Kelenjar Air Liur Nyamuk: Penawar Kepada Malaria?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Nyamuk adalah serangga yang boleh menyebarkan pelbagai jenis penyakit berbahaya seperti zika, denggi dan malaria. Penyakit-penyakit ini boleh disebarkan antara individu yang telah dijangkiti kepada individu yang belum dijangkiti hanya dengan satu gigitan sahaja.

Menurut WHO, dianggarkan kira-kira 220 juta individu di seantero dunia, terutamanya yang tinggal di kawasan tropika serta sub-tropika menghidapi malaria. 95 buah negara dan kawasan di sini telah diserang penyakit berpunca dari parasit dan lebih daripada 400,000 meninggal dunia akibat jangkitan parasit pada setiap tahun. 

Penyakit malaria boleh dikesan melalui simptomnya seperti demam, selesema, peluh dan keletihan yang melampau. Sebenarnya, ia boleh dirawat dengan ubat-ubatan dan boleh dicegah dengan penghapusan tempat pembiakan serangga ini. Pun begitu, ia akan menelan kos yang sangat tinggi. Jadi, apakah terdapat cara lain yang boleh dilakukan?

Penemuan terbaharu dalam mencari penawar malaria

Dalam badan seekor nyamuk, sebenarnya terdapat ribuan parasit yang boleh menyebabkan malaria. Pun begitu, ketika sedang mengigit dan menyedut darah daripada manusia, ia sebenarnya hanya akan memindahkan sedikit sahaja daripada parasit tersebut.

Menurut saintis dari Johns Hopkins Medicine, mereka telah menemui bahawa parasit tersebut akan terhenti dan tersekat semasa sedang melalui kelenjar air liur serangga ini, yang mungkin boleh dijadikan sebagai sumber utama kajian lanjutan untuk rawatan malaria.

Menurut Deborah Andrew yang merupakan seorang profesor sel biologi di Johns Hopkins University School of Medicine, kelenjar air liur nyamuk ini mungkin boleh dijadikan sebagai pencegah atau penawar penyakit bawaan serangga ini seperti malaria, dan lain-lain.

Parasit malaria sebenarnya sangat bergantung kepada nyamuk Anopheles betina untuk merebak di dalam kitaran hidup kompleks yang bermula apabila serangga ini makan sel parasit semasa menghisap darah haiwan yang telah terjangkiti. Sel-sel ini kemudiannya akan memasuki perutnya lalu bergabung sesama sendiri untuk membentuk telur dan tinggal di dalam badannya sementara menunggu hosnya menghisap darah haiwan lain untuk berpindah kepada hos yang baru. 

Dalam masa yang sama, parasit ini akan mula membiak lantas menjadikannya lebih banyak. Apabila hosnya mula menghisap darah haiwan lain, parasit ini juga akan cuba memasuki badan haiwan yang dihisap darahnya melalui kelenjar air liurnya. Pun begitu, para saintis telah lama mengetahui bahawa kebanyakannya tidak dapat keluar daripada badan serangga ini.  

Menurut pengkaji dan pengarang Andrew Laboratory, Michael Wells, walaupun ribuan parasit berada dalam kelenjar air liur serangga ini, hanya kurang daripada 10 daripadanya yang akan dipindahkan melalui gigitannya. Jadi, ini membuktikan bahawa kelenjar air liur serangga ini menghalang parasit ini daripada keluar namun belum dapat dipastikan sebabnya.

Setelah dikaji, didapati bahawa kelenjar air liur nyamuk Anopheles terdiri daripada 3 lobus yang menghasilkan air liur. Lobus-lobus ini dilindungi oleh membran dan setiap daripadanya adalah memanjang sehingga ke mulutnya. Untuk keluar, parasit mesti melalui membran pelindung, menembusi sel air liur dan kemudian berenang ke kawasan ruang kaviti dan seterusnya kepada muncung kelenjar.

Untuk melihat bagaimana kelenjar air liur ini menghalang transmisi malaria, para pengkaji telah menggunakan tikus yang telah dijangkiti sebagai haiwan kajian. Setelah diteliti, mereka menemui bahawa kebanyakan parasit akan berada dalam membran pelindung dan ruang kaviti dan hanya sedikit yang akan berada dalam muncung kelenjar serangga ini.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah parasit yang sangat mudah memasuki muncung kelenjar serangga ini namun tidak semua mampu melaluinya. Hanya parasit yang benar-benar kuat sahaja boleh memasukinya lalu menjangkiti haiwan atau individu yang digigit oleh hosnya. 

Ini menunjukkan bahawa kelenjar air liur kepunyaan serangga ini sebenarnya merupakan kunci utama dalam mencegah dan mengubat penyakit bawaan nyamuk itu sendiri, seperti malaria. Pun begitu, kajian lanjutan perlu dijalankan untuk mengetahui keberkesanannya.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Rawatan Kanser Kolorektal

    Pesakit kanser usus akan menjalani beberapa rawatan untuk memulihkan kanser yang dialami. Antara rawatan yang dilakukan ialah kemoterapi dan pembedahan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Kolorektal, Kanser 22/10/2020 . 6 minit bacaan

    Diagnosis Kanser Kolorektal

    Ada beberapa cara yang doktor boleh lakukan untuk merawat atau diagnosis kanser usus besar. Antaranya ialah dengan melalui ujian makmal ataupun kolonoskopi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Kolorektal, Kanser 22/10/2020 . 5 minit bacaan

    Punca Kanser Kolorektal, Ini Faktor Risiko Yang Cenderung Buat Anda Mendapat Kanser

    Tahukah anda, individu yang pernah mengalami masalah radang usus besar berpotensi untuk menghidap kanser kolorektal atau kanser kolon?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Kolorektal, Kanser 22/10/2020 . 5 minit bacaan

    Jangan Selalu Stres, Kalau Tak Nak Muka Berubah Jadi Macam Ini!

    Percaya atau tidak, muka stress boleh sebabkan beberapa kesan pada wajah anda. Kami senaraikan 5 kesan stres pada muka yang mungkin anda tidak tahu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 22/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    warna darah haid

    Darah Haid Boleh Berwarna Oren & Kelabu? Hati-hati, Ini Petanda Masalah Kesihatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
    cara mendapatkan anak kembar

    Percaya Atau Tidak, Ubat Kesuburan Ini Boleh Tingkatkan Peluang Untuk Dapat Anak Kembar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
    tindik telinga

    Normal Jika Wanita Gemar Tindik Telinga, Tapi Sebelum Bertindik, Ini Yang Anda Perlu Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
    cuci usus

    Pencegahan Kanser Kolorektal

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 5 minit bacaan