Kebanyakan pakar pemakanan tidak akan mengesyorkan pemberhentian seluruh kumpulan makanan melainkan jika anda mempunyai alasan yang sangat baik seperti alahan.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group
Kebanyakan pakar pemakanan tidak akan mengesyorkan pemberhentian seluruh kumpulan makanan melainkan jika anda mempunyai alasan yang sangat baik seperti alahan.
Ini kerana setiap kumpulan makanan menyediakan nutrien dan tenaga yang berbeza untuk memastikan tubuh berfungsi dengan baik.
Tetapi sekiranya anda tidak mempunyai banyak pilihan dan perlu mengelakkan produk tenusu atau susu, anda mungkin dapat melihat beberapa perubahan pada tubuh anda.
Susu penuh dengan kalsium, protein, vitamin D, dan mineral lain yang penting untuk membina tulang yang kuat. Kebanyakan pembinaan tulang berlaku pada zaman kanak-kanak dan remaja.
Sekiranya anda menjalani diet bebas tenusu, keadaan tulang anda boleh menjadi semakin lemah dan terdorong kepada keretakan atau patah.
Untuk mengawal keadaan ini, anda perlu mencari cara untuk menggantikan nutrien yang hilang seperti mendapatkan doa kalsium harian daripada pengambilan sayuran berdaun hijau, jus oren dan brokoli.
Keinginan menurunkan berat badan sering menjadi motivasi utama untuk mengelakkan pengambilan susu.
Walaupun produk tenusu seperti keju dan aiskrim boleh menambah kalori utama, terdapat beberapa kajian telah menunjukkan bahawa susu mengenyangkan dan membantu mengekalkan berat badan yang sihat.
Sekiranya anda mempunyai intoleransi laktosa, anda kehilangan enzim yang biasanya memacahkan gula dalam susu, disebabkan itu anda boleh mendapatkan masalah perut apabila mengambil produk tenusu.
Tetapi jika anda tidak mengelakkan susu daripada diet anda, anda akan benar-benar akan mengurangkan keadaan ini dengan meningkatkan bakteria yang sihat dalam usus anda.
Sesetengah produk tenusu adalah radang, jadi anda akan mengurangkan risiko kanser jika mempunyai diet bebas tenusu.
Kajian 2001 menemui bahawa pengambilan kalsium tinggi khusunya kebanyakannya daripada produk tenusu meningkatkan risiko lelaki untuk mendapat kanser prostat, kerana ia mengurangkan jumlah hormon yang dianggap menghalang kanser.
Selain itu, bergantung kepada jenis tenusu, ia mungkin mempunyai racun perosak, tambahan hormon pertumbuhan, dan bahan-bahan lain yang berpotensi karsinogenik, yang semuanya dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser payudara.
Sudah cukup diketahui bahawa menghentikan pengambilan susu boleh meningkatkan keadaan kulit seseorang.
Susu lembu sering mengandungi hormon, yang mungkin bertindak balas terhadap hormon-hormon di dalam tubuh anda dan mengakibatkan peningkatan pengeluaran sebum pada kulit anda, yang menyebabkan menyumbat liang pori.
Selain itu, beberapa kajian pemerhatian telah menemui hubungan antara jerawat dan susu, terutamanya susu skim, tetapi ia tidak ada kaitan dengan keju atau yogurt. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa diet yang baik adalah penting untuk mengekalkan kulit yang baik dan pastikan anda mengambil diet seimbang yang sihat yang mengandungi banyak nutrien.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen