Benarkah Ada Istilah Mimpi Basah? Biasanya Ia Ada Kaitan Dengan Seks

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 30/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Pernahkah anda bangun daripada tidur dan mendapati seluar dalam atau baju tidur anda basah atau melekit? Pada mulanya anda mungkin bimbang anda terkencing sewaktu tidur. Tetapi jika anda sedang atau sudah melalui akil baligh, anda mungkin mengalami mimpi basah. Dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai “pelepasan malam” (nocturnal emission), mimpi basah juga dikenali dalam bahasa Melayu sebagai ihtilam.

Tertanya-tanya apa itu mimpi basah dan mengapa anda mengalaminya? Berikut adalah jawapan kepada soalan-soalan yang sering ditanya remaja yang mengalaminya.

Apa itu mimpi basah?

Mimpi basah berlaku disebabkan ejakulasi semasa anda sedang tidur, yang bermaksud anda mengeluarkan air mani (cairan yang mengandungi sperma) daripada zakar anda. Kebiasaannya berlaku semasa anda bermimpi mengenai seks, tetapi anda mungkin tidak mengingati mimpi tersebut.

Mimpi basah berlaku tanpa melancap disebabkan ejakulasi tetap boleh berlaku tanpa menyentuh zakar anda.

Apa yang menyebabkan mimpi basah?

Apabila anda melalui akil baligh, badan anda mula menghasilkan testosteron; hormon lelaki. Apabila badan anda sudah mula membuat testosteron, ia boleh mengeluarkan sperma. Ini bermakna anda boleh menyuburkan telur atau ovum wanita jika anda memutuskan untuk mempunyai bayi pada masa akan datang. Ini juga bermakna anda boleh menyebabkan seorang wanita hamil jika anda melakukan hubungan seks.

Semasa akil baligh, anda akan mula mengalami ereksi pada setiap masa yang berbeza sepanjang hari – di sekolah, semasa anda menonton TV, di bilik mandi. Anda juga mungkin mengalami ereksi semasa tidur.

Semen atau air mani boleh terkumpul dalam simpanan badan anda. Satu cara air mani dilepaskan adalah dengan mimpi basah.

Adakah normal jika saya kerap mempunyai mimpi basah?

Mimpi basah adalah fasa normal tumbesaran. Tiada apa yang boleh anda lakukan untuk mengawal atau menghentikan mimpi basah.

Walaupun anda kerap mengalami mimpi basah, ini tidak bermakna ada mempunyai masalah. Sesetengah lelaki mengalami mimpi basah beberapa kali seminggu. Sementara ada yang hanya mengalami mimpi basah beberapa kali sahaja sepanjang hidup mereka.

Jika anda melepaskan air mani dengan melancap atau melakukan hubungan seks dengan pasangan, anda mungkin kurang mengalami mimpi basah.

Adakah normal jika saya tidak mengalami mimpi basah?

Bukan setiap lelaki yang sedang membesar mengalami mimpi basah. Sekiranya anda tidak mengalami mimpi basah tidak bermakna ada masalah pada diri anda.

Adakah semua orang mengalami mimpi basah?

Melalui fasa akil baligh dan mempunyai testes (buah zakar) yang menghasilkan sperma membuatkan anda berkemungkinan mengalami mimpi basah. Mimpi basah semasa baligh adalah sangat biasa.

Apa yang perlu saya lakukan jika saya mengalami mimpi basah?

Apabila anda bangun, anda perlu membersihkan diri anda dan mandi wajib. Basuh zakar dan buah zakar anda dengan sabun dan air secara lebih teliti.

Jika anda merasa bersalah atau tidak selesa tentang mimpi basah – atau mengenai mimpi basah tertentu yang anda alami – bincang dengan seseorang sama ada doktor, ibu bapa, kaunselor, atau orang dewasa lain yang anda percayai. Anda akan diberikan sokongan dan kaunseling untuk membantu anda memahami bahawa apa yang anda alami itu normal.

Bolehkah saya mengelakkan mimpi basah daripada berlaku?

Walaupun sesetengah orang mempunyai idea tentang bagaimana untuk mengelakkan mimpi basah daripada berlaku, tidak ada strategi yang terbukti untuk perkara tersebut. Menukar cadar dan membersihkan diri selepas itu mungkin memalukan atau menjengkelkan, tetapi perlu diingati bahawa mimpi basah adalah sebahagian daripada proses tumbesaran yang normal.

Jika anda berasa tidak selesa tentang mimpi basah, bincang dengan orang dewasa yang anda percayai – ibu bapa, kaunselor sekolah, pakar kesihatan anda. Bercakap mengenainya adalah cara terbaik untuk membolehkan anda berasa lebih selesa dengan bahagian semula jadi perkembangan anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    4 Kitaran Tindak Balas Seksual Yang Kita Semua Mungkin Tidak Tahu Jika Belum Baca Ini!

    Tahukah anda bahawa kitaran tindak balas seksual terdapat 4 fasa yang utama? Jika belum, jom klik artikel ini untuk tahu lebih lanjut tentangnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 24/09/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Biar Jika ‘Boboi’ Anda Rasa Sakit & Bengkak, Ia Mungkin Petanda Terkena Balanitis!

    Balanitis adalah penyakit berbahaya buat lelaki dan akan menyerang bahagian zakar. Jom klik artikel ini untuk tahu punca sebenar ia terjadi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Lelaki Pasti Takut Dengan Penyakit Yang Buat Ereksi Bengkok Ini, Adakah Urutan Jawapannya?

    Apakah penyakit peyronie berbahaya? Ya, ia adalah penyakit yang sangat berbahaya buat lelaki. Persoalannya, ia boleh disembuhkan hanya dengan urutan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 17/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ekzema BUKAN Saja Boleh Jadi Pada Muka & Badan, Alat Sulit Juga Berisiko Terkena?

    Tahukah anda bahawa ekzema zakar juga boleh berlaku kepada lelaki? Jom ikuti artikel ini untuk tahu punca, komplikasi dan langkah pencegahannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 15/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    ejakulasi lelaki

    Jangan Tak Tau, Lelaki Diabetes BERISIKO Alami Ejakulasi Terbalik, Ini Mungkin Punca Isteri Tak Hamil

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
    sifilis adalah

    Pernah Terkena Penyakit Sifilis & Sudah Jalani Rawatan, Bolehkah Ia Datang Kembali?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    tidak hamil

    5 Sebab Mengapa Tak Hamil Walaupun Ada Ovulasi, Para Wanita WAJIB Ambil Tahu Jika Nak Anak!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan
    tip hubungan seks

    Kepuasan Seks Kian Menurun? Mungkin Ini Masanya Untuk Cuba 2 Teknik Mustahak Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan