backup og meta

Mengapa Anda Perlu Berhenti Merokok Sekarang?

Mengapa Anda Perlu Berhenti Merokok Sekarang?

Apabila kita bertanya kepada seseorang berkenaan sebab-sebab untuk berhenti merokok, dia boleh berikan berpuluh sebab mengapa seseorang tidak perlu merokok. Apabila kita mencari di internet, kita mungkin menemui lebih banyak sebab. Walau bagaimanapun, adalah benar bahawa terdapat banyak sebab mengapa kita tidak boleh merokok dan jika anda cukup malang kerana sudah termasuk ke dalam tabiat buruk ini, terdapat sebab-sebab untuk berhenti merokok secepat yang mungkin.

Mari kita mulakan bagaimana pandangan orang lain terhadap merokok. Dengan mengandaikan bahawa anda merokok, apa yang orang lain akan berkata tentangnya? Ada yang turut serta merokok. Ada yang mengatakan, “Bolehkah anda alihkan rokok tu?” Dan jika anda tidak merokok, apa yang akan anda katakan tentang seseorang yang merokok di sebelah anda? Tidak semua orang cukup jujur untuk meminta seseorang agar berhenti merokok. Sebaliknya, mereka hanya berasa tidak selesa dan akan bergerak ke tempat lain. Oleh itu, merokok memang, secara literal, mendorong orang untuk menjauhkan diri daripada anda. Merokok tidak semestinya menandakan seseorang itu jahat. Ia adalah hanya semata-mata kerana tidak ramai suka menikmati pernafasan biasa. Lagipun siapa yang suka bau asap? Kebanyakan orang akan lari secepat mungkin apabila pengesan asap berbunyi.

Bagaimana pula dengan orang yang rapat dengan anda? Merokok dalam keluarga sudah semestinya bukanlah sesuatu yang kita harus lakukan. Kanak-kanak sering megikut tingkah laku ibu bapa mereka. Jika ada yang merokok dalam kalangan mereka, maka mereka lebih cenderung untuk mencuba. Memandangkan merokok menyebabkan ketagihan berpunca dari perasaan yang menyenangkan, susah untuk berhenti apabila sudah mula merokok. Tambahan pula, rakan-rakan mereka yang suka merokok di hadapan mereka menambah lagi tekanan untuk berhenti. Perkara yang lain adalah bahawa orang yang merokok menghadapi risiko yang cukup tinggi bagi maslah paru-paru, yang membentuk cara kita memandang merokok.

Paru-paru, jantung, dan kanser adalah antara keadaan yang serius disebabkan oleh merokok. Dalam bahasa mudahnya, merokok mengancam nyawa. Setiap tahun, 438,000 penduduk AS meninggal dunia akibat merokok. Sebahagian besarnya mengalami kanser, penyakit paru-paru, penyakit jantung dan strok. Selain itu, merokok mudah menyebabkan ketagihan disebabkan nikotin. Sekali ketagihan bermula, menghentikan pengambilan nikotin menyebabkan simptom penarikan – satu siri simptom dari ringan seperti iritasi sehingga teruk seperti kehilangan fokus, mudah marah, mengidam, dan sebagainya. Merokok turut memberi kesan kepada penampilan anda. Perokok mempunyai nafas berbau, gigi dan jari hitam, kulit berkedut, dan bau yang agak teruk.

Jadi mengapa anda perlu berhenti merokok sekarang? Dengan kerosakan fizikal dan mental yang disebabkan oleh merokok, perokok perlu mempertimbangkan untuk berhenti. Kenapa sekarang? Jawapan yang mudah adalah semakin banyak anda merokok, semakin susah untuk berhenti. Anda akan merasai penderitaan untuk berhenti merokok, tetapi jika anda merokok sebulan lebih lama, anda akan lebih menderita. Jika anda merokok setahun lebih lama, anda mungkin sudah berputus asa untuk berhenti. Anda juga berisiko membuatkan keadaan menjadi lebih teruk. Sebagai kesimpulan, kenapa sekarang?

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

“Why Quit”

http://www.tobaccofreemaine.org/quit_tobacco/ Accessed October 31, 2016

“10 Overlooked Reasons to Quit Smoking”

http://www.webmd.com/smoking-cessation/features/10-overlooked-reasons-to-quit-smoking Accessed October 31, 2016

Versi Terbaru

01/08/2023

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Awasi Anak Anda, Ada Flavour Vape ‘Khayal’ Yang Dijual Secara Aktif Di Media Sosial!

5 Jenama Cat Paling Berbaloi Beli Tahun 2024, Boleh Bersedia Untuk Hari Raya Nanti!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 01/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan