5 Bahaya Jika Anda Sering Terdedah Pada Bunyi Bising, Salah Satunya Strok! Jaga-Jaga

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Sekiranya anda tinggal di bandar yang penuh dengan penduduk dan kesibukan, anda mungkin sudah terbiasa dengan bunyi bising lalu lintas yang tidak pernah berhenti, walaupun di tengah malam. Sebenarnya, kita belajar untuk mengadaptasinya.

Tetapi, pencemaran bunyi adalah tidak sesuai untuk jangka hayat anda. Kajian mendapati pendedahan berterusan terhadap bunyi bising dari lalu lintas jalan raya boleh meningkatkan risiko anda untuk mendapat strok.

Kajian yang diterbitkan oleh European Heart Journal mengukur jumlah pendedahan bunyi setiap hari yang didengar warga London dan mendapati bahawa sekitar 1.6 juta individu terdedah kepada tahap bunyi di atas 55dB, yang berpotensi membahayakan manusia.

Peluang untuk mendapatkan strok untuk mereka yang tinggal di kawasan sekitar dengan trafik yang bising adalah 5 peratus lebih tinggi daripada mereka yang tinggal di kawasan yang lebih tenang.

Risiko adalah lebih tinggi untuk individu dewasa yang lebih berusia. Kadar kematian adalah 4 peratus lebih tinggi di kawasan dengan tahap bunyi 60dB.

Sejak sekian lama, bunyi bising sering dikaitkan dengan penyakit jantung, gangguan tidur, tekanan darah tinggi dan tekanan. Walau bagaimanapun, kajian ini merupakan yang pertama mengaitkan bunyi bising dengan strok.

Menurut kajian yang dijalankan, pendedahan kepada bunyi bising harian boleh menganggu tidur. Selama bertahun-tahun, penyelidik dan pakar perubatan mencapai persetujuan bahawa tidur sangat penting.

Kekurangan tidur akan memperlambatkan refleksibiliti badan kita, meningkatkan tekanan darah dan pelbagai gangguan lain.

Sekatan tidur kronik (chronic sleep restriction) dan akut (acute) adalah berkaitan dengan banyak proses dalam badan seperti kepekaan insulin, obesiti, diabetes, hipertensi, dan banyak penyakit lain, termasuk kematian.

Salah satu fungsi badan yang akan terjejas teruk adalah sistem kardiovaskular yang berfungsi untuk mengekalkan tahap kesihatan dan dapat menerima banyak beban akibat endothelium, garis dalam saluran darah.

Ia menghasilkan banyak tindak balas kimia untuk mengimbangi rentak jantuk selama bertahun-tahun.

Dalam penyelidikan, fungsi endothelial akan menurun secara beransur-ansur apabila tahap kebisingan semakin meningkat dan mengakibatkan hati akan menjadi teruk kerana pendedahan kepada bunyi bising.

Dalam situasi lain pula, apabila kita kekurangan tidur, pastinya banyak masalah akan berlaku, terutamanya tekanan.

Tambahan lagi, tekanan akan menyebabkan munculnya simptom lain dan mengubah fungsi tekanan darah atau proses transformasi lipid dan glukosa dalam badan.

Semakin lama badan terdedah dengan kehilangan mod keseimbangan, semakin banyak penyakit mudah menjangkiti, malah kita juga akan terdedah kepada kehilangan deria pendengaran.

Faktor risiko lain seperti jantina individu, usia, ciri-ciri kejiranan seperti kadar merokok dan pencemaran udara, juga diambil kira dalam kajian ini.

Namun penyelidik kajian ini mengakui bahawa tahap bunyi bising yang mempengaruhi setiap orang adalah berbeza, kerana tindak balas yang berbeza.

Walaupun kajian yang dilakukan hanya menunjukkan hubungan antara bunyi bising lalu lintas dan strok, bukan akibat dan kesan yang akan berlaku, namun ia sedikit sebanyak membuktikan bahawa bunyi bising  yang keterlaluan boleh memberi impak kepada tahap kesihatan seseorang.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ada 7 Penyakit Yang Sering Dialami Kaum Adam, Beri Perhatian Awal Sebelum Terkena!

    Bagaimana jika anda mengetahui masalah kesihatan yang cenderung untuk dialami diri? Buat kaum lelaki, ini risiko kesihatan patut diberikan perhatian!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 09/06/2020 . 3 minit bacaan

    Zzzz… 7 Manfaat Tidur Malam Yang Wajib Anda Tahu! Yang Terakhir ‘Confirm’ Anda Suka

    Selalunya kita memandang remeh tentang kepentingan tidur. Tetapi sebenarnya ada 7 manfaat tidur malam yang perlu anda ketahui.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 12/03/2020 . 3 minit bacaan

    Orang Muda Yang Ada Tekanan Darah Tinggi, Ini 5 Cara Menurunkan Risiko Hipertensi!

    Buat orang muda yang menghidapi tekanan darah tinggi, ini merupakan cara menurunkan darah tinggi di usia muda untuk elak risiko hipertensi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Pusat Kesihatan, Hipertensi 26/12/2019 . 3 minit bacaan

    Maut Diserang Strok Akibat Ketagihan Permainan Video

    Seorang remaja dari Thailand telah ditemui mati di biliknya selepas bermain permainan video sepanjang semalam ketika musim cuti sekolah. 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 06/11/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penyakit strok

    BAHAYA! Ada Orang Boleh Alami Strok Senyap Tanpa Disedari, Boleh Sebabkan Masalah Kekal

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit gusi

    Pernah Ada Masalah Gusi? JAGA-JAGA! Risiko Untuk Anda Terkena Penyakit Strok TINGGI

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
    angin ahmar

    Simptom Sama, Tapi Lain Penyakit! Ini Cara Nak Bezakan Strok dan Sklerosis Berbilang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan
    strok

    Muka Senget, Sebelah Badan Lemah Selepas Seks, Ini Punca Strok Selepas Bersenggama

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 15/07/2020 . 3 minit bacaan