telinga anda
  • Demam
  • Batuk-batuk
  • Deria pendengaran terjejas dengan kadar yang panjang
  • Keluar bau yang tidak normal daripada telinga anda
  • Pening kepala

Cara korek telinga yang boleh anda lakukan

cara korek telinga

Peringatan! Anda disarankan untuk tidak sekali-kali mengorek telinga anda dengan cara anda sendiri.

Ini kerana, kaedah seperti ini amatlah berisiko tinggi untuk merosakkan telinga selain menyebabkan jangkitan dan juga kehilangan deria pendengaran.

Jika perlu, gunakan putik kapas hanya pada bahagian luaran bukaan telinga anda sahaja.

Cara korek telinga 1: Lembutkan tahi telinga

Bagi tujuan melembutkan bahan berlilin ini yang telah keras, anda boleh mendapatkan ubat titis di farmasi untuk tujuan melembutkannya.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan beberapa bahan lain seperti:

  • Minyak mineral
  • Hidrogen peroksida
  • Karbamida peroksida
  • Minyak bayi
  • Gliserin

Cara korek telinga 2: Pengairan telinga (ear irrigation)

Selain korek telinga, cara lain yang boleh digunakan sebagai cara korek telinga yang seterusnya adalah dengan melakukan pengairan telinga. Ini bertujuan untuk menyingkirkan tahi telinga yang telah terkumpul.

Namun, jangan sesekali melakukan kaedah ini jika terdapat sebarang kecederaan dalam lubang telinga atau anda pernah menjalani sebarang prosedur perubatan pada telinga anda.

Ini kerana ia akan merisikokan telinga anda untuk kehilangan deria pendengaran dan juga menyebabkan jangkitan. 

Ikut langkah yang dinyatakan pada kit pengairan telinga yang didapati di farmasi, atau anda boleh juga mengikuti cara korek telinga ini:

  1. Berdiri atau duduk dengan tegak. Pastikan kedudukan kepala anda berada dalam keadaan yang lurus. 
  2. Pegang bahagian luar telinga anda dan tarik perlahan-lahan ke atas. 
  3. Dengan menggunakan picagari, pancutkan air yang bersuhu badan ke dalam telinga anda. Jangan gunakan air yang terlalu sejuk atau terlalu suam kerana ia akan menyebabkan anda pening kepala. 
  4. Tundukkan kepala anda dan biarkan air tersebut mengalir keluar. 

Kesimpulan

Jika sebelum ini anda kerap menggunakan cara korek telinga menggunakan putik kapas, bolehlah perlahan-lahan meninggalkan rutin tersebut. Penjagaan telinga dengan cara ini merupakan sesuatu yang salah dan perlu dielakkan. 

Ini untuk mengelakkan sebarang kerosakan pada telinga atau berlakunya penyumbatan tahi telinga dalam telinga anda.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Ear wax. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/14428-ear-wax-buildup–blockage. Accessed 23 June 2022.
  2. Hearing loss. http://www.healthinaging.org/aging-and-health-a-to-z/topic:hearing-loss/info:causes-and-symptoms. Accessed 23 June 2022.
  3. Ear wax.http://kidshealth.org/en/kids/earwax.html. Accessed 23 June 2022.
  4. Ear wax. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/earwax-blockage/symptoms-causes/syc-20353004. Accessed 23 June 2022.
  5. Ear wax. https://www.mountsinai.org/health-library/diseases-conditions/ear-wax. Accessed 23 June 2022.

Versi Terbaru

23/06/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

TOLONG Henti Korek Tahi Telinga Mulai Sekarang, Kalau Tak Mahu Pendengaran Rosak!

Kerap Alami Masalah Telinga Berdesing, Ini Antara Punca Yang Harus Anda Alert!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 23/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan