backup og meta

Tip Mengatasi Keletihan Di Hari-Hari Awal Ramadan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 01/08/2023

    Tip Mengatasi Keletihan Di Hari-Hari Awal Ramadan

    Memasuki bulan puasa, penting bagi anda untuk menjaga tubuh agar kekal segar dan bertenaga setiap hari. Memang semakin lama, puasa terasa semakin mudah dan menyegarkan. Namun di hari-hari pertama puasa, badan cepat letih dan tak bertenaga.

    Mengapa rasa letih ketika puasa biasanya paling teruk di hari-hari pertama? Adakah terdapat cara untuk menghindarinya? Sila baca sehingga akhir untuk mendapatkan jawapannya.

    Kenapa badan terasa letih di hari-hari awal berpuasa?

    Apabila anda menjalankan ibadah puasa, badan tidak mendapatkan zat pemakanan selama berjam-jam selepas sahur. Padahal, tubuh memerlukan karbohidrat yang akan diolah menjadi gula. Kemudian gula akan diproses menjadi bahan bakar atau sumber tenaga anda sepanjang hari.

    Namun, menurut seorang pakar sistem endokrin dan metabolisme Dr. David McCulloch, sumber tenaga ini hanya bertahan beberapa jam selepas anda makan. Sebab itu, pada waktu tengah hari dan petang, badan anda mula kehilangan tenaga dan anda pun keletihan.

    Jangan bimbang, badna anda mampu menyesuaikan diri dengan perubahan pola makan anda di bulan Ramadan. Badan akan mula membaca kebiasaan baru anda, iaitu tidak akan mendapat pengambilan karbohidrat lagi sehingga waktu berbuka puasa. Maka, tubuh akan menyimpan gula dalam masa yang lebih lama dari biasa. Jika masa anda tidak puasa, gula dari kabohidrat langsung dibakar dalam masa beberapa jam sahaja, semasa berpuasa, gula akan dibakar secara perlahan, iaitu sampai tiba saat berbuka.

    Walau bagaimanapun, pelarasan ini tidak boleh berlaku dalam sekelip mata. Badan memerlukan masa beberapa hari atau bahkan seminggu untuk menyesuaikan diri dengan proses ini. Maka, biasanya anda hanya akan rasa letih di hari-hari awal sahaja.

    Nutrisi penting di waktu berbuka dan sahur agar tidak letih ketika berpuasa

    Untuk mengelakkan badan lemas semasa berpuasa, terutamanya di hari-hari pertama Ramadan, pastikan badan anda mendapat nutrisi-nutrisi penting berikut.

    1. Karbohidrat kompleks

    Pada waktu sahur, banyakkan pengambilan karbohidrat kompleks berbanding karbohidrat sederhana. Karbohidrat sederhana lebih banyak mengandungi gula sedangkan karbohidrat kompleks lebih banyak mengandungi serat dan ragi.

    Dengan mengambil karbohidrat kompleks, proses pemprosesan karbohidrat menjadi sumber tenaga berlangsung lebih lama. Maka, badan anda pun boleh bertahan selama berjam-jam sebelum buka puasa tanpa memerlukan pengambilan karbohidrat lagi pada waktu tengah hari dan petang. Banyakkan pengambilan karbohidrat kompleks daripada produk berasaskan gandum, sayur-sayuran, buah-buahan, dan kacang.

    2. Zink

    Seperti dijelaskan oleh seorang pakar pemakanan klinikal dari Amerika Syarikat Dr. Josh Axe, zink sangat diperlukan untuk memproses karbohidrat di dalam badan. Kalau anda kekurangan zink, karbohidrat yang anda ambil semasa sahur akan sukar diubah menjadi sumber tenaga. Akibatnya, anda akan merasa letih ketika berpuasa seharian.

    Untuk itu, pastikan anda memenuhi pengambilan zink saat sahur dan buka puasa. Pilih menu yang kaya dengan zink seperti daging lembu atau kambing. Namun, makan daging semasa sahur dan berbuka sahaja belum mencukupi keperluan zink dalam sehari. Jadi bila perlu, sewaktu sahur dan berbuka puasa, anda boleh mengambil suplemen yang kaya dengan zink.

    3. Vitamin C

    Badan letih ketika puasa juga boleh disebabkan oleh daya tahan badan yang lemah. Ini adalah kerana ketika berpuasa, badan tidak mendapat nutrisi yang banyak dan lengkap seperti biasa. Akibatnya sistem imun badan menghadapi masalah dalam menjaga kesihatan anda. Salah satu cara menjaga daya tahan badan adalah dengan mengambil vitamin C.

    Oleh itu, jangan lupa mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya vitamin C seperti jambu, cili merah, dan brokoli. Bila perlu, anda juga boleh mengambil suplemen yang sudah mengandungi vitamin C sekaligus zink selepas sahur, atau selepas berbuka puasa. Ini boleh membantu anda mengekalkan stamina di hari-hari awal puasa dan sepanjang bulan Ramadan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 01/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan