backup og meta

Mencegah Penyakit Kronik dengan Berpuasa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/12/2019

    Mencegah Penyakit Kronik dengan Berpuasa

    Secara umumnya, puasa mempunyai pelbagai manfaat, termasuk penyembuhan penyakit ringan dan kronik dengan berpuasa secara rutin. Bagi yang mengamalkan pemakanan tidak sihat, berpuasa boleh menjadi terapi dalam mencegah pelbagai penyakit berpunca daripada makanan serta gaya hidup yang tidak sihat.

    1. Kanser

    Puasa boleh membunuh sel kanser, yang mana mendorong tubuh menghalang pertumbuhan parasit berbahaya dan menghabiskan bekalan makanan. Akibatnya, kuman penyakit, bakteria dan sel-sel kanser tidak dapat bertahan. Kanser itu sendiri dikenali sebagai penyakit maut.

    Satu kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari University California Selatan menunjukkan puasa bukan sahaja melindungi kerosakan sistem imun, tetapi juga mendorong sistem regenerasi imun manusia.

    2. Diabetes melitus

    Pengawalan gula dalam darah yang baik akan menyebabkan penurunan kadar insulin sekali gus mencegah penyakit diabetes jenis II. Ini menunjukkan puasa sangat baik untuk menstabilkan kadar gula dalam darah. Ini kerana puasa memberi peluang kepada kalenjar pankreas untuk berehat. Pankreas merembeskan insulin untuk meneutralkan gula menjadi kanji dan lemak. Rawata diabetes dengan berpuasa memberikan hasil yang luar biasa tanpa menggunakan ubat-ubatan kimia. Walau bagaimanapun, pesakit diabetes perlu berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum meneruskan puasa Ramadan.

    3. Hipertensi

    Hipertensi atau tekanan darah tinggi adalah keadaan darah pada arteri utama dalam tubuh terlampau tinggi. Jadi, puasa boleh mengurangkan tekanan darah jika dilakukan dengan betul iaitu menjaga pemakanan dan mengawal diri untuk lebih bersabar.

    Pesakit tekanan darah tinggi dengan obesiti sangat disyorkan untuk berpuasa. Bagi mereka yang mengambil ubat, bincang dengan doktor untuk menyesuaikan dos ubat. Tetapi perlu diingat, bagi mereka yang menderita hipertensi yang teruk atau penyakit jantung tidak perlu berpuasa sama sekali.

    4. Kolesterol tinggi

    Berpuasa juga boleh memperbaiki kolesterol darah. Dalam jangka masa panjang, kadar kadar kolesterol yang tinggi pada darah dapat menyumbat pembuluh darah dalam bentuk aterosklerosis. Antaranya pengapuran atau pengerasan saluran darah. Apabila berlaku di dalam otak, ia akan mengakibatkan strok. Sekiranya berlaku di dalam hati, ia boleh menyebabkan serangan jantung.

    Di samping itu, puasa juga boleh meningkatkan proses penghapusan dan meningkatkan pembebasan racun dari usus, buah pinggang, pundi kencing, paru-paru dan saluran pernafasan, sinus dan kulit.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan