backup og meta

Jangan Lakukan 15 Perkara Ini Supaya Kehidupan Anda Bertambah Baik

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 03/12/2019

    Jangan Lakukan 15 Perkara Ini Supaya Kehidupan Anda Bertambah Baik

    Dalam hidup ini, selepas mengalami banyak pasang surut, kita harus berhenti sejenak, mengambil nafas kemudian bermula lagi. Orang yang paling berjaya di dunia ini juga tidak terkecuali dari menghadapi cabaran dan halangan. Walau bagaimanapun, beza di antara orang yang berjaya dan orang yang gagal adalah sikap mereka, cara mereka melihat pelbagai perspektif kehidupan untuk mengatasi halangan yang tersebut. Berikut adalah 15 perkara yang anda perlu berhenti lakukan supaya anda dapat anda dapat hidup dengan lebih baik.

    Menyalahkan orang lain

    Jangan salahkan orang lain atau nasib anda atas apa yang berlaku dalam hidup anda. Andalah majikan kepada diri anda sendiri. Jika seseorang berbuat kerosakan dalam hidup anda, maka andalah yang bersalah kerana membiarkan mereka berbuat demikian. Sentiasa pastikan anda yang mengawal hidup anda dan bukan orang lain.

    Memendam perasaan anda

    Ini adalah tabiat yang tidak baik. Tiada siapa yang dapat memahami anda melainkan anda menunjukkan perasaan anda kepada mereka. Memendam perasaan anda hanya membawa kepada pemikiran yang negatif. Cuba berikan pendapat anda, tunjukkan apa yang anda rasa dan kongsilah perasan anda dengan orang yang anda percaya.

    Bergosip

    Mengumpat orang lain di belakang mereka tidak membawa sebarang kebaikan. Ini hanya boleh menyakiti perasaan orang lain dengan sengaja, kehilangan kepercayaan dan rasa hormat orang lain kepada anda.

    Membiarkan orang lain memijak kepala anda

    Walaupun anda hanya cuba bersopan, tetapi sekiranya anda enggan mengatakan “Tidak”, ini hanya memberi peluang kepada orang untuk memujuk-mujuk anda, mengganggu apa yang sedang anda sedang usahakan atau menggunakan anda sebagai tempat mereka ‘membuang’ emosi mereka.

    Mengelak apabila mendapat pujian

    Inilah amalan biasa orang yang merendah diri. Disebabkan kurang atau tidak yakin pada diri sendiri, anda mungkin akan menolak tanggapan baik orang tentang anda, termasuk kepercayaan dan kesetiaan.

    Berhenti memberi perhatian kepada kesihatan anda

    Makan makanan ringan, minum arak, merokok dan tidak bersenam kesemuanya menunjukkan anda tidak memberi perhatian kepada kesihatan anda.

    Terlebih analisis

    Terlampau menganalisis semua perkara berhampiran adalah tidak baik. Hanya apabila seseorang membalas mesej anda dengan ikon smiley dan bukan berkata “Ok”, imaginasi anda mula berfikir macam-macam dan berprasangka bahawa mereka bosan dengan anda. Cara pemikiran ini tidak membawa sebarang manfaat jika anda ingin mencapai kebahagiaan.

    Menganggap pendapat orang lain adalah segalanya

    Tiada apa yang terlalu sempurna. Mendengar nasihat orang adalah satu perkara yang baik tetapi nasihat tersebut hanyalah sebagai rujukan.

    Bertindak kejam terhadap diri sendiri

    Inilah yang anda perlu berhenti lakukan dengan segera kerana ia hanya memberikan persepsi negatif tentang diri anda dan seluruh dunia.

    Melakukan sesuatu tanpa kesungguhan

    Daripada berputus asa, anda hanya berhenti berusaha dan meneruskan hidup dengan apa yang ada di tangan anda, sama ada tugas, hubungan atau impian anda.

    Memberi keutamaan kepada rupa berbanding pengalaman

    Adalah bagus untuk kelihatan cantik kerana orang cenderung mengagumi rupa anda. Walau bagaimanapun, hanya saat-saat yang menarik dan mengujakan yang akan kekal dalam kenangan anda selamanya, bukannya cara orang melihat anda.

    Sentiasa menilai

    Jika anda terus menilai sesiapa sahaja yang melalui anda atau sentiasa mencipta sejarah keluarga, pilihan kerjaya, latar belakang pendidikan berdasarkan khayalan anda dan menghakimi orang lain berdasarkan pandangan anda yang berat sebelah, anda perlu berhenti melakukannya.

    Sentiasa berdampingan dengan telefon anda

    Berdampingan dengan gajet adalah amalan masyarakat hari ini yang sangat menyedihkan. Ini hanya membawa lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan.

    Mereka cerita

    Mereka kisah yang tidak betul mengenai hidup mereka adalah apa yang biasa orang lakukan dilakukan. Ini tidak mewujudkan apa-apa kecuali pandangan  palsu orang lain tentang anda dan pandangan palsu anda terhadap diri anda.

    Takut melalui pengalaman atau peluang baru

    Sentiasa berada di zon selamat anda mungkin benar-benar membuatkan anda rasa selesa tetapi hidup ini menawarkan anda lebih daripada itu. Pasangan hidup anda mungkin menunggu peluang di luar sana untuk bertemu dengan anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 03/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan