backup og meta

Go Green: Anda Mampu Mengubahnya

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 28/11/2019

    Go Green: Anda Mampu Mengubahnya

    Peribahasa daripada Amerika berbunyi, “Kita tidak mewarisi bumi ini daripada nenek moyang kita, kita meminjamnya daripada anak cucu kita.” Bumi yang berharga ini tidak akan ada gantinya. Saintis menganggarkan bahawa bumi ini berusia 4.54 bilion tahun. Di sinilah tempat kita lahir, membesar dan akan meninggal suatu hari nanti. Selepas kita sudah tiada, generasi baru pula akan terus hidup di dalamnya. Anda hanya memerlukan langkah mudah demi memelihara tanah warisan ini. Bagaimana ingin mengamalkan gaya hidup go green? Ikuti artikel ini sehingga akhir.

    1. Kurangkan penggunaan air

    Ini adalah asas kepada gaya hidup go green. Jangan mandi terlalu lama. Begitu juga dalam membasuh pinggan. Cuba minimakan penggunaan air. Jika ingin basuh baju, pastikan mesin basuh sudah penuh supaya tidak perlu membasuh berulang kali. Ini juga dapat menjimatkan bil air anda. Paling penting, pastikan paip air ditutup dengan rapat!

    2. Jimatkan eletrik

    Bagi mereka yang menggunakan pendingin hawa, setkan suhu yang lebih tinggi berbanding suhu 16°C dan terpaksa memakai baju tebal. Jangan pula memasangnya sepanjang hari. Jika ada kipas, gunakan juga secara berkala.

    Bagi lampu pula, cuba cari lampu jimat eletrik seperti lampu pendaflour dan LED berbanding lampu bulb biasa. Bila dah buka, jangan lupa matikan suiz sebelum keluar meninggalkan bilik atau rumah.

    3. Banyakkan berjalan dan berbasikal

    Jika ada ruang untuk berjalan kaki, cuba untuk tidak membawa kenderaan. Jimatkan penggunaan minyak petrol dengan mengambil pengangkutan awam. Selain jimat duit, ia juga lebih sihat untuk persekitaran.

    4. Elakkan beg plastik

    Sebelum ke pasaraya atau kedai runcit, sediakan beg kain terlebih dahulu. Daripada membiarkan ia tersimpan di rumah, lebih baik digunakan untuk mengisi barang-barang runcit yang dibeli. Beg plastik mengandungi bahan polietilena yang mengambil masa beribu tahun untuk dilupuskan. Tambahan pula, sesetengah pasaraya kini mengenakan cas tambahan bagi setiap beg plastik.

    5. Bawa air daripada rumah

    Berbanding membeli di kedai, membawa air daripada rumah adalah lebih baik. Selain menjimatkan duit, ia juga dapat mengurangkan bahan buangan di dalam tong sampah. Lebih teruk lagi jika botol tersebut dibuang merata-rata di tepi jalan!

    6. Guna semula

    Ini lah peluang terbaik untuk menyerlahkan kreativiti anda. Sebelum membuat keputusan untuk membuang barang-barang yang telah digunakan, lihat dahulu jika ia boleh digunakan semula.

    Botol air, contohnya, boleh dijadikan tempat letak barang-barang di dalam tandas atau sudu di dapur. Wayar telefon rumah yang lama boleh dibuat sebagai tali ampaian baju. Banyak lagi bahan-bahan lain yang boleh diguna semula. Sudah lah murah, cantik pula tu.

    Anda hanya memerlukan sedikit kesedaran dan tindakan kecil untuk melanggan gaya hidup go green. Ayuh mulakannya hari ini!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 28/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan