backup og meta

Bolehkah Pesakit Tiroid Berpuasa?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 14/05/2018

    Bolehkah Pesakit Tiroid Berpuasa?

    Selain diabetes mellitus atau kencing manis, penyakit tiroid adalah antara penyakit sistem endokrin dan metabolik yang paling kerap ditemui di Malaysia. Jika anda menghidap penyakit tiroid, sama ada hipotiroidisme atau hipertiroidisme, kemunculan bulan puasa mungkin menggusarkan anda tentang bagaimana menghadapinya tanpa sebarang komplikasi perubatan. 

    Apa itu Penyakit Tiroid?

    Gangguan tiroid adalah keadaan yang mempengaruhi kelenjar tiroid, kelenjar berbentuk kupu-kupu di bahagian depan leher. Tiroid mempunyai peranan penting untuk mengawal pelbagai proses metabolik di seluruh badan. Jenis penyakit tiroid yang berbeza mempengaruhi sama ada struktur atau fungsinya.

    Oleh kerana kelenjar tiroid dikawal oleh kelenjar pituitari dan hipotalamus, gangguan tisu-tisu ini juga boleh menjejaskan fungsi tiroid dan menyebabkan masalah tiroid. Bentuk-bentuk gangguan tiroid termasuklah: 

  • Hipotiroidisme
  • Hipertiroidisme
  • Goiter
  • Nodul tiroid
  • Kanser tiroid
  • Hipotiroidisme berpunca daripada kelenjar tiroid menghasilkan jumlah hormon tiroid yang tidak mencukupi. Ia boleh berkembang dari masalah dalam kelenjar tiroid, kelenjar pituitari, atau hipothalamus. Simptom hipotiroidisme termasuklah keletihan, kulit kering, sembelit, otot dan sakit sendi, kemurungan, haid yang berpanjangan atau berlebihan pada wanita. 

    Hipotirodisme pula menerangkan penghasilan hormon tiroid yang berlebihan, keadaan yang jarang berlaku berbanding hipotiroidisme. Simptom hipotirodisme biasanya berkaitan dengan peningkatan metabolisme. Dalam kes ringan, mungkin tidak ada simptom yang jelas. Simptom dan tanda-tanda hipertiroidisme termasuklah tangan menggigil, kadar degupan jantung laju, keletihan, kuat berpeluh, penurunan berat badan tanpa sebab, tidak selesa dengan kepanasan.

    Bolehkah Pesakit Tiroid Berpuasa?

    Berdasarkan kajian, perubahan dalam hormon tiroid sewaktu puasa bulan Ramadan adalah minimum dan tidak menjejaskan tahap kesihatan individu yang berpuasa. Puasa bulan Ramadan tidak memerlukan perubahan pada dos levothyroxine dalam pesakit hipotiroid, walaupun faktor lain memerlukan perubahan dos, seperti jarak waktu antara pengambilan ubat dan waktu makan yang terakhir/yang akan datang perlu diambil kira.

    Bagaimana Pesakit Tiroid boleh Berpuasa?

    Dalam bulan Ramadan, pesakit tiroid, kebiasaannya  tidak memerlukan perubahan rawatan dan boleh berpuasa dengan selamat tanpa sebarang risiko kesihatan. Pesakit yang mengalami hipotirodisme yang mengambil thyroxine boleh mengambil tablet sewaktu perut kosong sebelum tidur berbanding setengah jam sebelum sahur. Pesakit dengan hipertiroidisme, yang mengambil  methimazole/carbimazole boleh meneruskan pengambilan dos dalam sekali atau dua kali sehari, sementara mereka yang mengambil propylthiouracil perlu mengubah jenis ubat.

    Pesakit hipertiroid dengan simptom yang teruk patut memulakan rawatan dengan serta-merta dan dinasihatkan untuk tidak berpuasa untuk beberapa hari. Mereka boleh merujuk kepada ahli agama untuk nasihat bersesuaian dengan keadaan mereka.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 14/05/2018

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan