Bukan Air Garam Saja, Banyak Lagi Cara Untuk Legakan Sakit Gigi, Semuanya Di Rumah

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Sakit gigi bukan sahaja boleh mengganggu aktiviti di siang hari, kadangkala nak tidur malam pun susah. Penjagaan oral sememangnya penting bagi memelihara kualiti hidup individu.

Oleh sebab masalah ini boleh berpunca daripada pelbagai jenis faktor, rawatan boleh jadi berbeza mengikut asbab yang tersendiri.

Artikel ini akan membincangkan beberapa langkah yang boleh anda ambil bagi meredakan simptom sakit gigi.

Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut.

#1 Kumur dengan air garam, cara hilangkan sakit gigi yang mudah

Ini merupakan satu kaedah yang agak popular. Asal ada individu yang mengadu sakit gigi, pasti nasihat ini akan menyusul.

Air yang telah dilarutkan dengan garam mempunyai sifat disinfektan (anti bakteria) semula jadi.

Selain itu, ia juga merupakan medium yang boleh meloloskan sisa makanan yang tersekat di celahan gigi.

Tujuannya untuk mengurangkan proses keradangan dan mempercepatkan penyembuhan luka pada ruang oral.

#2 Tuam bahagian yang sakit dengan kain sejuk/ ais

sakit gigi

Anda pasti pernah menonton filem yang memaparkan penggunaan ais atau kain sejuk jika ada plot sakit gigi, kan?

Penggunaan kaedah ini tidak hanya tertumpu kepada sakit gigi sahaja.

Ia berupaya untuk menyebabkan salur darah pada permukaan kawasan terlibat untuk mengecut, justeru, mengurangkan rasa sakit.

Pelaksanaannya mudah, anda hanya perlu tuamkan kain sejuk/ais pada kawasan yang sakit selamat 20 minit.

Walau bagaimanapun, kaedah ini sukar digunakan dalam keadaan tertentu, sebagai contoh, jika anda tidak boleh tidur kerana sakit gigi.

Jika letak ais, habis basahlah tempat tidur anda. Lagi tak selesa jadinya.

#3 Gunakan uncang teh pudina untuk hilangkan sakit gigi

Mungkin ada yang tidak tahu, uncang teh pudina boleh diambil sebagai satu cara hilangkan sakit gigi.

Ia sesuai terutamanya kepada mereka yang mempunyai gigi sensitif memandangkan penggunaan ais boleh menyebabkan simptom sakit/ngilu.

Ambil uncang teh pudina suam dan tuamkan pada kawasan yang sakit.

Pastikan ia tidak panas dan jika anda lebih selesa dengan uncang teh sejuk, ia juga berkesan.

Anda boleh meletakkan uncang teh tersebut di dalam freezer untuk beberapa minit dan letakkan pada gigi yang sakit.

#4 Bawang putih, herba yang banyak manfaatnya dalam rawatan sakit gigi

sakit gigi

Mungkin ramai yang tidak suka makan atau bau bawang putih.

Oleh itu, petua ini tidak sesuai dengan semua individu. Sudah berkurun lamanya bawang putih dikenali sebagai herba yang boleh merawat pelbagai jenis keadaan kesihatan.

Khasiatnya disokong oleh kajian sains moden dan jika dilihat dalam konteks kesihatan oral, ia boleh membantu meredakan sakit gigi.

Oleh sebab bawang putih mempunyai sifat antibakteria yang bagus, ia boleh mengelakkan pembentukan plak gigi.

Anda boleh tumbuk bawang putih, campurkan dengan garam dan sapukan pada kawasan yang sakit.

Atau, jika nak ekstrem sikit, kunyah bawang putih tersebut mentah-mentah.

Anda mungkin berminat:

#5 Gunakan pengkumur mulut, hidrogen peroksida

Hidrogen peroksida boleh memberikan pelbagai jenis manfaat kepada penjagaan oral.

Ia boleh memberikan kelegaan daripada sakit gigi, mengurangkan keradangan, menghalang pembentukan plak dan menyembuhkan pendarahan gusi.

Kebanyakan produk pengkumur mulut di pasaran mempunyai kandungan hidrogen peroksida pada kepekatan rendah.

Jika anda dipreskripsikan dengan pengkumur mulut hidrogen peroksida pekat, pastikan anda campurkan dengan air.

Ikut arahan doktor gigi dan jangan telan cecair tersebut. Selepas kumur, buang.

#6 Daun herba Itali, thyme, bantu melegakan sakit gigi

penjagaan oral

Jika anda suka gunakan daun taim (thyme) ke dalam masakan, ketahuilah bahawa ia boleh digunakan dalam rawatan sakit gigi.

Seperti herba yang lain, daun taim juga mempunyai sifat antioksida dan antibakteria yang kuat.

Ia kebiasaannya dijual dalam bentuk minyak pati dan boleh digunakan sebagai pengkumur mulut atau ubat sapu.

Pastikan anda campurkan minyak pati daun taim dengan segelas air kecil sebelum menggunakannya sebagai pengkumur mulut.

#7 Keajaiban bunga cengkih dalam merawat kesakitan

Bunga cengkih merupakan salah satu rempah ratus yang sering digunakan dalam masakan dan perubatan tradisional.

Ia mengandungi bahan antiseptik semula jadi yang dikenali sebagai eugenol.

Perkara ini membuatkan bunga cengkih berkesan dalam merawati masalah sakit gigi dan radang mulut.

Seperti minyak pati daun taim, minyak bunga cengkih juga boleh digunakan sebagai pengkumur mulut.

Campurkan ia dengan segelas air kecil dan kumur bagi membunuh bakteria dan melegakan kesakitan.

Konklusi

Jika anda sukar menjalankan aktiviti harian kerana sakit gigi, boleh cuba amalkan 7 tip di atas.

Kalau tak berkesan juga, jangan ambil mudah, jumpa dengan doktor gigi bagi mendapatkan khidmat konsultasi dan rawatan.

Penjagaan oral merupakan sebahagian daripada faktor yang boleh mempengaruhi kualiti hidup individu.

Jangan abaikannya!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Takut Sakit Puting, Perlu Ke Hentikan Penyusuan Jika Si Manja Dah Tumbuh Gigi?

Ramai ibu yang berhenti menyusukan anak yang tumbuh gigi kerana takut digigit oleh mereka. Ini cara untuk berikan susu badan tanpa bimbang akan digigit.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Keibubapaan, Penyusuan Badan 28/07/2020 . 3 minit bacaan

Cabut Gigi Susu Anak Walaupun Belum Goyang, Ini Risiko Pada Si Kecil Yang Parents WAJIB Tahu

Masalah gigi rosak yang berlaku pada anak bukan satu isu remeh. Ini risiko yang perlu ibu bapa ketahui apabila gigi susu anak rosak. Sila ambil peduli!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 27/07/2020 . 3 minit bacaan

Kenapa Kalau Sakit Gigi Boleh Demam? Ini Punca Sebenarnya! Jangan Dibiarkan, Bahaya!

Hampir setiap orang pernah mengalami demam ketika sakit gigi. Apakah punca sakit gigi sampai demam? Normalkah kalau kita demam? Jawapan anda semua di sini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Nana Muhammad
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 24/07/2020 . 3 minit bacaan

Air Liur Bayi Meleleh Tanda Mahu Tumbuh Gigi? ALERT Mak Ayah, Ada Bahayanya!

Ibu bapa mana yang tidak risau jika air liur bayi asyik meleleh sahaja. Ia mungkin tanda mereka mahu tumbuh gigi atau petunjuk penyakit berikut. Jom klik!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keibubapaan, Tahun-tahun pertama 29/06/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

puting kosong

Puting Kosong, Objek Ajaib Menenangkan Si Manja! Tapi Ia Boleh Buat Gigi Bayi Jongang?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 13/10/2020 . 3 minit bacaan
sebab gigi ngilu

Rasa Ngilu Apabila Minum Air Sejuk? Ini 10 Punca Yang Mungkin Sebabkan Gigi Jadi Ngilu Tiba-tiba

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 07/10/2020 . 3 minit bacaan
gigi geraham

Sakit Tumbuh Gigi Bongsu, Lagi-lagi Bila Anak Remaja Yang Alaminya, Ini Cara Nak Buat!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 25/08/2020 . 3 minit bacaan
maksud flos gigi

Kebersihan Mulut Anak Bukan Setakat Berus Gigi, Si Kecil Pun Dah Kena Mula Flos Gigi Ye, Mama!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 12/08/2020 . 3 minit bacaan