backup og meta

5 Masalah Haid Yang Wanita Selalu Abaikan, Kena Lebih Alert, Mungkin Petanda Buruk!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 18/01/2023

    5 Masalah Haid Yang Wanita Selalu Abaikan, Kena Lebih Alert, Mungkin Petanda Buruk!

    Semestinya, haid bagi setiap wanita adalah berbeza-beza! Sesetengah orang hanya ‘berdarah’ selama 2 hari, manakala yang lain pula mungkin mengalami masalah menstruasi selama seminggu penuh.

    Aliran haid segelintir perempuan mungkin berat dan berserta kekejangan. Sebaliknya, haid sebahagian wanita pula mungkin ringan dan tidak mengganggu rutin harian.

    Selagi haid anda kekal konsisten, maka tidak ada sebab untuk berasa bimbang. Pun begitu, anda harus berjaga-jaga sekiranya mula mengalami perubahan pada kitaran haid bulanan.

    Berikut adalah masalah-masalah menstruasi yang perlu perlu dipandang serius jika berlaku, jom baca!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    5 masalah menstruasi yang tidak harus anda abaikan

    #1 Haid terhenti

    Sesetengah wanita mengalami haid yang lebih kerap berbanding yang lain, tetapi kebanyakannya datang bulan sekitar 28 hari sekali.

    Sekiranya haid anda tiba-tiba terhenti, terdapat beberapa penjelasan di sebaliknya yang berpotensi menjadi punca. Salah satu kemungkinan adalah faktor kehamilan, dan ujian kehamilan dapat menentukan jawapannya dengan cepat dan mudah!

    Jika kehamilan tidak berlaku, kondisi-kondisi lain mungkin menjadi penyebab masalah menstruasi yang tidak menentu, seperti:

    • Aktiviti senaman terlalu berat atau penurunan berat badan yang ketara: Bersenam secara berlebihan boleh mempengaruhi tahap hormon yang mengawal kitaran haid. Apabila anda kehilangan terlalu banyak lemak badan melalui diet atau senaman, haid juga berisiko terhenti. Ini kerana anda memerlukan sedikit lemak badan untuk menghasilkan hormon
    • Berat badan naik: Penambahan berat badan juga berisiko mengganggu keseimbangan hormon lantas menyebabkan haid terganggu
    • Pengambilan pil perancang yang berterusan: Untuk pengetahuan, pengambilan pil perancang yang memberi dos hormon secara berterusan membuatkan anda mengalami haid yang sedikit. Manakala, dalam beberapa kes, ia mampu menghentikan haid sama sekali!
    • Sindrom ovarium polikistik (PCOS): Dengan masalah menstruasi ini, ketidakseimbangan hormon menyumbang kepada haid tidak teratur dan pertumbuhan sista di ovari
    • Pramenopaus: Sekiranya kalian berusia dalam lingkungan lewat 40-an atau awal 50-an, anda mungkin mengalami pramenopaus. Ia adalah tempoh masa seseorang wanita menuju ke fasa menopaus apabila estrogen mula menurun. Anda secara rasminya menopaus setelah haid berhenti selama 12 bulan berturut-turut

    Masalah menstruasi #2 Pendarahan berat

    masalah menstruasi

    Isipadu darah haid adalah berbeza bagi setiap wanita. Jika anda perlu menukar tuala wanita atau tampon dalam tempoh masa sejam, kondisi ini dikenali menorrhagia, aliran pendarahan haid berat yang tidak normal.

    Berserta dengan pendarahan berat, anda juga mungkin mempunyai tanda-tanda anemia, seperti keletihan atau sesak nafas.

    Kalau diikutkan, pendarahan haid yang berat sering menimpa kaum Hawa. Kira-kira satu pertiga wanita akan berjumpa doktor membincangkan masalah menstruasi ini.

    Antara penyebab pendarahan haid yang berat termasuk:

    • Ketidakseimbangan hormon: Masalah seperti PCOS dan kelenjar tiroid yang tidak aktif (hipotiroidisme) boleh mempengaruhi pengeluaran hormon. Perubahan hormon menjadikan lapisan rahim anda menebal dengan lebih banyak berbanding kebiasaan, lantas menyebabkan pendarahan berat
    • Fibroid atau polip: Pertumbuhan bukan bersifat kanser di dalam rahim ini boleh menyebabkan pendarahan yang lebih berat daripada biasa
    • Endometriosis: Kondisi ini disebabkan oleh tisu yang melapisi rahim anda tumbuh pada bahagian lain dari pelvis. Di dalam rahim, tisu itu akan membengkak setiap bulan dan kemudiannya digugurkan ketika haid. Apabila ia tumbuh di organ lain (pada ovari atau tiub fallopio) tisu itu tidak lagi mempunyai tempat untuk dituju
    • Adenomiosis: Sama seperti endometriosis, adenomiosis adalah kondisi yang berlaku apabila tisu yang biasanya melapisi rahim tumbuh pada dinding rahim. Apabila tidak mempunyai tempat dituju, maka berlaku pengumpulan yang menyebabkan rasa sakit
    • Kanser: Kanser rahim atau serviks mampu sebabkan pendarahan berat, namun barah ini sering didiagnos selepas menopaus

    #3 Jangka masa pendek atau panjang haid yang tidak normal

    Bagi aliran haid yang normal, ia biasanya berlangsung dari 2 ke 7 hari. Jangka masa haid pendek tidak perlu dirisaukan, lebih-lebih lagi jika anda sering mengalaminya.

    Tambah lagi, menggunakan kawalan kelahiran hormon juga boleh memendekkan kitaran haid anda. Seperti yang telah disebut, memasuki fasa menopaus turut mengganggu kitaran haid yang normal.

    Namun, jika haid anda tiba-tiba menjadi lebih pendek, disarankan untuk melakukan konsultasi bersama doktor secepat mungkin! Harus anda tahu, beberapa faktor yang sama menyebabkan pendarahan berat mampu membuatkan haid berlangsung dengan lebih lama.

    Ini termasuklah faktor ketidakseimbangan hormon, fibroid, atau polip.

    Masalah menstruasi lazim #4 Senggugut teruk

    masalah menstruasi

    Senggugut, walaupun menyeksakan, adalah normal untuk berlaku kepada golongan wanita semasa haid. Ia adalah kekejangan menyakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid.

    Kekejangan biasanya bermula 1 atau 2 hari sebelum aliran haid bermula, dan boleh berlangsung selama 2 hingga 4 hari.

    Bagi sesetengah perempuan yang bernasib baik, mereka mungkin hanya alami kekejangan ringan. Manakala sebahagian wanita pula mengalami senggugut yang teruk, dikenali sebagai dysmenorrhea.

    Pun begitu, beberapa faktor lain juga boleh menyebabkan senggugut teruk termasuklah:

    #5 Sakit payudara

    Haid mampu menyebabkan payudara anda berasa sakit, dan ia mungkin diakibatkan oleh tahap hormon yang sedang turun naik.

    Kadangkala, kesakitan boleh dirasai hingga ke kawasan bawah ketiak, di mana terdapat beberapa tisu payudara yang dikenali sebagai Tail of Spence.

    Tetapi, jika payudara anda masih terasa sakit walaupun haid sudah tamat, segera lakukan janji temu bersama doktor ya!

    Ya, sakit payudara biasanya bukan disebabkan oleh kanser, namun ia masih berisiko untuk menjadi antara simptomnya bagi kes yang jarang berlaku.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 18/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan