backup og meta

Ingin Turunkan Berat Badan, Cara Mana Lebih Berkesan? Perlu Ambil Sarapan Pagi Atau Tidak?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 21/07/2021

    Ingin Turunkan Berat Badan, Cara Mana Lebih Berkesan? Perlu Ambil Sarapan Pagi Atau Tidak?

    Kita tahu akan kepentingan sarapan pagi. Tapi ada kajian kata, tidak bersarapan boleh menjadi punca gemuk, dan menyebabkan berat badan berkurangan. Jadi, apakah akibat tidak sarapan pagi yang sebenar?

    Kepentingan sarapan pagi dan kesannya terhadap penurunan berat badan

    Sebenarnya, banyak kajian ada menunjukkan bahawa bersarapan boleh menjadi satu kaedah yang berkesan dalam menurunkan berat badan. 

    Menyekat keinginan untuk makan

    Menu sarapan pagi yang tinggi kandungan protein boleh membantu mengelakkan keinginan untuk makan lewat pagi.

    Keinginan untuk makan lewat pagi ini pula boleh mendorong kepada tabiat makan makanan ringan yang boleh dibeli daripada mesin layan diri atau restoran makanan segera.

    Tambahan lagi, makanan seperti ini semestinya tinggi dengan kandungan gula, garam dan lemak trans.

    Pentingnya mengawal saiz hidangan

    Makan sarapan pagi yang sederhana dan dalam hidangan yang kecil sepanjang hari dapat membantu mendidik diri anda untuk mengawal saiz hidangan.

    Makan dengan saiz hidangan yang sederhana bukan sahaja merupakan cara yang baik untuk menurunkan berat badan, tetapi juga berkesan untuk mengekalkan berat badan anda setelah anda mencapai matlamat yang dikehendaki.

    Akademi Pemakanan dan Dietetik Amerika Syarikat mengesyorkan agar anda membahagikan jumlah pengambilan makanan harian kepada tiga hidangan dan dua snek setiap hari.

    Membuatkan anda sentiasa kenyang

    akibat tidak sarapan pagi

    Pengambilan sarapan pagi yang sihat dengan kandungan protein tanpa lemak dan biji-bijian yang mesra diet akan membantu anda berasa kenyang dan selesa sepanjang hari.

    Protein serta serat, yang membantu mengekalkan kadar gula darah yang stabil, memerlukan waktu yang lebih lama untuk dicerna.

    Ini sekali gus membantu anda berasa kenyang untuk jangka masa yang lebih lama.

    Membantu mengawal paras gula darah

    Para saintis telah membuat kajian terhadap 10 orang lelaki muda selama enam hari berturut-turut.

    Dalam kajian tersebut, mereka tidak mengambil sarapan pagi dan mempunyai tingkah laku yang tidak aktif, ini memberi kesan terhadap metabolisme tenaga dan kawalan glisemik.

    Saintis mendapati bahawa akibat tidak sarapan pagi dengan hidangan yang sihat, tubuh mereka mempunyai peningkatan tindak balas glisemik. Hal ini boleh menyebabkan kenaikan berat badan.

    Kepentingan sarapan pagi: Meningkatkan prestasi senaman

    Pengambilan sarapan boleh meningkatkan prestasi anda pada waktu senaman pagi atau awal petang.

    Mendapatkan bahan bakar yang betul sebelum sesi latihan melalui sarapan dapat membantu anda bekerja lebih keras semasa rutin senaman selain meningkatkan jumlah kalori yang anda bakar.

    Kesan atau akibat tidak sarapan pagi

    kepentingan sarapan pagi

    Akibat tidak sarapan pagi juga boleh menjadi satu perkara yang positif.

    Tidak bersarapan pagi boleh membuatkan anda menyimpan kalori untuk kegunaan waktu lain pada hari tersebut.

    Kaedah ini juga lebih kurang sama dengan intermittent fasting.

    Dengan itu, anda akan mengambil lebih sedikit kalori sepanjang hari, yang mengakibatkan penurunan berat badan. Sebagai contoh, tinjauan pada tahun 2019 telah meneliti 13 kajian yang berfokus pada sarapan.

    Tinjauan tersebut mendapati bahawa mereka yang mengambil sarapan akan menggunakan lebih banyak kalori secara keseluruhan dalam sehari.

    Adakah tidak bersarapan boleh mempengaruhi metabolisme anda? Mungkin tidak.

    Sebilangan pakar penurunan berat badan mungkin pernah mengatakan bahawa tidak bersarapan boleh menyebabkan metabolisme anda menjadi perlahan.

    Tetapi tinjauan yang sama menyatakan bahawa tidak bersarapan juga boleh membantu tubuh anda memetabolismekan kalori dan mencegah makan berlebihan pada hari tersebut dengan lebih berkesan.

    Namun sebenarnya, tidak ada perbezaan kadar metabolisme antara mereka yang mengambil sarapan pagi dan mereka yang tidak makan sarapan.

    Perkara yang lebih penting untuk dilihat akibat tidak bersarapan pagi ialah isu kekurangan vitamin dan nutrien penting untuk tubuh.

    Satu kajian pada tahun 2014 dilakukan bagi melihat kesan sarapan pagi terhadap kanak-kanak dan remaja Kanada.

    Pengkaji menyimpulkan bahawa mereka yang tidak makan sarapan pagi akan mengalami kekurangan vitamin D, kalsium, zat besi, magnesium, serta vitamin A, fosforus, dan zink.

    Jumlah nutrien yang tidak mencukupi dapat menyebabkan insomnia, kemurungan, dan kecenderungan kepada jangkitan.

    Jadi, mana satu yang lebih baik untuk turunkan berat badan, sarapan atau tidak?

    Ia bergantung kepada gaya hidup dan juga keutamaan anda sendiri.

    Jika anda tidak bersarapan, tetapi mencari makanan ringan selepas itu, maka bersarapan pagi adalah pilihan yang lebih baik untuk anda.

    Tetapi jika anda cuba mengurangkan pengambilan kalori untuk menurunkan berat badan, maka tidak bersarapan pagi mungkin cara yang baik untuk anda menurunkan berat badan.

    Makanlah makanan yang tinggi kandungan protein kerana ia membantu anda untuk berasa kenyang dengan lebih lama.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 21/07/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan