Ladies… Jangan Abaikan Simptom Haid Ini, Khuatir Ia Boleh Disebabkan Oleh Kanser!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
Share now

Semestinya, haid bagi setiap wanita adalah berbeza-beza! Sesetengah orang hanya ‘berdarah’ selama 2 hari, manakala yang lain pula mungkin mengalami masalah menstruasi selama seminggu penuh.

Aliran haid segelintir perempuan mungkin berat dan berserta kekejangan. Sebaliknya, haid sebahagian wanita pula mungkin ringan dan tidak mengganggu rutin harian.

Selagi haid anda kekal konsisten, maka tidak ada sebab untuk berasa bimbang. Pun begitu, anda harus berjaga-jaga sekiranya mula mengalami perubahan pada kitaran haid bulanan.

Berikut adalah masalah-masalah menstruasi yang perlu perlu dipandang serius jika berlaku, jom baca!

5 masalah menstruasi yang tidak harus anda abaikan

#1 Haid terhenti

Sesetengah wanita mengalami haid yang lebih kerap berbanding yang lain, tetapi kebanyakannya datang bulan sekitar 28 hari sekali.

Sekiranya haid anda tiba-tiba terhenti, terdapat beberapa penjelasan di sebaliknya yang berpotensi menjadi punca. Salah satu kemungkinan adalah faktor kehamilan, dan ujian kehamilan dapat menentukan jawapannya dengan cepat dan mudah!

Jika kehamilan tidak berlaku, kondisi-kondisi lain mungkin menjadi penyebab haid yang tidak menentu, seperti:

  • Aktiviti senaman terlalu berat atau penurunan berat badan yang ketara: Bersenam secara berlebihan boleh mempengaruhi tahap hormon yang mengawal kitaran haid. Apabila anda kehilangan terlalu banyak lemak badan melalui diet atau senaman, haid juga berisiko terhenti. Ini kerana anda memerlukan sedikit lemak badan untuk menghasilkan hormon.
  • Berat badan naik: Penambahan berat badan juga berisiko mengganggu keseimbangan hormon lantas mengganggu kitaran haid anda.
  • Pengambilan pil perancang yang berterusan: Untuk pengetahuan, pengambilan pil perancang yang memberi dos hormon secara berterusan membuatkan anda mengalami haid yang sedikit. Manakala, dalam beberapa kes, ia mampu menghentikan haid sama sekali!
  • Sindrom ovarium polikistik (PCOS): Dengan masalah menstruasi ini, ketidakseimbangan hormon menyumbang kepada haid tidak teratur dan pertumbuhan sista di ovari.
  • Pramenopaus: Sekiranya kalian berusia dalam lingkungan lewat 40-an atau awal 50-an, anda mungkin mengalami pramenopaus. Ia adalah tempoh masa seseorang wanita menuju ke fasa menopaus apabila estrogen mula menurun. Anda secara rasminya menopaus setelah haid berhenti selama 12 bulan berturut-turut.

#2 Pendarahan berat

haid-tidak-teratur-punca-pendek-usia

Isipadu darah haid adalah berbeza bagi setiap wanita. Jika anda perlu menukar tuala wanita atau tampon dalam tempoh masa sejam, kondisi ini dikenali menorrhagia, aliran pendarahan haid berat yang tidak normal.

Berserta dengan pendarahan berat, anda juga mungkin mempunyai tanda-tanda anemia, seperti keletihan atau sesak nafas.

Kalau diikutkan, pendarahan haid yang berat sering menimpa kaum Hawa. Kira-kira satu pertiga wanita akhirnya akan menemui doktor mereka mengenainya.

Antara penyebab pendarahan haid yang berat termasuk:

  • Ketidakseimbangan hormon: Masalah seperti PCOS dan kelenjar tiroid yang tidak aktif (hipotiroidisme) boleh mempengaruhi pengeluaran hormon. Perubahan hormon menjadikan lapisan rahim anda menebal dengan lebih banyak berbanding kebiasaan, lantas menyebabkan pendarahan berat.
  • Fibroid atau polip: Pertumbuhan bukan bersifat kanser di dalam rahim ini boleh menyebabkan pendarahan yang lebih berat daripada biasa.
  • Endometriosis: Kondisi ini disebabkan oleh tisu yang melapisi rahim anda tumbuh pada bahagian lain dari pelvis. Di dalam rahim, tisu itu akan membengkak setiap bulan dan kemudiannya digugurkan ketika haid. Apabila ia tumbuh di organ lain (pada ovari atau tiub fallopio) tisu itu tidak lagi mempunyai tempat untuk dituju.
  • Adenomiosis: Sama seperti endometriosis, adenomiosis adalah kondisi yang berlaku apabila tisu yang biasanya melapisi rahim tumbuh pada dinding rahim. Apabila tidak mempunyai tempat dituju, maka berlaku pengumpulan yang menyebabkan rasa sakit.
  • Kanser: Kanser rahim atau serviks mampu sebabkan pendarahan berat, namun barah ini sering didiagnos selepas menopaus.

#3 Jangka masa pendek atau panjang haid yang tidak normal

Bagi aliran haid yang normal, ia biasanya berlangsung dari 2 ke 7 hari. Jangka masa haid pendek tidak perlu dirisaukan, lebih-lebjh lagi jika anda sering mengalaminya.

Tambah lagi, menggunakan kawalan kelahiran hormon juga boleh memendekkan kitaran haid anda. Seperti yang telah disebut, memasuki fasa menopaus turut mengganggu kitaran haid yang normal.

Namun, jika haid anda tiba-tiba menjadi lebih pendek, disarankan untuk melakukan konsultasi bersama doktor secepat mungkin! Harus anda tahu, beberapa faktor yang sama menyebabkan pendarahan berat mampu membuatkan haid berlangsung dengan lebih lama.

Ini termasuklah faktor ketidakseimbangan hormon, fibroid, atau polip.

#4 Senggugut teruk

Senggugut, walaupun menyeksakan, adalah normal untuk berlaku kepada golongan wanita semasa haid. Ia adalah kekejangan menyakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid.

Kekejangan biasanya bermula 1 atau 2 hari sebelum aliran haid bermula, dan boleh berlangsung selama 2 hingga 4 hari.

Bagi sesetengah perempuan yang bernasib baik, mereka mungkin hanya alami kekejangan ringan. Manakala sebahagian wanita pula mengalami senggugut yang teruk, dikenali sebagai dysmenorrhea.

Pun begitu, beberapa faktor lain juga boleh menyebabkan senggugut teruk termasuklah:

#5 Sakit payudara

Haid mampu menyebabkan payudara anda berasa sakit, dan ia mungkin diakibatkan oleh tahap hormon yang sedang turun naik.

Kadangkala, kesakitan boleh dirasai hingga ke kawasan bawah ketiak, di mana terdapat beberapa tisu payudara yang dikenali sebagai Tail of Spence.

Tetapi, jika payudara anda masih terasa sakit walaupun haid sudah tamat, segera lakukan janji temu bersama doktor ya!

Ya, sakit payudara biasanya bukan disebabkan oleh kanser, namun ia masih berisiko untuk menjadi antara simptomnya bagi kes yang jarang berlaku.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Wanita, Jangan Lambat Bertindak! Ini Rawatan Kanser Pangkal Rahim Mengikut Tahap

Sakit pangkal rahim boleh dialami oleh mereka yang didiagnosis dengan masalah kanser serviks. Jika dikesan awal, penawar kanser pangkal rahim boleh...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kanser Serviks 24/02/2021 . 3 minit bacaan

Ibu Lepas Bersalin Lebih Berisiko Alami Kencing Tak Lawas! Apa Boleh Dibuat?

Mungkin ramai belum tahu bahawa antara sebab kencing tak lawas adalah bersalin! Kenapa? Jom klik artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kencing Tak Lawas 22/02/2021 . 3 minit bacaan

Ini Kesan Diabetes Masa Hamil Kepada Bayi Dalam Kandungan, Mak Buyung MESTI Tahu!

Adakah bahaya kencing manis semasa hamil benar-benar serius? Adakah kesan penyakit diabetes semasa hamil boleh mempengaruhi bayi dalam kandungan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Komplikasi Diabetes 22/02/2021 . 3 minit bacaan

Ibu Hamil Sudah Tahu Apa Itu GDM? Jika Belum, Baca Ini Sekarang, PENTING!

Anda tahu apa itu kencing manis? Adakah anda juga tahu apa itu GDM? Kedua-duanya sangat berkait rapat dengan ibu hamil. Inilah maksud GDM...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Kencing Manis 15/02/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

hari wanita sedunia

4 Perkara Wajib Yang Perlu Setiap Wanita Lakukan, Jika Tidak, Nyawa Boleh Terancam!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan
beza air mazi dan air mani

Benarkah Air Mazi TIDAK Menyebabkan Kehamilan? Ini Tanggapan Yang Harus Diperbetulkan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 04/03/2021 . 3 minit bacaan
info ibu mengandung

Ini Antara Perubahan Tubuh & Emosi Sepanjang Kehamilan, Wanita Hamil WAJIB Ambil Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 04/03/2021 . 5 minit bacaan
upt negatif tapi perut buncit

Perut Membuncit Tapi Tak Hamil Pun? Ladies, AWAS, Ini Kemungkinan Yang Berlaku!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 01/03/2021 . 3 minit bacaan