Tandas Duduk atau Mencangkung: Mana Lebih Baik?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Terdapat dua postur badan sewaktu membuang air, sama ada duduk atau mencangkung. Bagi mereka yang biasa dengan tandas moden, postur mencangkung mungkin kelihatan kurang selesa dan bertamadun. Tapi tahukah anda yang mana satu sebenarnya lebih baik untuk kesihatan anda?

Perbezaan tandas duduk dan cangkung

Posisi buang air besar secara duduk melibatkan duduk dengan pinggul dan lutut pada sudut tepat, seperti di atas kerusi. Kebanyakan tandas moden dan tandas jenis kering direka untuk digunakan dalam postur duduk.

Tandas duduk digunakan secara meluas di Eropah sejak abad ke-19. Dalam sesetengah keadaan, terdapat bangku kaki kecil yang membolehkan pengguna tandas berada dalam postur yang agak mirip dengan mencangkung.

Posisi buang air besar secara mencangkung melibatkan posisi duduk kaki berlipat dengan lutut dan pinggul pada sudut tajam dan punggung hampir ke tanah. Tandas cangkung direka untuk memudahkan postur ini.

Jenis tandas cangkung banyak terdapat di negara majoriti Muslim atau Hindu dan sering dibina untuk membolehkan pembersihan dubur dengan air sebagaimana etika tandas dalam Islam.

Mana lebih baik?

Walaupun tiada kajian saintifik meluas membandingkan kedua-dua posisi, terdapat beberapa bukti yang mendokong bahawa tandas cangkung memudahkan proses mengosongkan perut anda.

Proses membuang air besar lebih rumit daripada yang anda bayangkan. Pertama, rektum, bahagian akhir usus besar menegang apabila dipenuhi najis. Ini menyebabkan otot saluran dubur kendur.

duduk mencangkung

gambar ihsan theconversation.com

Otot puborektalis, yang melingkari rektum seperti anduh, biasanya memegang rektum ke hadapan untuk membentuk sudut ketat (dikenali sebagai sudut anorektal). Semasa membuang air besar, otot puborektalis akan kendur dan sudut anorektal akan melebar.

Duduk mencangkung menambah kelebaran sudut anorektal untuk membolehkan laluan yang lebih mudah dan lurus untuk najis keluar.

Terdapat eksperimen mengkaji perbezaan antara dua posisi berbeza ini oleh penyelidik Israel,  Dov Sikirov. Kajian melibatkan 28 sukarelawan sihat yang diminta untuk merekodkan berapa lama masa mereka membuang air besar dan tahap kesukarannya.

Para sukarelawan duduk di atas tandas yang berbeza tinggi (42cm dan 32cm tinggi) dan juga mencangkung di atas bekas plastik. Mereka mencatatkan data untuk enam proses membuang air besar berturut-turut dalam setiap postur.

Purata masa untuk membuang air besar ketika mencangkung adalah 51 saat, berbanding purata masa sewaktu duduk pada tandas rendah dan tinggi, masing-masing 114 dan 130 saat. Peserta mendapati membuang air besar lebih mudah semasa mencangkung daripada ketika duduk.

Satu kajian di Jepun melibatkan enam sukarelawan yang diberikan larutan kontras (boleh dilihat dengan radiografi) dan diminta untuk membuang air besar dari kedudukan duduk dan mencangkung. Mereka difilemkan dengan radiografi dari belakang skrin.

Para penyelidik mendapati sudut anorektal mempunyai pelebaran yang lebih besar dalam kedudukan mencangkung. Peserta juga kurang mendapat tekanan di bahagian abdomen apabila mencangkung.

Kajian di Pakistan pula mendapati penggunaan postur mencangkung mungkin membantu mengurangkan simptom fisur. Mereka yang selalu meneran berlebihan akan mengalami luka pada lapisan dubur, dikenali sebagai fisur. Simptom fisur dubur kronik termasuklah sakit sewaktu membuang air besar, keluar darah dari rektum dan kesukaran duduk.

Apabila mereka menggunakan postur mencangkung menggunakan tandas duduk yang diubah suai (dengan peha mereka berlipat dan kaki diletakkan di atas bangku) untuk membantu meniru kedudukan mencangkung, mereka didapati kurang mengalami simptom berbanding dengan kedudukan duduk.

Patutkah saya mencangkung?

Walaupun mencangkung mungkin berguna untuk mereka yang mengalami sembelit kronik, ia bukanlah penawar. Juga tiada bukti kukuh untuk mecadangkan bahawa mencangkung boleh menghalang atau menyembuhkan buasir.

Sesetengah orang pula memang secara semula jadi mengambil masa yang lebih lama untuk membuang air besar dan tidak dapat dikurangkan dengan mencangkung. Mencangkung juga didapati boleh menyebabkan kenaikan kecil tekanan darah.

Pun begitu, mencangkung didapati mempunyai manfaat yang jelas. Sekiranya anda mempunyai tandas biasa dan ingin mendapatkan faedah mencangkung, anda boleh menggunakan kerusi tandas dan bangku kaki yang diubahsuai, yang membolehkan anda meluruskan pinggul anda dan mengangkat kaki anda.

Mereka yang tidak biasa mencangkung, orang yang mempunyai masalah berat badan, orang kurang upaya, dan orang tua mungkin mendapati postur mencangkung sukar bagi mereka untuk membuang air besar. Mereka lebih sesuai menggunakan tandas duduk.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Najis Ibu Hamil Boleh Bertukar Kepada Warna Hijau Tau! Ini 6 Puncanya

    Ada segelintir ibu hamil yang mengalami masalah warna najis bertukar menjadi hijau. Mengapa perkara tersebut berlaku? Adakah ia normal atau tidak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 23/06/2020 . 3 minit bacaan

    Bukan Sebab Sedih Atau Sakit Saja, Berak Pun Boleh Buat Kita Menangis?

    Ada dalam kalangan kita yang mengalami fenomena menangis ketika buang air besar atau berak. Adakah ia normal dan apakah dalangnya? Klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Pusat Kesihatan, Penyakit Perut/Gastrousus 23/06/2020 . 3 minit bacaan

    Ini Rupanya 7 Punca Sebenar Berak Berdarah, Yang Terakhir Boleh Buat Kecut Perut!

    Ada yang mengalami berak berdarah namun takut atau malu untuk berjumpa doktor. Jangan begitu, ia mungkin disebabkan oleh perkara ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 21/05/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Latih Baby Duduk? Boleh TAPI Ambil Tahu 19 Perkara PENTING Ini Dahulu

    Pada usia berapa bayi mula duduk? Boleh ke kalau ada parents yang melatih bayi duduk atau ia satu tindakan yang tidak wajar?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 20/05/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    apa itu trichomoniasis

    Jangan Main Kongsi Jamban Terutamanya Jenis Duduk, Boleh Terkena STD Yang Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/07/2020 . 3 minit bacaan
    buang air kecil

    Tembak Asyik Miss, Jangan Biarkan Jika Kencing Bercabang, Ada Yang Bahaya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 15/07/2020 . 3 minit bacaan
    mandi bersama pasangan

    Kenapa Perlu Malu? Ada Banyak Manfaat Mandi Bersama Pasangan, Barulah Romantis!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/06/2020 . 3 minit bacaan
    cirit semasa seks

    Alamak! Anda Berisiko Tercirit Semasa Beraksi Dengan Pasangan Jika Mengalami Keadaan Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 25/06/2020 . 3 minit bacaan