backup og meta

Perhatian! Ini Cara Untuk Periksa Payudara

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 20/06/2023

    Perhatian! Ini Cara Untuk Periksa Payudara

    Apakah cara periksa payudara?

    Salah satu cara untuk periksa payudara adalah melakukan Clinical Breast Examination (CBE). Pemeriksaan payudara klinikal ini digunakan bersama dengan mamogram untuk memeriksa kanser payudara dan masalah payudara lain dalam kalangan wanita.

    Pemeriksaan klinikal payudara juga boleh menjadi sebahagian daripada pemeriksaan biasa anda. Wanita dengan implan payudara juga perlu mendapatkan pemeriksaan payudara klinikal biasa.

    periksa payudara

    Mengapa perlu melakukan cara periksa payudara yang betul?

     Cara yang betul adalah penting untuk:

  • Cari ketulan atau perubahan pada payudara yang boleh menjadi punca masalah yang serius, seperti kanser payudara.
  • Memeriksa masalah payudara yang lain seperti mastitis (radang/bengkak pada payudara) atau fibroadenoma.
  • Berapa kerap pemeriksaan payudara klinikal perlu dilakukan?

    Salah satu cara periksa payudara ialah mendapatkan peperiksaan klinikal payudara setiap satu hingga tiga tahun bermula pada umur 20 tahun dan setiap tahun bermula pada umur 40 tahun. Pemeriksaan klinikal payudara boleh disyorkan lebih kerap jika anda mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kanser payudara. 

    Bagaimana persediaan untuk pemeriksaan klinikal payudara?

    Cara periksa payudara adalah bermula dengan persediaan yang betul. Anda perlu beritahu doktor mengenai kesihatan anda jika:

    • Mempunyai benjolan baru atau perubahan dalam payudara anda. Anda juga boleh melihat perubahan pada puting atau mana-mana puting susu anda.
    • Ada wanita yang mengalami puting yang tenggelam ke dalam payudara, dipanggil puting terbalik. Untuk wanita, ini adalah perkara biasa. Tetapi jika anda tidak mempunyai puting terbalik dan mendapati terdapa perubahan puting anda menjadi terbalik, beritahu doktor anda.
    • Mengalami kesakitan pada satu payudara, terutamanya jika sakit itu tidak berkaitan dengan kitaran haid anda.
    • Hamil atau mungkin hamil.
    • Sedang menyusukan bayi.
    • Mempunyai implan payudara.
    • Mempunyai biopsi payudara.
    • Telah menopause.
    • Mengambil terapi hormon.
    • Mempunyai sejarah peribadi atau keluarga yang menghidap kanser payudara.

    Anda mungkin ingin mendapatkan pemeriksaan 1 hingga 2 minggu selepas tempoh tamat haid anda, jika anda masih haid; payudara anda akan kurang cenderung untuk menjadi tender pada masa itu. 

    Ada ketulan pada bahagian payudara anda? Semak risiko kanser payudara anda di sini!

    Apa yang berlaku semasa pemeriksaan payudara?

    periksa payudara

    Sebelum melakukan cara periksa payudara yang betul, doktor anda akan bertanya anda soalan tentang sejarah perubatan anda, termasuk haid dan sejarah kehamilan. 

    Semasa pemeriksaan berlaku, anda akan menanggalkan baju dari pinggang ke atas. Doktor anda akan melihat payudara anda bagi perubahan dalam saiz, bentuk, atau simetri. Doktor anda mungkin akan meminta anda untuk mengangkat tangan anda di atas kepala anda, meletakkan tangan anda pada pinggul anda atau ke hadapan. Dia akan memeriksa payudara anda untuk apa-apa perubahan kulit termasuk ruam, lekukan, atau kemerahan.

    Doktor anda akan memeriksa payudara anda dengan telapak jari untuk mengesan ketulan atau perubahan lain apabila anda berbaring dengan tangan anda di belakang kepala anda. Kawasan di bawah kedua-dua tangan juga akan diperiksa.

    Doktor anda perlahan-lahan akan tekan di sekitar puting anda untuk memeriksa apa-apa yang keluar. Jika ada, sampel boleh diambil untuk pemeriksaan di bawah mikroskop. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 20/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan