backup og meta

4 Tip Berjumpa Doktor

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 27/11/2019

    4 Tip Berjumpa Doktor

    Temu janji dengan doktor bukanlah sesuatu yang digemari oleh semua orang. Kebiasaannya, temu janji dengan doktor dibuat kerana anda ada masalah kesihatan. Sesetengah orang malu untuk menceritakan masalahnya kepada orang asing seperti doktor.

    Hubungan antara doktor dan pesakit adalah penting dalam memberikan kesan yang baik terhadap keadaan kesihatan anda. Rawatan untuk sesuatu penyakit bukanlah sekadar pada ubat-ubatan, tetapi ia bermula seawal pertemuan pertama dengan doktor.

    Oleh itu, hubungan dengan doktor adalah sangat penting. Ikuti 5 tip berikut untuk menjadikan pertemuan dengan doktor sesuatu yang berkesan dan menyeronokkan.

    1. Bersedia sebelum temu janji

    Anda hendaklah sediakan senarai ubat-ubatan atau rawatan yang pernah anda jalani sebelum ini, begitu juga dengan maklumat dan keputusan-keputusan ujian yang lalu. Ini adalah penting untuk doktor tahu keadaan anda secara keseluruhan.

    Setiap rawatan dan keputusan ujian anda yang lalu mungkin memberi kesan terhadap pelan rawatan anda.

    2. Kongsikan kerisauan utama anda

    Jangan hanya memaklumkan kepada doktor tentang masalah kesihatan anda sahaja tetapi kongsikan juga kerisauan utama anda seperti anda takut menghadapi pembedahan atau pekerjaan anda tidak membolehkan anda menghadiri temu janji berkala. Semua ini akan dipertimbangkan oleh doktor.

    3. Utamakan masalah anda

    Walaupun anda mahu menceritakan banyak perkara kepada doktor, anda harus memprioritikan masalah yang paling utama dahulu sebelum yang lain. Jangan mulakan dengan masalah picisan, tetapi mulakan dengan sesuatu yang paling mengganggu dan membuatkan anda datang ke hospital. Anda tentu tidak mahu membuatkan orang lain di luar menunggu lama kerana anda memakan masa yang lama dengan doktor.

    4. Pastikan anda meninggalkan bilik doktor dengan maklumat yang tepat

    Ini adalah langkah yang paling penting. Jika anda gagal mendapatkan maklumat yang tepat, temu janji anda mungkin menjadi sia-sia. Catitkan perkara-perkara yang perlu anda lakukan dan tarikh temu janji akan datang. Bawa bersama teman jika anda kurang berkemampuan.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 27/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan