backup og meta

5 Cara Mengurangkan Sakit Tekak

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 10/05/2023

    5 Cara Mengurangkan Sakit Tekak

    Sakit tekak berlaku sepanjang masa. Keadaan ini menyebabkan kesakitan, kegatalan dan iritasi tekak. Artikel ini akan mengajarkan anda bagaimana ingin menghilangkan sakit tekak.

    Apa yang menyebabkan sakit tekak?

    Sakit tekak boleh disebabkan oleh pencemaran, udara kering, alahan atau penyakit seperti selsema, demam, cacar air atau demam campak.

    Walaupun sakit tekak yang teruk memerlukan bantuan doktor, sakit tekak yang ringan boleh dirawat dengan beberapa remedi rumah seperti berikut.

    Remedi rumah untuk menghilangkan sakit tekak

    Akar manis (licorice root)

    Campurkan akar manis dengan air untuk mendapatkan larutan kumur yang efektif. Herba ini boleh mengurangkan sakit tekak dan batuk selepas pembedahan.

    Madu

    Madu telah lama dikenali sebagai ejen penyembuhan termasuk sakit tekak. Anda boleh campurkan madu dengan teh atau menggunakannya langsung untuk melegakan sakit tekak anda dan juga mengurangkan batuk waktu malam.

    Air garam

    Sakit tekak boleh dirawat dengan berkumur air garam. Campurkan garam dengan air suam untuk mendapatkan ubat yang boleh mengurangkan sakit tekak, mengurangkan rembesan dan membunuh bakteria di dalam tekak. Berkumur dengan air garam setiap 3 jam untuk membersihkan tekak dan mengurangkan ketidakselesaan.

    Pudina

    Selain memberikan nafas yang segar, pudina juga boleh melegakan sakit tekak. Di samping itu, methol di dalam pudina boleh mengurangkan lendir dan batuk. Tambahan pulai, pudina mengandungi ciri-ciri anti-radang, anti-virus dan anti-bakteria yang membantu proses penyembuhan.

    Teh chamomile

    Teh chamomile teklah digunakan sebagai agen penyembuhan untuk sakit tekak sejak dahulu. Ia adalah antara salah satu herba tertua yang pernah digunakan untuk merawat keadaan kesihatan ini. Selain itu, teh chamomile boleh meningkatkan sistem imun, menjadikan badan lebih kuat melawan faktor-faktor yang menyebabkan sakit tekak.

    Remedi untuk bayi dan kanak-kanak

  • Menambahkan kelembapan di dalam bilik mereka dengan menggunakan kabus sejuk atau mesin pelembap udara. Ia boleh mengurangkan kesakitan.
  • Jangan berikan madu kepada bayi atau kanak-kanak di bawah umur 1 tahun.
  • Pstikan anak anda kekal terhidrat dengan menggalakkan mereka untuk minum banyak air. Jangan berikan jus atau minuman lain yang mengandungi banyak sitrus.
  • Bagaimana ingin mengelakkan sakit tekak?

  • Jauhkan diri dari mereka yang mengalami penyakit berjangkit seperti selesema atau flu atau cacar air.
  • Basuh tangan dengan kerap.
  • Elakkan makanan pedas dan merokok bagi mengelakkan keradangan.
  • Sentiasa dalam keadaan terhidrat.
  • Dapatkan bantuan perubatan jika sakit tekak tidak baik selepas beberapa hari rawatan di rumah.
  • Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 10/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan