backup og meta

Derma Darah Semasa puasa? Apakah Risikonya?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/12/2019

    Derma Darah Semasa puasa? Apakah Risikonya?

    Darah adalah hadiah yang paling berharga yang boleh diberikan kepada sesiapa sahaj yang memerlukannya. Keputusan anda untuk menderma darah dapat menyelamatkan satu kehidupan, atau mungkin beberapa nyawa sekali gus. Tetapi, apa kata dunia perubatan mengenai derma darah semasa puasa? Adakah boleh menderma darah semasa perut kosong?

    Berapa kali dermah darah disyorkan dalam setahun?

    Derma darah sebaiknya dilakukan secara teratur. Tidak perlu bimbang akan kehabisan darah jika rutin anda menderma darah. Ini kerana darah memiliki kemampuan penjanaan semula yang luar biasa untuk mengganti semua sel dan cecair yang telah hilang.

    Tubuh anda menghsilkan kira-kira 2 juta sel darah merah baru setiap saat, sehingga tidak perlu masa yang lama untuk menggantikan darah yang hilang selepas menderma darah. Tapi, tubuh tetap memerlukan masa kira-kira empat hingga enam minggu untuk benar-benar menggantikan seluruh kelengkapan komponen sel darah merah dalam tubuh.

    Disebabkan itu, Palang Merah Antarabangsa mengesyorkan agar anda menderma darah sekurang-kurangnya 8 minggu sekali (56 hari), dengan maksimum 6 kali menderma setahun. Sebaiknya, anda perlu menjarakkan sekurang-kurangnya 12 minggu atau 3 bulan selepas kali terakhir menderma. Jadi, bagaimana jika jadual menderma darah anda seterusnya pada bulan Ramadan? Adakah masih boleh menderma darah semasa puasa?

    Apakah boleh menderma darah semasa puasa?

    Jawapannya, boleh. Dilaporkan dari CNN Indonesia,  Dr. Ari Fahrial Sham, ahli klinikal dan kesihatan menyatakan kelulusannya untuk menderma darah semsa puasa. Ini kerana tanpa mengira masa yang anda pilih untuk menderma darah, derma darah tetap menjadi aktiviti yang bermanfaat untuk kesihatan diri anda dan orang yang menerimanya.

    Derma darah secara rutin membantu mengawal kadar zat besi di tubuh. Ini terbukti boleh mengurangkan risiko perbagai penyakit jantung. Stok zat besi yang berlebihan menyebabkan kelikatan darah, yang merupakan salah satu faktor risiko serangan jantung dan strok.

    Zat besi yang berlebihan juga dapat menyebabkan kerosakan oksidatif dalam tubuh, yang menjadi penyebab utama penuaan dan kanser. Ini kerana salah satu manfaat menderma darah adalah mengurangkan risiko anda terhadap beberapa jenis kanser, seperti kanser hati, kanser paru-paru, kanser usus besar, dan kanser tekak.

    Derma darah semasa puasa boleh, tapi kemungkinan akan pengsan

    Perlu difahami bahwa ada risiko kesihatan tersendiri apabila menderma darah semasa berpuasa. Derma darah semasa puasa berisiko pengsan. Ini kerana ketika berpuasa, tubuh mengalami perbagai macam keadaan yang mempengaruhi kesihatan.

    Semasa berpuasa, tubuh tidak mendapat tenaganya daripada makanan dan minuman seperti di waktu-waktu lain. Untuk mengatasi masalah ini, tubuh kemudiannya beralih ke bahagian tenaga simpanan dari glukosa yang tersimpan dalam hati dan otot. Ia bermula kira-kira 8 jam selepas makanan terakhir dimakan. Fungsi otak dan organ penting dalam tubuh anda amat bergantung kepada fungsi glukosa. Tahap gula darah yang telah jatuh terlalu rendah tidak mampu menyokong keperluan tenaga badan dan otak.

    Orang yang berpuasa juga sering mengalami dehidrasi kerana tubuh tidak mendapat cecair yang secukupnya daripada makanan dan minuman yang seharusnya. Sedangkan tubuh sentiasa mengeluarkan cecair sepanjang hari, menerusi peluh, membuang air kecil, dan buang air besar.

    Air juga boleh hilang daripada pembuluh darah, yang kemudian mengganggu peredaran darah. Puasa boleh meningkatkan tahap tekanan dan mengganggu tidur. Kombinasi pelbagai “komplikasi” berpuasa menyebabkan anda menjadi tidak bertenaga, kesukaran menumpukan perhatian, pening, sakit kepala, untuk kerap menggigil.

    Sementara itu, sejumlah besar zat besi di tubuh anda juga turut hilang selepas menderma darah. Untuk mengimbangi hal ini, zat besi yang ada akan beredar ke seluruh tubuh. Kekurangan zat besi menyebabkan kadar hemoglobin berkurang. Hemoglobin bertanggungjawab membawa darah beroksigen ke setiap sel di seluruh tubuh anda, termasuk otak.

    Jika hemoglobindarah anda tidak mencukupi, tisu otak tidak mendapat oksigen yang cukup. Begitu juga, paras natrium dan kalium yang tidak mencukupi semasa berpuasa boleh menjejaskan kadar degupan jantung dan tekanan darah, yang juga boleh mengurangkan aliran darah ke otak.

    Kekurangan zat besi dan oksigen dalam darah, kadar gula darah rendah, dan tekanan darah rendah — semuanya boleh menyebabkan pening dan pengsan. Ini menyebabkan degupan jantung dan tekanan darah anda turun mendadak. Kesannya, aliran darah aliran darah ke otak anda terhalang, sehingga menyebabkan anda pengsan.

    Tip selamat menderma darah semasa puasa

    Walaupun menderma darah semasa puasa berisiko menyebabkan pengsan, tidak ebrmakna anda tidak bole melakukannya. Sebaiknya pilih waktu yang tepat. Perlu difahami bahawa untuk menderma darah semasa puasa, pendera seharusnya sudah mempersiapkan diri dengan pemakanan dan cecair yang mencukupi dalam tempoh empat jam sebelum memberi menderma. Sebagian besar panduan derma darah mengesyorkan penderma yang puasa harus minum sekurang-kurangnya 500 ml air sebelum dan selepas menderma darah.

    Disebabkan itu, Dr Laila Al Shaer, Ketua Dubai Blood Donation Centre (DBDC), dilaporkan dari Gulf News, menyarankan orang yang berpuasa sebaiknya menderma darah selepas waktu berbuka. Dengan itu, anda mempunyai masa yang cukup untuk mengisi tubuh dengan pengambilan nutrisi dan air, untuk mengelakkan kemungkinan pengsan setelah menderma darah.

    Dan bukan itu sahaja. Beberapa malam sebelum derma darah, pastikan pengambilan pemakanan dan cecair tubuh anda mencukupi dengan makanan dan minuman yang kaya zat besi, seperti daging merah, ayam, ikan, produk tenusu, kacang dan biji-bijian, dan bayam. Elakkan makanan berlemak, seperti makanan segera (fast food) atau aiskrim, yang boleh menggangu pemeriksaan darah.

    Banyakkan minum air putih dan minuman lain sebelum derma darah. Malam sebeum mendermadarah, pastikan anda mendapat rehat yang cukup, begitu juga selepas menderma. Banyakkan pengambilan cecair dan makanan selepas menderma darah semasa puasa.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan