backup og meta

Tak Jadi Nak Lepas Hajat Sebab Bilik Air Kuning & Kotor? Ini 5 Cara Mudah Bersihkannya!

Tak Jadi Nak Lepas Hajat Sebab Bilik Air Kuning & Kotor? Ini 5 Cara Mudah Bersihkannya!

Cuba bayangkan anda sudah tidak mampu tahan lagi untuk membuang air besar dan sampai sahaja di tandas, jamban tersebut sangat kuning dan kotor? Jadi, persoalannya bagaimana cara bersihkan jamban yang kuning dan kotor? Jom baca artikel ini dengan lebih lanjut!

Situasi sebegini pasti pernah terjadi kepada setiap individu terutamanya ketika mengunjungi tandas awam yang kita semua sedia maklum kondisinya!

Bagi mengelakkan mimpi ngeri ini berulang kembali kepada anda, kebersihan tandas di rumah haruslah dijaga dengan sebaik mungkin.

Tandas, tempat yang penuh mikroorganisma

Tandas adalah satu tempat yang wajib dikunjungi oleh individu lebih dari satu kali sehari untuk melepaskan hajat sama ada yang kecil atau besar.

Seperti mana yang kita semua sudah tahu, ia dipenuhi dengan pelbagai peralatan untuk membersihkan diri seperti jamban, tab, singki, pili dan lain-lain.

Adalah penting untuk kita juga tahu bahawa tandas merupakan tempat yang penuh dengan mikroorgasnisma seperti bakteria, kuman serta virus!

Lebih membimbangkan, ada kajian yang kata bahawa jamban jenis duduk boleh menyebarkan penyakit jangkitan kelamin (STD) seperti Trichomonas.

Ini kerana virus ini sangat mudah melekat dan tersebar pada objek yang lembap seperti pakaian, tuala mandi, berus gigi dan jamban.

Disebabkan itu, kebersihan jamban dan tandas sangat perlu dititikberatkan agar tahap kesihatan kita semua juga terus terjamin.

Bagaimana cara bersihkan jamban kuning & kotor?

Tidak dinafikan, tiada siapa yang gemar untuk membersihkan jamban dan tandas kerana ia memang sangat menggelikan lagi melecehkan.

Namun apakan daya kerana ia adalah satu-satunya cara yang boleh dibuat untuk memastikan tandas kalian kekal bersih dan wangi untuk dikunjungi.

Di sini, kami ingin kongsikan beberapa cara bersihkan jamban yang efektif dan mungkin ramai belum tahu:

#1. Cara bersihkan jamban – Gunakan cecair peluntur

Antara tip paling utama dan popular digunakan sehingga kini adalah dengan menggunakan cecair peluntur yang boleh didapati di pasaran.

Caranya amat mudah iaitu hanya dengan menuangkannya ke jamban, biarkannya untuk seketika dan bilaskannya dengan air atau flush.

Namun harus diingatkan agar anda tidak menuangkannya ke permukaan jamban duduk kerana ia berisiko menghakis kulit jika terkena.

Cara bersihkan tandas #2. Cuka

Alternatif yang kalian mungkin boleh cuba guna adalah cuka.

Caranya adalah dengan menuangkan 2 gelas cuka pada permukaan dan penutup mangkuk jamban dan biarkannya selama 2 jam.

Selepas itu, cuba sental permukaan yang kuning dan kotor itu menggunakan berus jamban dan lihat sendiri hasilnya selepas dibilas.

Cara bersihkan tandas #3. Kola

Jika tiada cuka, kalian juga mungkin boleh cuba guna kola.

Caranya adalah dengan menuangkan 1 botol kola pada permukaan dan penutup mangkuk jamban dan biarkannya selama 1 jam.

Kemudian, flush toilet dan jamban anda pasti akan kembali putih dan bersih ekoran sifat asid sitrik yang terdapat di dalam minuman ini.

cara bersihkan jamban

#4 Gunakan serbuk penaik

Jika anda tidak mahu menggunakan cecair peluntur ekoran risiko dan bau yang sangat kuat, mungkin anda sendiri boleh cipta agen pencuci jamban semula jadi.

Cara bersihkan jamban ini adalah dengan menggunakan sebatian serbuk penaik yang telah dicampur dengan cuka atau kola!

Gaulkan ia sehingga menjadi pes, kemudian sapukan ia pada permukaan dan penutup jamban selama 15 minit.

Jika anda mahu sapukannya pada tempat lain dalam tandas juga tidak jadi masalah dan bilas sahaja dengan air.

#5. Gunakan lemon & garam

Jika tidak ada serbuk penaik, cuka atau kola di rumah, ada alternatif lain yang kesannya juga adalah lebih kurang sama sahaja iaitu lemon dan garam.

Cara bersihkan jamban dengan menggunakan agen pencuci tandas semula jadi ini adalah sedikit berbeza kerana ia tidak perlu digaul sehingga 2 bahan ini menjadi sebati.

Sebaliknya, anda hanya perlu taburkan garam dan jadikan lemon yang dibelah dua seakan span atau berus untuk mengelap jamban yang kuning dan kotor.

Lakukan proses ini sekurang-kurangnya 15 ke 20 minit untuk kesan yang lebih mantap!

Bagaimana pula jika terpaksa ke tandas awam?

Meskipun anda sudah menggunakan tip-tip di atas untuk membersihkan jamban dan tandas di rumah, bagaimana pula jika terpaksa ke tandas awam?

Situasi sebegini adalah tidak dapat dielakkan dan sekiranya anda terpaksa mengunjungi tandas awam kerana sudah tidak tahan lagi, ada caranya!

cara bersihkan jamban

Pertama sekali, cuba elak daripada menggunakan jamban duduk bagi mengurangkan risiko sentuhan kulit ke permukaan jamban yang mungkin banyak mikroorganisma berbahaya.

Ini bermakna cuba cari jamban jenis cangkung yang sebenarnya mungkin lebih bersih di samping lebih baik untuk pembuangan najis dan air kencing yang lebih lancar.

Sekiranya terpaksa juga menggunakan jamban duduk, bersihkan terlebih dahulu dengan menggunakan air dan lapikkan permukaan jamban dengan menggunakan tisu.

Akhir kata, tiada siapa yang suka jamban yang kuning dan kotor bukan?

Maka kita semua haruslah bertanggungjawab dan ambil tahu cara bersihkan jamban agar pengalaman di tandas menjadi lebih baik kelak!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. How to remove brown stains from toilet bowl. https://acleanhome.net/how-to-remove-brown-stains-from-toilet-bowl/Accessed 30 August 2022.
  2. Clean disinfect toilet bowl. https://livesimply.me/clean-disinfect-toilet-bowl-naturally/Accessed 30 August 2022.
  3. Clean a Toilet.https://www.wikihow.life/Clean-a-Toilet. Accessed 30 August 2022.
  4. How to clean the toilet. https://www.harpic.co.in/articles/how-to-clean-the-toilet/Accessed 30 August 2022.
  5. Easiest way to clean toilet. https://www.neatservices.co.uk/easiest-way-to-clean-toilet/Accessed 30 August 2022.

Versi Terbaru

17/07/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Nak Rumah Sentiasa Kemas & Bersih? Ini 7 Tip Mudah Satu Famili Kena Tolong!

Ada 5 Sebab Kenapa Perlu Jemur Baju Di Luar Rumah, Bukan Untuk Cepat Kering Saja!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/07/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan