backup og meta

Malu Nak Tanggal Kasut Sebab Kaki Berbau Busuk? Ini Cara Atasinya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 03/11/2022

    Malu Nak Tanggal Kasut Sebab Kaki Berbau Busuk? Ini Cara Atasinya

    Masalah kaki berbau bukan sahaja menjejaskan imej diri tetapi juga mengganggu orang-orang di sekeliling. Mungkinkah ada cara menghilangkan bau kaki yang boleh dilakukan?

    Jangan risau, anda boleh cuba beberapa kaedah semula jadi tentang cara menghilangkan bau kaki yang kami sediakan dalam artikel ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

    Bagaimana masalah kaki berbau busuk boleh terjadi?

    Orang akan senang judge kebersihan diri seseorang apabila individu tersebut mempunyai bau badan, termasuklah kaki berbau. Individu dengan masalah badan berbau juga boleh mengganggu keyakinan diri seseorang.

    Perkara ini amat memalukan kerana kadangkala kita mungkin sudah cuba sedaya upaya untuk menghilangkan bau ini namun gagal.

    Jangan risau lagi, kerana artikel ini akan berkongsi tip dan cara menghilangkan bau kaki.

    Sebelum itu, jom kita belajar dan fahami terlebih dahulu punca-punca boleh terjadinya kaki berbau.

    Menurut Dr. Fatimah, Pensyarah Kanan UiTM, kaki berbau ini terjadi kerana kehadiran bahan-bahan kimia semula jadi, methanethiol (berbau seakan sulfur dan keju), isovaleric acid (kombinasi bau keju dan cuka), acetic acid (cuka) serta propionic acid (bau macam kubis busuk).

    cara menghilangkan bau kaki

    Bakteria penyebab kaki berbau

    Tahukah anda, kulit kita ini mempunyai populasi bakteria yang menetap secara simbiotik. Bakteria-bakteria ini dikenali sebagai staphylococci, aerobic coryneform, propionibacterium dan brevibacterium.

    Bakteria ini berfungsi dalam merembeskan minyak untuk kekalkan kelembapan kulit, menjadi benteng pertahanan depan serangan patogen serta menghasilkan enzim bagi menguraikan sel-sel kulit mati.

    Kelenjar peluh pada kaki kita akan menyebabkan sel kulit mati yang lembap. Sel-sel kulit mati lembab yang dihasilkan itu akan menjadi makanan bakteria ini.

    Dalam proses tersebut, bakteria-bakteria ini akan berkumuh lalu menghasilkan bahan kimia yang menjadi punca kaki berbau busuk.

    Dalam banyak-banyak bahan kimia ni, isovaleric acid yang sering dikaitkan dengan kaki busuk. Ini kerana, hidung kita sensitif dengan bahan kimia ini, walaupun ia hanya dalam jumlah sedikit.

    Selain itu, perkara-perkara berikut juga boleh menyumbang terhadap masalah kaki busuk:

    Ini cara menghilangkan bau kaki

    Hah sekarang kita sudah faham tentang kejadian kaki busuk ini, Jadi mari kita rungkaikan tip cegah kaki berbau yang boleh dilakukan di rumah!

    1. Garam Epsom

    Garam Epsom ini bagus dalam merawat kaki berbau. Ia bertindak untuk mengeluarkan kelembapan daripada kulit dan akan menyukarkan bakteria untuk ‘berhimpun’.

    Cara-caranya, larutkan separuh cawan garam Epsom ke dalam bath tub ataupun di dalam bekas yang besar. Rendam kaki anda selama 10 hingga 15 minit.

    1. Cuka

    cara menghilangkan bau kaki

    Campurkan sebahagian cuka ke dalam air, letakkan di dalam bekas yang besar. Kemudian, rendam kaki anda selama 10 hingga 20 minit. Lakukannya sekali seminggu.

    Amaran: Pastikan kaki anda bebas daripada sebarang luka terlebih dahulu sebelum cuba kaedah ini.

    1. Disinfeksi kasut anda!

    Sekiranya bau kaki anda melekat pada kasut, jangan buang dulu sepatu anda! Ini kerana anda boleh disinfeksi atau menyah kuman kasut anda daripada bau busuk itu.

    Hanya gunakan mana-mana penyembur pembasmi kuman yang ada di rumah anda. Pastikan semburan itu mengandungi ethanol atau bahan-bahan yang boleh membunuh bakteria.

    Cara-caranya: Keluarkan pelapik kasut dan sembur dengan penyembur pembasmi kuman tersebut. Biarkan ia kering selama 24 jam.

    1. Tepung jagung

    Bagi memastikan kaki anda kekal kering, anda boleh melumurkan tepung jagung pada kaki sebelum anda memakai kasut.

    Tepung jagung tersebut akan mengelakkan kaki anda daripada kelembapan yang boleh menjadi punca kaki berbau.

    1. Sapu antiperspirant ketiak di kaki?

    Ya, betul! Anda turut boleh mencuba letakkan deodoran yang ada di kaki sebelum memakai kasut. Namun pastikan deodoran anda bersifat antiperspirant (antipeluh).

    Elemen antipeluh akan membantu kaki anda kekal kering dengan mengawal potensi kelembapan yang dihasilkan.

    Rumusan

    Sudah tahu cara menghilangkan bau kaki busuk? Jadi anda boleh mencubanya dengan hanya menggunakan barangan di rumah. Tidak salah jika anda mahu cuba, tapi sebaik-baiknya adalah dengan mendapatkan nasihat daripada doktor dahulu!

    Paling penting, pastikan anda menjaga kebersihan diri sebaik mungkin. Tidak gunalah jika anda beria cuba tip-tip di atas tapi masih malas hendak bersihkan diri.

    Nasihat kami, jika masalah kaki anda masih berlarutan atau melarat setelah mencuba tip ini, pastikan anda mengambil tindakan segera dengan berjumpa doktor. Apa pun, selamat mencuba!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 03/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan