backup og meta

8 Persoalan Mengenai Derma Organ

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/12/2019

    8 Persoalan Mengenai Derma Organ

    1. Apakah itu derma organ atau transplantasi?

    Derma organ adalah proses pemindahan organ atau tisu daripada tubuh seseorang (penderma) dan meletakkannya ke dalam tubuh individu lain (penerima). Transplantasi atau pemindahan adalah perlu kerana organ penerima telah gagal atau rosak disebabkan oleh penyakit atau kecederaan.

    2. Apakah organ dan tisu yang boleh didermakan?

    3. Siapakah yang boleh menderma organ?

    Semua individu boleh mendaftar sebagai penderma organ kecuali pesakit HIV, AIDS, Hepatitis B dan C serta sifilis (penyakit kelamin yg menahun dan berjangkit, yang dibawa oleh kuman Treponema pallidium).

    Manakala bagi individu berusia 18 tahun ke bawah, anda perlu mendapatkan nasihat daripada ibu bapa terlebih dahulu supaya dapat mengelakkan masalah proses pengambilan organ selepas meninggal dunia.

    4. Adakah terdapat bantahan daripada sudut agama?

    Tiada. Kebanyakan agama di seluruh dunia seperti Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh mengiktiraf pendermaan organ dan tisu sebagai satu amalan yang mulia.

    5. Bilakan organ dan tisu penderma diperoleh?

    Proses perolehan organ dan tisu daripada tubuh seseorang penderma itu hanya akan dilakukan apabila kematian telah disahkan oleh dua orang doktor dengan pengesahan kematian seseorang penderma itu adalah bebas dan tiada kaitan dengan pemindahan organ dan tisu.

    6. Bagaimana jika penderma meninggal dunia di rumah?

    Bagi penderma yang meninggal di rumah, hanya pendermaan mata sahaja diambil dan yang boleh dilakukan akibat kekangan masa bagi organ lain untuk bertahan.

    7. Bagaimana dengan penderma mati otak?

    Mati otak ialah keadaan tiada pengedaran darah dan oksigen ke otak yang menyababkan keseluruhan otak tidak lagi berfungsi. Kehilangan fungsi otak ini tidak boleh dipulihkan.

    Pemindahan organ hanya akan dilakukan setelah pesakit disahkan mati otak. Anggota perubatan perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada ahli keluarga terdekat penderma. Pembedahan pemindahan organ hanya akan dilakukan setelah mendapat kebenaran ahli keluarga pesakit tersebut.

    8. Bagaimana jika penderma berubah fikiran?

    Pendermaan organ adalah suatu niat yang tulus ikhlas dan anda berhak untuk membatalkan hasrat ini pada bila-bila masa. Tiada sesiapa pun yang dipaksa untuk menderma organ dan menukar fikiran untuk tidak menderma organ dan tisu. Anda hanya perlu memberitahu keluarga anda mengenainya dan memulangkan kad penderma organ.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan