Perkaitan Antara Diet dan Batu Karang

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Batu karang adalah organ yang terletak di bawah hati dan berbentuk seperti pir kecil. Batu karang adalah mendapan kristal padat yang terbentuk dalam pundi hempedu. Tiada bukti jelas mengenai apa yang menjadi punca batu karang, tetapi banyak kajian mendapati ada kaitan antara diet dan batu karang.

Apa itu Batu Karang?

Terdapat 2 jenis batu karang utama. Satu adalah batu kolesterol yang dinamakan sempena kompaun utamanya: kolesterol. Batu karang kolesterol mempunyai warna kuning kehijauan.

Satu lagi dipanggil batu pigmen. Saiznya lebih kecil dan berwarna gelap berbanding dengan kolesterol.

Apa yang menyumbang kepada batu karang?

Jumlah bilirubin dan garam yang berlebihan
Hati anda menghasilkan bilirubin dan pengambilan makanan akan menentukan tahap kolesterol anda. Batu pigmen terdiri daripada garam kalsium dan bilirubin. Lebihan salah satu akan menyebabkan batu karang terbentuk.

Genetik, berat badan, masalah pundi hempedu dan diet semua mengambil bahagian pada proses pembentukan batu karang.

Tahap kolesterol dan lemak darah
Individu berlebihan berat badan dan diabetes biasanya mempunyai peluang lebih tinggi kerana kadar kolesterol dan lemak mereka terlalu tinggi untuk pundi hempedu berfungsi normal dan mengosongkannya sendiri dengan baik.

Perubahan pantas dalam berat badan
Satu penyelidikan mendapati bahawa puasa dan kehilangan berat badan terlalu cepat juga boleh menyebabkan batu karang. Bunyi seperti suatu yang pelik, penurunan sejumlah besar berat badan dalam jangka masa singkat dan menyekat pengambilan makanan dengan berpuasa boleh memberi tekanan pada hati anda. Oleh itu, ia akan menghasilkan kolesterol tambahan dan membuatkan pundi hempedu anda memerah lebih banyak daripada yang sepatutnya. Oleh itu, anda kehilangan beberapa kilogram lemak tetapi juga mengalu-alukan beberapa batu yang tidak diundang dalam sistem anda.

Perubahan hormon estrogen

Estrogen juga memainkan peranan buruk dalam proses ini. Ini meningkatkan kolesterol darah dan melambatkan pergerakan pundi hempedu. Para saintis membuktikan bahawa wanita, terutamanya mereka yang berusia melebihi 40 tahun lebih cenderung membentuk batu karang daripada lelaki dalam kumpulan umur yang sama. Oleh itu, beberapa ubatan yang direkodkan mengandungi estrogen seperti pil perancang, ubat-ubatan digunakan untuk masalah berkaitan menopause atau kehamilan boleh meningkatkan risiko mendapat batu karang.

Apakah simptom batu karang?

Walaupun kebanyakan batu karang ditunjukkan sebagai “very silent”, tanpa tanda atau simptom, terdapat beberapa kes yang mana individu mengalami kesakitan teruk dalam perut, demam, mual lebih daripada 5 jam. Ini didiagnosis sebagai “serangan batu karang” dan perlu dirawat secara profesional segera.

Rawatan untuk batu karang

Jika seseorang menghadapi serangan batu karang, doktor peribadinya akan berunding dengan mereka rawatan yang betul. Sesetengah individu akan ditetapkan dengan ubat-ubatan manakala sesetengahnya perlu menjalani pembedahan. Kedengaran lebih menakutkan daripada yang sebenar. Kebanyakan pesakit boleh pulang ke rumah pada hari berkenaan atau sehari selepas itu.

Bagaimana mencegah batu karang?

Tiada pencegahan untuk batu karang. Walau bagaimanapun, dengan menukar diet, kita lebih banyak dapat mengawal batu karang dan mengurangkan risiko pembentukan batu karang. Cuba kurangkan telur, daging berlemak, produk tenusu serta makanan bergoreng, diproses dan ditapis kerana ia dikaitkan dengan pembentukan batu karang. Tambahan pula, cuba tambahkan lebih banyak produk bijirin, makanan tinggi serat, kekacang, biji benih da ikan berlemak untuk diet anda.

Tambahan pula, cubalah untuk menambah lebih banyak produk bijirin, makanan yang tinggi serat, kacang, benih dan ikan berlemak untuk diet anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Artikel lain untuk anda

    punca batu karang

    Ada Sebab Kita MESTI Berdehem Ketika Kencing! Jika Tidak, Boleh Jadi Punca Batu Karang?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 19/08/2020 . 3 minit bacaan