backup og meta

Apakah Punca Kematian di Malaysia?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 10/05/2023

    Apakah Punca Kematian di Malaysia?

    Pada tahun 2016, sebanyak 162,201 kematian telah dilaporkan di Malaysia. Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 4.1 peratus daripada tahun 2015 (155,786). Bilangan kematian yang disahkan secara perubatan pula adalah sebanyak 85,637 (52.8%) pada tahun 2016 berbanding 80,691 (51.8%) pada tahun 2015.

    Daripada keseluruhan jumlah tersebut, apakah yang menjadi punca kematian di Malaysia?

    1. Penyakit jantung iskemik

    Penyakit jantung iskemik atau ischaemic heart disease menggungguli tangga pertama dalam kalangan punca kematian di Malaysia. Malah, pola yang sama juga didapati di peringkat global. Penyakit jantung iskemik adalah disebabkan oleh pembuluh darah yang membekalkan darah dan oksigen kepada sel-sel jantung menjadi sempit dan tersumbat.

    Sel-sel yang tidak menerima oksigen akan terganggu fungsinya dan berkemungkinan mati. Jika banyak sel-sel jantung mati, ia mungkin akan membawa kepada kegagalan jantung.

    Salah satu punca peningkatakan penyakit ini di peringkat global adalah kerana gaya hidup masyarakat pada hari ini. Pemakanan yang kurang sihat (tinggi lemak dan kolesterol, rendah serat) serta kehidupan sedentari (tidak aktif secara fizikal) menjadi penyumbang kepada masalah ini. Orang lelaki lebih banyak terkesan berbanding wanita.

    2. Jangkitan paru-paru (pneumonia)

    Penumonia boleh disebabkan oleh virus, bakteria atau kulat. Antara agen utama menyebabkan jangkitan ini adalah haemophillus influenza B (Hib) dan streptococcal pneumoniae. Kedua-duanya mempunyai vaksin yang boleh diambil untuk mencegah jangkitan.

    Selain itu, ia juga kerap berlaku dalam kalangan mereka yang kurang bergerak disebabkan hilang upaya (contohnya strok), sistem ketahanan badan lemah (seperti kencing manis) atau mengalami banyak penyakit kronik.

    3. Penyakit serebrovaskular (strok)

    Ini adalah sejenis penyakit yang menjejaskan pembuluh darah di dalam otak. Apa yang berlaku adalah sama seperti penyakit jantung iskemik tetapi ia berlaku di dalam otak. Sel-sel otak yang tidak menerima bekalan darah dan oksigen yang mencukupi akan terjejas dan mati menyebabkan serangan strok.

    Pesakit boleh mati langsung disebabkan oleh strok atau hidup dalam keadaan kurang upaya sehingga terdedah kepada risiko keadaan kesihatan lain seperti pneumonia, embolisme (darah beku) dan penyakit mental.

    4. Kemalangan jalan raya

    Pada tahun 2016, sebanyak 4,640 kematian disebabkan kemalangan jalan raya telah dilaporkan. Ini bermakna, lebih kurang 12 kematian berlaku disebabkan kemalangan jalan raya sehari.

    5. Kanser trakea, bronkus dan paru-paru

    Kanser yang melibatkan saluran pernafasan adalah paling kerap berlaku di Malaysia. Punca utamanya adalah merokok dan kes dalam kalangan lelaki adalah jauh lebih banyak berbanding wanita.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 10/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan