4 Tip Mudah Mengatasi Letih Semasa Berpuasa

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 06/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Berpuasa bukan bererti anda harus bekerja dengan lemah dan lesu. Jika anda rasa letih ketika berpuasa, adakah anda pernah berfikir bagaimana para atlet bola sepak seperti Mesut Özil, Paul Pogba, Emre Can, Samir Nasri menjalankan ibadah puasa? Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa atlet tetap boleh berlatih seperti biasa pada saat berpuasa. Apa yang penting adalah persiapan yang baik, mulai dari niat sampai nutrisi. Untuk anda yang tidak berlari di padang bola sepak, harusnya lebih bersemangat daripada mereka.

Letih ketika berpuasa terjadi hanya dalam 3-4 hari pertama

Menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan tidak boleh dilakukan dengan separuh hati. Selain beribadah, puasa juga memberikan manfaat kesihatan untuk anda, salah satunya adalah puasa diyakini sebagai cara untuk mendetoksifikasi badan dengan baik. Dengan berpuasa, perut yang sebelum ini bekerja secara berterusan boleh berehat.

Letih ketika berpuasa dikatakan hanya terjadi pada fasa awal puasa, iaitu 3-4 hari pertama. Selepas 3-4 hari, badan akan menyesuaikan diri sehingga tak akan lagi rasa letih dan lesu. Tak ada masalah bagi orang yang berpuasa melakukan aktiviti seperti biasa. Sepatutnya tidak terjadi kurang fokus atau tumpuan jika dia sahur dan berbuka puasa dengan tepat dan mengambil makanan yang seimbang.

Jika anda merasa letih ketika berpuasa, mungkin ada yang salah pada pola hidup atau pola makan anda saat berbuka puasa dan sahur.

Cara mengatasi letih dan kurang tenaga semasa berpuasa

Mengubah beberapa tabiat anda di bulan Ramadhan dapat mewujudkan perbezaan besar untuk membuat badan lebih bertenaga. Jangan biarkan rasa letih ketika berpuasa menurunkan produktiviti anda. Ada beberapa cara mudah yang boleh dicuba untuk mengatasi lesu dan kurang tenaga ketika berpuasa.

1. Pastikan anda terhidrasi dengan baik

Dehidrasi saat berpuasa kemungkinan besar menjadi penyebab anda letih. Pastikan pada saat berbuka puasa dan sahur, anda mencukupkan keperluan air anda. Anda boleh cuba pola 2-4-2, dua gelas saat berbuka puasa, empat gelas sepanjang malam, dan dua gelas ketika sahur. Tidak hanya air putih, anda boleh mengambil buah-buahan atau yogurt untuk menambah pengambilan cecair.

Elakkan minuman yang mengandungi kafein sepanjang bulan puasa. Kafein di dalam kopi, minuman bersoda, mahupun teh yang dimakan 3-6 jam sebelum tidur boleh membuatkan anda susah tidur dan berpeluang terjaga di tengah malam. Berhenti mengambil kafein secara beransur-ansur adalah cara terbaik untuk kekal bertenaga sepanjang hari. Anda mungkin akan rasa letih dan sakit kepala apabila tidak mengambil kafein. Keadaan ini hanya bersifat sementara.

2. Perhatikan makanan ketika berbuka puasa dan sahur

Semua makanan memang kelihatan mengenyangkan pada saat berbuka puasa, tetapi tidak semuanya memberikan nutrisi kepada badan. Makanan berasaskan tepung dan yang mengandungi kadar gula yang tinggi boleh membuatkan anda cepat letih. Jadi, cuba elakkan makanan seperti ini. Ambil makanan segar seperti sayur-sayuran dan buah-buahan secara teratur.

Berbanding mengambil makanan dalam jumlah yang besar dalm satu waktu, lebih baik mengambilnya dalam jumlah kecil setiap 3 jam sekali dari waktu berbuka puasa hingga menjelang imsak. Berikut ini adalah beberapa pilihan kudapan yang boleh menghasilkan tenaga untuk bekerja:

  • Buah potong, misalnya sebuah pisang saiz sederhana mengandungi sekitar 100 kalori dan epal saiz sederhana mengandungi sekitar 80 kalori.
  • Salad dan telur rebus. Sebiji telur saiz sederhana boleh menghasilkan tenaga sekitar 80 kalori.
  • Batang coklat hitam tanpa susu mengandungi sekitar 250 kalori dalam setiap 50 gram.

3. Lakukan senaman yang anda suka

Aktiviti normal pun sudah memenatkan, apatah lagi bersenam. Namun percayalah bahawa senaman berkala akan membuat anda lebih bertenaga.

Bahkan untuk sebahagian orang, bersenam mampu meningkatkan kualiti tidur mereka. Dua jam setengah dalam seminggu adalah tempoh yang dianjurkan untuk menjaga kecergasan tubuh.

Namun anda tidak perlu memenuhi tempoh ini serta merta. Mulakan dengan senaman ringan seperti 10 minit sehari berjalan kaki. Agar terus bersemangat, pilihlah senaman dan suasana yang anda suka. Aktiviti tersebut boleh disertai dengan iringan muzik atau dilakukan secara beregu di tempat terbuka.

4. Waktu tidur yang tetap

Cukup rehat adalah kunci untuk terus bertenaga ketika bekerja sepanjang hari. Cuba untuk bangun dan tidur di jam yang sama setiap hari, sehingga tubuh mempunyai jam biologi yang dijadualkan. Buatlah jadual yang sesuai dengan keperluan sahur di bulan Ramadan. Memasang jam loceng boleh membantu anda bangun tepat pada waktunya. Berikut adalah beberapa perkara yang boleh diterapkan agar anda mempunyai waktu rehat yang berkualiti:

  • Mandi dengan air hangat, membaca buku, atau mendengar muzik tenang sebelum tidur di malam hari dapat membantu anda tidur lebih nyenyak.
  • Elakkan makan dalam masa 2 jam sebelum waktu tidur. Gas dalam perut yang menghadam makanan mungkin akan membuat anda terjaga.
  • Nikotin di dalam rokok, alkohol, dan kafein juga membuat anda susah tidur.
  • Sebaiknya jadikan bilik tidur hanya untuk berehat. Kewujudan komputer dan TV di bilik boleh mengganggu ketenangan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ada Cara Mudah Turunkan Tekanan Darah Tinggi, Cuba 7 Herba Yang Diperakui Oleh Sains Ini

    Hipertensi atau tekanan darah tinggi merupakan sejenis penyakit kronik yang lazim dialami oleh rakyat Malaysia. Jika tidak dirawat, ini yang terjadi..

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kesihatan Jantung, Tekanan Darah Tinggi 22/01/2021 . 3 minit bacaan

    Alami Masalah Kencing Tak Lawas? Ketahui Punca, Simptom, Diagnosis Dan Rawatan Untuk Inkontinens Urin.

    Pernah dengar tentang masalah inkontinens urin atau kencing tidak lawas? Masalah yang banyak menghantui warga emas boleh mendatangkan ketidakselesaan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Urologi 22/01/2021 . 4 minit bacaan

    Ini 6 Teknik Penjagaan Bayi Buat Ibu Bapa Baru, Ambil Tahu Awal, Nanti Senang!

    Setiap pasangan mengimpikan cahaya mata yang sering menjadi simbolik cinta dalam hubungan suami isteri. Apa yang ibu bapa baharu mungkin tidak tahu ialah..

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 22/01/2021 . 3 minit bacaan

    Suka Lihat Orang Bermata Biru? Ambil Tahu Kaitan Antara Warna Mata & Penglihatan

    Penglihatan adalah salah satu pancaindera yang berharga. Di dunia ini, terdapat pelbagai warna mata yang dapat kita lihat mengikut negara dan keturunan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 22/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    glomerulonefritis adalah

    3 Jenis Penyakit Lain Berkaitan Saluran Kencing, Jangan Abaikan Simptom Yang Dialami

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 4 minit bacaan
    radang prostat

    Untuk Kaum Lelaki! Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Kesihatan Prostat Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 4 minit bacaan
    kencing kotor

    Kerap Rasa Nak Kencing Tapi Keluar Setitis Sahaja, AWAS Anda Mungkin Kena Kencing Kotor!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 5 minit bacaan
    pundi kencing

    Ketahui 3 Penyakit Pundi Kencing Ini Sebelum Kehilangan Buah Pinggang Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 4 minit bacaan