backup og meta

Demam Tifoid (Kepialu)

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 03/06/2022

    Demam Tifoid (Kepialu)

    Definisi

    Apakah demam tifoid?

    Demam kepialu adalah penyakit bakteria, yang disebabkan oleh Salmonella Typhi. Ia tersebar melalui pengambilan makanan atau minuman yang tercemar oleh najis atau urin orang yang dijangkiti.

    Apakah simptom demam tifoid?

    Tanda-tanda dan simptom sering berkembang secara beransur-ansur dari satu hingga tiga minggu selepas terdedah kepada penyakit.

    Peringkat awal penyakit

    Pada peringkat ini anda mungkin mengalami:

    • Demam yang bermula dengan rendah dan meningkat setiap hari, mungkin mencapai setinggi 104.9 F (40.5 C)
    • Sakit kepala
    • Kelemahan dan keletihan
    • Sakit otot
    • Berpeluh
    • Batuk kering
    • Hilang selera dan penurunan berat badan
    • Sakit perut
    • Diarrhea atau sembelit
    • Ruam
    • Perut yang sangat membengkak

    Peringkat selepas penyakit

    Sekiranya tidak menerima rawatan, anda boleh:

  • Meracau
  • Berbaring tidak bergerak dan letih dengan mata tertutup separuh
  • Bagi sesetengah orang, tanda-tanda dan simptom mungkin kembali pada dua minggu selepas demam telah berkurang.

    Tindakan yang perlu diambil

    Apa yang perlu saya lakukan?

    Sekiranya anda mengalami demam yang tinggi dan berasa sangat sakit, jumpa doktor dengan segera. Terapi antibiotik adalah satu-satunya rawatan berkesan untuk demam kepialu. Antibiotik yang biasa disediakan termasuk:

    • Ciprofloxacin (Cipro). Di Amerika Syarikat, para doktor sering menetapkan ini untuk orang dewasa yang tidak hamil.
    • Ceftriaxone (Rocephin). Antibiotik suntikan ini adalah alternatif untuk orang yang tidak boleh menjadi mengambil ciprofloxacin, seperti kanak-kanak.

    Ubat-ubatan ini boleh mempunyai beberapa kesan sampingan, dan penggunaan jangka panjang boleh menyebabkan perkembangan bakteria yang tahan antibiotik.

    Bilakah saya perlu mendapatkan rawatan perubatan?

    Sekiranya anda mengalami demam yangtinggi dan berasa sangat sakit, berjumpa doktor dengan segera.

    Pencegahan

    Untuk mengelakkan demam kepialu, anda sangat disyorkan untuk:

    • Menggunakan Vaksin. Terdapat dua vaksin yang dengan satu suntikan dalam satu dos sekurang-kurangnya satu minggu sebelum bercuti/travel, dan satu lagi empat kapsul secara oral, dengan satu kapsul yang akan diambil setiap hari. Vaksin tidak 100 peratus berkesan, dan kedua-duanya memerlukan imunisasi berulang, kerana keberkesanan vaksin berkurang dari semasa ke semasa.
    • Cuci tangan anda. Anda perlu mencuci tangan dengan air sebelum makan atau menyediakan makanan dan selepas menggunakan tandas untuk mengawal jangkitan. Anda boleh membawa pembasuh tangan (hand sanitizer) berasaskan alkohol untuk waktu ketiadaan air.
    • Elakkan meminum air yang tidak dirawat. Air minuman yang tercemar telah dianggap sebagai masalah tertentu di kawasan demam kepialu adalah endemik. Oleh itu, anda hanya perlu minum air botol atau minuman berkarbonat. Atas alasan keselamatan, anda juga disyorkan untuk menggunakan air botol untuk menggosik gigi, dan jangan menelan air di bilik mandi.
    • Elakkan buah dan sayuran mentah. Anda harus mengelakkan makanan mentah sepenuhnya untuk mencegah daripada air dan bakteria yang tidak selamat.
    • Pilih makanan panas. Anda disyorkan untuk menggunakan makanan panas dan mengelakkan makanan yang disimpan atau dihidangkan pada suhu bilik. Anda juga harus mengelakkan makanan dari penjual jalanan kerana ia lebih cenderung tercemar.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 03/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan