Penglibatan Kumpulan Pelarian dan Imigran dalam Agenda Kesihatan Awam

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 5 minit bacaan
Share now

Setiap hari, Khaleda Begum berjalan kaki ke sebuah telaga bagi mendapatkan air bersih bagi keperluan memasak, sumber minuman serta tujuan mencuci pakaian di kem pelarian Kutupalong, Bangladesh.

Dengan hanya beberapa langkah daripada telaga air yang menjadi sumber keperluan harian mereka sekeluarga, terdapat sebuah anak sungai kecil yang menjadi tempat bagi keluarganya serta keluarga-keluarga pelarian yang lain untuk membuang air dan hasilnya, dua orang anaknya mengalami diarrhea, keadaan dimana tinja atau najis keluar dengan kerap dan bukan dalam keadaan pepejal.

Khaleda tahu bahawa punca diarrhea yang dialami oleh kedua-dua anaknya adalah berpunca daripada sumber air yang tercemar oleh najis dan tinja.

Selain kedua anaknya, terdapat juga keluarga pelarian lain yan mengalami masalah kesihatan yang sama, malahan ada yang yang mempunyai masalah kulit seperti ruam kemerahan akibat daripada penggunaan sumber air tercemar.

Sumber air tercemar dan pengurusan sanitasi

Keadaan yang berpunca daripada kekurangan sumber air yang benar-benar bersih serta keadaan pengurusan sisa tinja yang tidak terurus ini merupakan salah satu daripada punca berlakunya communicable disease atau penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria atau virus bawaan air seperti kolera, typhoid, malaria dan denggi.

Akibat daripada situasi semasa pelarian yang tidak mempunyai tempat kediaman yang lebih baik, kekurangan akses terhadap rawatan perubatan serta keadaan pelarian yang terpaksa menggunakan sumber air tercemar telah mendedahkan mereka terhadap risiko masalah kesihatan yang lebih tinggi dan buruk berbanding penduduk tempatan di sesebuah negara tersebut.

Perkara seperti ini bukan sahaja berlaku di Bangladesh, tetapi hampir di kesemua tempat dimana populasi pelarian atau imigran menghadapi pelbagai masalah seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.

Kesihatan pelarian mempengaruhi kesihatan komuniti setempat

Sehingga tahun 2017, terdapat hampir 25.4 juta pelarian diseluruh dunia dengan negara Turki menjadi negara hos terbesar bagi kumpulan pelarian dengan jumlah seramai 3.5 juta orang.

Di Malaysia, sehingga Disember 2018, terdapat 163,860 orang pelarian dan pencari suaka yang berada di Malaysia dan berdaftar dengan UNHCR Malaysia. Jumlah ini bukanlah satu jumlah yang kecil memandangkan tahap kesihatan mereka turut mempengaruhi tahap kesihatan penduduk tempatan.

Persoalannya disini, adakah tahap kesihatan kumpulan pelarian dan imigran penting bagi kita terutamanya penduduk tempatan sesebuah negara? Ia kelihatan seperti tidak berkait antara satu sama lain tetapi kualiti kesihatan kumpulan pelarian dan imigran sebenarnya memberi impak bukan sahaja terhadap kumpulan mereka sendiri malah turut memberi kesan negatif terhadap penduduk tempatan di sesebuah negara.

Kumpulan pelarian dan imigran ini menghadapi lima cabaran utama untuk mendapatkan akses terhadap penjagaan kesihatan iaitu ketersediaan, kecukupan, kebolehaksesan, kemampuan dan kesesuaiannya.

Kepentingan akses perkhidmatan kesihatan kepada pelarian dan imigran

Terdapat beberapa isu mengapa akses penjagaan kesihatan tidak boleh dipandang serong mahupun diambil mudah kepada kumpulan ini.

Pertama, setiap manusia mempunyai hak untuk hidup dengan sihat memandangkan ianya adalah hak asasi manusia tanpa mengira samada seseorang itu berstatus pelarian mahupun tidak dan ianya termaktub dibawah 1966 International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights.

Kedua, kumpulan pelarian mahupun imigran menyumbang secara langsung terhadap pembangunan masyarakat di sesebuah negara samada negara hos mahupun negara asal mereka.

Ketiga, kewujudan kumpulan kecil yang tidak mempunyai tahap kesihatan yang baik akan memberi kesan buruk kepada komuniti secara keseluruhan.

Keempat, diagnosis serta rawatan awal mampu menyelamatkan lebih banyak nyawa serta mengurangkan kos rawatan sekiranya keadaan kesihatan menjadi lebih kronik.

Kelima, kesihatan kumpulan imigran dan pelarian telah menjadi sebahagian daripada agenda keselamatan kesihatan global (global health security).

Perbandingan keadaan kesihatan pelarian dan imigran dengan penduduk tempatan di Eropah

Pada 21 Januari 2019, World Health Organization (WHO) telah melancarkan satu laporan iaitu Report on the health of refugees and migrants in the WHO European Region: No public health without refugee dan migrant health, laporan pertama yang seumpamanya yang dilancarkan oleh WHO berkenaan kesihatan kumpulan atau populasi pelarian dan imigran khusus di benua Eropah.

Laporan berkenaan menyatakan bahawa kumpulan pelarian dan imigran secara umumnya mempunyai keadaan kesihatan yang baik tetapi mempunyai risiko yang tinggi untuk memiliki penyakit semasa dalam proses transisi atau menetap di negara lain atas faktor kemiskinan hidup serta perubahan penyesuaian cara hidup di tempat baharu.

Laporan berkenaan telah merumuskan laporan-laporan serta data kesihatan kumpulan pelarian dan imigran dan perkembangan yang telah dibuat di negara-negara yang menjadi hos bagi kumpulan ini.

Kesemua data diperoleh daripada lebih 13 000 dokumen serta dijalankan dengan kerjasama Italian National Institute for Health, Migration and Poverty (INMP).

Kajian laporan tersebut dijalankan di WHO Wilayah Eropah dan dibuat perbandingan diantara status kesihatan kumpulan pelarian dan imigran dengan penduduk tempatan di sesebuah negara yang menjadi hos untuk kumpulan pelarian.

Secara umumnya, kadar kematian dianggarkan lebih rendah berlaku dalam kalangan kumpulan imigran dan pelarian berbanding penduduk tempatan untuk faktor seperti neoplasma, masalah kesihatan mental, kecederaan, gangguan endokrin dan masalah pencernaan.

Tetapi kadar kematian tersebut lebih tinggi bagi kumpulan imigran berbanding penduduk tempatan bagi faktor jangkitan, masalah luaran, penyakit berkaitan darah serta penyakit kardiovaskular. Keadaan kesihatan ini bergantung kepada faktor konteks seperti negara asal atau tempoh dan keadaan sosioekonomi semasa mereka.

Kumpulan pelarian dan imigran dilihat tidak terlalu terkesan dengan penyakit tidak berjangkit (noncommunicable diseases) berbanding penduduk tempatan semasa ketibaan mereka di sesebuah negara. Walaubagaimanapun, mereka akan mendapat risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit kardiovaskular, strok dan kanser sekiranya mereka terus hidup dalam kemiskinan di negara baharu mereka.

Mereka juga akan terdedah kepada faktor risiko penyakit-penyakit kronik atas sebab perubahan cara hidup dan makan makanan yang kurang sihat dan kurang bernutrisi. Mereka juga terdedah kepada penyakit-penyakit berjangkit dalam proses transisi mereka dari negara asal ke negara atau tempat baharu yang lebih selamat.

Sebagai contoh, laporan tersebut menyatakan bahawa kadar penyakit tuberculosis atau TB dalam kalangan kumpulan imigran bergantung kepada kelaziman penyakit TB yang berlaku dalam kalangan penduduk tempatan.

Kadar kumpulan pelarian yang mendapat jangkitan HIV juga meningkat setelah mereka tiba di negara hos mereka. Walaupun terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa kumpulan pelarian dan imigran membawa penyakit yang boleh menjangkiti penduduk tempatan, tetapi hakikatnya, risiko kumpulan ini menyebarkan penyakit berjangkit seperti yang didakwa adalah sangat rendah.

Selain daripada itu, kumpulan pelarian mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat kanser kecuali kanser servik. Walaubagaimanapun, kewujudan kanser dalam kalangan mereka dikesan pada waktu yang agak lewat yang membawa kepada keadaan kesihatan yang lebih buruk berbanding penduduk tempatan.

Laporan turut menyatakan bahawa tekanan dan gangguan keresahan dan kebimbangan cenderung berlaku dalam kalangan pelarian dan imigran berbanding penduduk tempatan.

Pelarian dan imigran yang tiba di negara-negara Eropah juga mungkin mempunyai jumlah imunisasi yang tidak lengkap, oleh itu, pengambilan suntikan vaksin meningkat semasa ketibaan dan penempatan mereka di negara baharu dan tindakan pantas ini adalah untuk memastikan mereka menerima vaksin asas yang mampu melindungi mereka dan penduduk tempatan.

Tindakan memasukkan kumpulan pelarian dan imigran didalam program imunisasi kebangsaan perlulah dicontohi seperti yang telah dilaksanakan oleh negara Turki, Ukraine, Sweden, Finland, Perancis dan Ireland.

Usaha kearah mewujudkan sistem kesihatan mesra pelarian dan imigran

Kearah mewujudkan sistem kesihatan yang lebih mesra imigran dan pelarian, pelbagai usaha perlu dilaksanakan bagi memastikan hasrat ini tercapai.

Penyediaan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan berpatutan selain perlindungan sosial bagi kumpulan ini perlu dilaksanakan tanpa mengira status pelarian dan imigran mereka dalam undang-undang sesebuah negara.

Selain itu, perkhidmatan kesihatan juga perlu lebih mesra dan peka dengan aspek budaya dan linguistik sesebuah kelompok imigran agar perkhidmatan dapat disampaikan dengan lebih berkesan tanpa wujudnya halangan komunikasi diantara imigran dan penyedia perkhidmatan.

Perkhidmatan kesihatan turut disarankan agar memiliki warga kerja yang berpengalaman untuk mendiagnosis dan menguruskan penyakit-penyakit berjangkit dan tidak berjangkit.

Kesemua usaha ini perlu dilaksanakan dengan penyertaan pelbagai sektor samada di pihak kerajaan mahupun swasta seperti NGO bagi memastikan agenda keselamatan kesihatan global dapat dilaksanakan disamping memberikan kesejahteraan kepada kedua-dua pihak yang terlibat iaitu kumpulan pelarian dan imigran serta penduduk tempatan di negara hos yang terlibat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    6 Beradik Sekelip Mata Jadi Yatim Piatu – Ini Pentingnya Ibu Bapa Jaga Kesihatan Diri

    Perkara utama yang dipentingkan oleh setiap ibu bapa sudah tentu kesihatan anak-anak. Adakah itu bermakna penjagaan kesihatan ibu bapa tidak penting?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 13/05/2020 . 3 minit bacaan

    Perubahan Mood Tak Semestinya Tanda Bipolar

    Ketahuilah bahawasanya perubahan mood tidak bermaksud seseorang itu bipolar. Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 06/01/2020 . 4 minit bacaan

    6 Trend Kesihatan Menjelang 2020

    Terapkan beberapa konsep kesihatan bagi mencapai misi kelanjutan usia dan mengelakkan kematian pramatang. Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 30/12/2019 . 4 minit bacaan

    Azam Tahun Baru Melibatkan Kesihatan, Takkan Berjaya?

    “Apa azam tahun baru anda?" Ada yang mengatakan resolusi tahun baru berkaitan kesihatan sekadar hangat-hangat tahi ayam, betul ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 27/12/2019 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    ujian saringan kesihatan

    Dah Nak Masuk ‘3 Series’? Lakukan 7 Ujian Kesihatan Ini, Buat Sebelum Terlambat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 13/10/2020 . 3 minit bacaan
    bencana alam

    Bencana Alam Bukan Saja Musnahkan Alam & Harta Benda, Malah Juga Kesihatan, Jaga-jaga, Ya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 12/10/2020 . 3 minit bacaan
    cara bersihkan jamban

    Tak Selera Nak Lepas Hajat Sebab Bilik Air Kuning & Kotor? Ini 5 Cara Untuk Bersihkannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 06/10/2020 . 3 minit bacaan
    kesihatan awam

    Dunia Berdepan Dengan 4 Isu Kesihatan Awam Tahun 2020, Bukan Cuma COVID-19!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan