backup og meta

Pemanis Tiruan Dan Risiko Kanser

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 12/05/2022

    Pemanis Tiruan Dan Risiko Kanser

    Kaitan antara pemanis tiruan dan risiko kanser telah banyak dibahaskan sejak beberapa dekad yang lalu. Dalam artikel ini, kita membincangkan bagaimana pemanis tiruan boleh menjejaskan kesihatan anda.

    Apa itu pemanis tiruan?

    Pemanis tiruan, juga dikenali sebagai pengganti gula, adalah bahan yang digunakan untuk menggantikan sukrosa (gula meja) untuk memaniskan makanan dan minuman. Disebabkan pemanis tiruan seringkali lebih manis daripada gula, jumlah lebih kecil memberikan tahap kemanisan yang sama.

    Peranan pemanis tiruan dalam meningkatkan risiko kanser telah banyak dibahaskan sejak tahun 1970-an, apabila kajian ke atas haiwan mendapati risiko kanser pundi kencing dalam lebih daripada satu generasi tikus diberikan sakarin dengan dos yang sangat tinggi, dan beberapa kajian epidemiologi awal mendapati beberapa kaitan dengan risiko kanser pundi kencing dalam kalangan manusia.

    Pemanis tiruan yang biasa adalah sakarin, aspartame, acesulfame potassium, sucralose, neotame dan siklamat. Paling popular adalah aspartame. Aspartame digunakan dalam banyak makanan dan minuman kerana ia 200 kali lebih manis daripada gula. Jadi hanya jumlah yang kecil diperlukan untuk memberikan tahap kemanisan yang sama. Ini seterusnya, mengurangkan kalori dalam makanan atau minuman.

    Khabar angin yang mendakwa bahawa aspartame menyebabkan beberapa masalah kesihatan, termasuk kanser, telah wujud selama bertahun-tahun.

    Adakah terdapat kaitan antara pemanis tiruan dan kanser?

    Soalan tentang pemanis tiruan dan kanser timbul apabila kajian awal menunjukkan bahawa siklamat dalam kombinasi dengan sakarin menyebabkan kanser pundi kencing pada haiwan makmal. Walau bagaimanapun, hasil kajian tahap karsinogen berikutnya (kajian yang mengkaji sama ada bahan yang boleh menyebabkan kanser) pemanis ini tidak memberikan bukti jelas terhadap kaitannya dengan kanser dalam kalangan manusia. Begitu juga, kajian lain yang diluluskan oleh FDA tidak menunjukkan bukti jelas tentang kaitan dengan kanser dalam kalangan manusia.

    Pelbagai artikel dalam National Library Of Medicine termasuk pemanis ‘generasi pertama’ seperti sakarin, siklamat dan aspartame, serta ‘generasi baru’ pemanis seperti acesulfame-K, sucralose, alitame dan neotame. Kajian epidemiologi pada manusia tidak menemui kesan sakarin dan siklamat dalam menyebabkan kanser pundi kecing pada manusia seperti yang telah dilaporkan daripada kajian haiwan pada tikus.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 12/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan