backup og meta

5 Cara Jimat Untuk Kekal Sihat Di Malaysia

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 10/05/2023

    5 Cara Jimat Untuk Kekal Sihat Di Malaysia

    Kesihatan adalah nikmat dan kurniaan yang tidak ternilai. Jika anda hilang duit atau pangkat, ia masih boleh didapatkan semula. Namun, berbeza dengan kesihatan. Apabila sudah sakit teruk, kesihatan yang anada alami sebelum ni tidak dapat dikembalikan, terutamanya bagi penyakit kronik seperti diabetes dan penyakit jantung.

    Cara terbaik untuk mendapatkan tubuh yang sihat adalah dengan mencegah dari mendapat penyakit. Ia boleh dilakukan melalui pengamalan gaya hidup sihat. Dalam keadaan ekonomi yang menekan sekarang ini, pastinya kos yang besar diperlukan untuk mengamalkan hidup sihat.

    Jom ikuti 5 cara jimat untuk kekal sihat di Malaysia.

    1. Manfaatkan produk tempatan

    Produk tempatan kebiasaannya jauh lebih murah berbanding produk import. Jangan memandang rendah pada kualitinya. Contohnya, pilih sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan seperti kangkung, betik, kelapa dan tembikai.

    Semua produk ini adalah sihat dan murah. Selain dapat berjimat, anda juga boleh membantu ekonomi rakyat Malaysia.

    2. Bersenam di luar

    Anda tidak semestinya perlu ke gimnasium untuk bersenam. Pergi sahaja ke luar. Banyak tempat yang boleh dimanfaatkan oleh berjoging dan bersenam.

    Cari stadium terbuka, tasik atau taman yang sesuai untuk melakukan senaman. Cuaca ini negara tropikal ini sangat nyaman terutamanya di waktu pagi. Jangan sia-siakan peluang ini.

    3. Membeli-belah di pasar tani atau pasar malam

    Untuk mencari barang-barang asas di rumah, anda boleh dapatkannya dengan lebih murah di pasar tani atau pasar malam. Sudah la murah, mudah pula nak cari barang. Semua jenis barang ada di satu tempat. Anda tidak perlu bersusah payah pergi ke banyak tempat.

    4. Masak sendiri

    Ini tentunya jauh lebih jimat berbanding membeli di luar. Di Kuala Lumpur, harga nasi sepinggan bersama lauk dan sayur sahaja sudah mencecah RM7 atau lebih. Kalau masak di rumah, pasti lebih jimat dan sihat.

    5. Tanam pokok di rumah

    Tanah di Malaysia sangat subur. Jika anda ada tanah yang tidak terpakai di kawasan rumah, manfaatkannya untuk menanam pokok yang boleh dimakan.

    Contohnya, serai, padan, pokok kari atau ubi. Kalau nak guna, hanya petik di depan rumah.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 10/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan