Jangan Risau! Pembedahan Katarak Adalah Sangat Selamat Untuk Dijalani

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 24/06/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Baru-baru ini, Hello Doktor berkesempatan menemu bual seorang doktor pakar mata, Dr. Nurul Laila Salim yang kini berkhidmat di Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu, Sabah. Dr. Nurul Laila juga adalah salah seorang anggota MedTweetMy (Medical Tweet Malaysia). Peluang menemu ramah beliau ini telah digunakan oleh Hello Doktor untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut berkenaan masalah katarak yang sering dialami oleh rakyat Malaysia. Ikuti kupasan lanjut berkenaan katarak oleh Dr. Nurul Laila di bawah ini.

HD: Boleh doktor terangkan, bagaimanakah golongan pesakit yang sering doktor temui yang memiliki masalah katarak ini?

Dr. Nurul Laila: Katarak adalah penyebab nombor satu bagi kebutaan yang boleh disembuhkan di Malaysia. Saya berasa sedih kerana pada masa sekarang, masih ramai rakyat Malaysia yang menjadi buta disebabkan oleh katarak. Kebanyakan pesakit yang saya temui adalah mereka yang mempunyai katarak yang disebabkan oleh faktor usia. Protein kanta mata berubah seiring dengan usia pesakit dan ia secara perlahan-lahan mengurangkan ketelusan penglihatan dan pada akhirnya menghalang cahaya daripada memasuki mata. Perkara kedua yang sering saya temui adalah katarak yang disebabkan oleh trauma pada mata. Untuk pengetahuan semua, protein kanta mata adalah sangat sensitif. Sebarang kecederaan kecil yang berlaku kepada kanta asli semula jadi ini akan mengubah struktur proteinnya yang kemudiannya menyebabkan penglihatan menjadi kabur. 

Katarak juga boleh berlaku semasa zaman kanak-kanak. Ia disebut sebagai ‘Congenital Cataract’. Bayi yang memiliki masalah katarak akan mempunyai refleks pupil yang berwarna keputihan apabila cahaya memasuki mata. Warna yang normal bagi refleks cahaya adalah sedikit merah jambu-keorenan. Individu terbaik yang menyedari berkenaan perubahan ini adalah ibu kepada bayi tersebut. Oleh itu, saya sering menasihatkan kepada mana-mana doktor, sekiranya mana-mana ibu menyedari refleks yang berlainan pada mata bayi mereka, rujuk terus pesakit kepada pegawai perubatan dengan kepakaran oftalmologi atau kepada pakar mata tanpa mengira penemuan awal mereka. 

HD: Apakah tanda atau simptom sekiranya kita memiliki katarak?

Dr. Nurul Laila: Aduan yang biasa diterima berkaitan katarak adalah penglihatan yang terhad yang tidak boleh diperbaiki walaupun memakai cermin mata. Simptom-simptom awal yang boleh berlaku termasuklah silau terutamanya pada waktu malam. Sesetengah individu akan mengalami kesukaran untuk memandu dan menjadikan mereka pemandu yang kurang cermat. Dalam kalangan kanak-kanak pula, di samping refleks cahaya yang berwarna keputihan, kadangkala mereka juga akan menjadi juling disebabkan oleh kurangnya rangsangan cahaya pada bahagian mata yang terjejas. 

HD: Apakah penyebab utama bagi masalah katarak ini?

Dr. Nurul Laila: Penyebab utama bagi masalah katarak ini adalah faktor peningkatan usia. Inilah sebabnya mengapa saya selalu menekankan agar tidak perlu takut terhadap katarak. Sekiranya kita ditakdirkan untuk hidup lebih lama, pada akhirnya kita juga akan mendapat katarak. Kita hanya perlu memahaminya, menerima hakikat bahawa kita memiliki katarak dan dapatkan rawatan yang sepatutnya. Ia boleh dirawat melalui pembedahan.

HD: Adakah terdapat sebarang faktor lain yang boleh meningkatkan risiko untuk seseorang itu mendapat katarak? Adakah ia juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan?

Dr. Nurul Laila: Perkembangan katarak boleh menjadi lebih pantas melalui beberapa keadaan, seperti diabetes yang tidak dikawal dengan baik, sejarah pembedahan okular atau keradangan, sejarah trauma pada bahagian mata dan penggunaan ubat-ubatan tertentu seperti ubat-ubatan yang mengandungi steroid. Setiap individu juga perlu berhati-hati terhadap ubat-ubatan atau persediaan tradisional yang tidak berdaftar kerana pada kebiasaannya ia turut mengandungi steroid. 

Dalam kalangan kanak-kanak, katarak yang berlaku juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan atau disebabkan oleh jangkitan ketika mereka masih berada di dalam rahim ibu mereka. Sesetengah penyakit, keadaan metabolik atau sindrom yang menjejaskan kanak-kanak turut menjadi faktor terhadap wujudnya katarak dalam kalangan kanak-kanak. Rawatan awal untuk katarak bagi kanak-kanak adalah sangat penting bagi mengelakkan kehilangan penglihatan secara kekal yang disebabkan oleh keadaan yang disebut sebagai ‘lazy eyes’ atau amblyopia.

HD: Apakah jenis pilihan rawatan yang tersedia bagi merawat katarak?

Dr. Nurul Laila: Satu-satunya rawatan bagi merawat katarak adalah melalui pembedahan untuk membuangnya. Ia diikuti oleh prosedur implan kanta intraocular buatan. Sehingga hari ini, tidak terdapat sebarang ubat titis atau ubat-ubat khusus yang boleh menukarkan kembali perubahan yang telah berlaku terhadap protein kanta. Sekiranya anda melihat sebarang iklan yang menyatakan bahawa terdapat ubat-ubatan atau ubat titis yang boleh merawat katarak, ia adalah 100% scam perubatan. Saya sering memberikan anologi berkenaan protein lens dengan putih telur. Apabila anda merebus sebiji telur, anda tidak boleh membalikkan semula putih telur tersebut untuk menjadi cecair dan lutsinar semula. Begitu juga dengan kanta asli semula jadi kita ini.

Saya faham bahawa ramai daripada kita yang berasa takut apabila menyebut berkenaan pembedahan. Walau bagaimanapun, pembedahan katarak adalah agak selamat dengan kadar kejayaan yang tinggi. Luka pembedahan adalah sangat kecil dan ramai individu yang langsung tidak memerlukan sebarang jahitan. Kebanyakan kes pembedahan dilakukan dengan menggunakan bius setempat dalam masa sehari. Penilaian awal akan dijalankan untuk mengenal pasti  jenis dan kerumitan katarak tersebut, selain mengenal pasti tahap kuasa kanta buatan yang akan diimplan. 

HD: Berapakah kos bagi seseorang yang ingin melakukan pembedahan katarak?

Dr. Nurul Laila: Harga kanta intraokular buatan bergantung kepada pelbagai jenis dan jenama. Jenis yang paling biasa berharga sekitar RM800, manakala bagi jenis yang lebih premium berharga sekitar RM3,000. Pemilihan dan kesesuaian kanta perlu dinilai terlebih dahulu dan dibincangkan dengan doktor yang terlibat dalam merawat pesakit.

HD: Adakah doktor mempunyai sebarang nasihat khusus untuk pesakit yang telah menjalani pembedahan katarak?

Dr. Nurul Laila: Bagi mereka yang telah menjalani pembedahan, adalah penting untuk anda terus menggunakan ubat titis yang diberikan bagi mengelakkan jangkitan dan mengurangkan reaksi keradangan. Elakkan daripada melakukan kerja rumah yang melibatkan mengangkat benda-benda berat sehinggalah anda sembuh sepenuhnya. Bagi mereka yang mempunyai penyakit diabetes, pastikan tahap gula darah anda dikawal dengan baik kerana tahap glisemik yang buruk akan melambatkan penyembuhan, dan menyebabkan anda terdedah kepada jangkitan. Anda pasti tidak mahu jika penglihatan anda menjadi semakin teruk walaupun setelah melakukan pembedahan disebabkan oleh jangkitan selepas pembedahan. 

Bagi mereka yang mempunyai simptom-simptom seperti yang diterangkan oleh Dr. Nurul Laila, segeralah berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan. Jangan takut untuk melakukan pembedahan katarak kerana ia adalah sangat selamat. Hello Doktor mengucapkan terima kasih atas kesudian Dr. Nurul Laila dalam memberikan penerangan yang amat jelas berkenaan masalah katarak ini. Semoga penerangan ini dapat memberikan kefahaman dan kesedaran kepada pembaca semua. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Orang Kata Mata Tumbuh Ketumbit Sebab Mengintai, Tapi Kajian Pula Buktikan Puncanya Stres?

    Orang lama kata punca ketumbit adalah sebab mengintai, namun ada kajian yang buktikan ia mungkin sebab stres? Jom klik untuk baca lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 07/10/2020 . 3 minit bacaan

    Mata Bengkak Selepas Bangun Tidur? Mungkin Kerana Alahan Atau Boleh Jadi Juga Sebab 9 Perkara Ini

    Anda terfikir apakah yang menyebabkan bengkak pada mata anda tiba-tiba terjadi. Tahukah anda apakah penyebab mata bengkak ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 06/10/2020 . 3 minit bacaan

    1 Cawan Teh Panas Setiap Hari Mampu Kurangkan Risiko Penyakit Mata Glaukoma, Betul Ke?

    Menghirup secawan teh panas pada hari yang dingin tidak hanya menghangatkan anda, ia juga dapat melindungi penglihatan dari penyakit mata glaukoma.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 06/10/2020 . 3 minit bacaan

    Tak Nak Mata Rabun Sebab Banyak Lihat Skrin? Ikut Peraturan 20-20-20 Jaga Deria Penglihatan!

    Meluangkan masa yang lama di hadapan skrin telah menjadi isu besar bagi orang ramai hari ini kerana ia mampu menyebabkan masalah ketegangan mata.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 07/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bendasing dalam mata

    BUANG Tabiat Ini, Jangan Gosok Mata Kalau Termasuk Habuk! Jika Tidak, Ini Yang Akan Jadi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 29/10/2020 . 3 minit bacaan
    ciri-ciri kebutaan pada bayi

    Ibu Ayah, Kalau Bayi Gemar Gosok Mata, Perhatikan Tanda Ini, Takut Nanti Jadi Buta!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan
    ujian mata

    Si Kecil Mengadu Penglihatan Tak Jelas? Jom Buat Ujian Mata Di Rumah Dengan Cara Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 13/10/2020 . 3 minit bacaan
    penyebab kebutaan secara tiba-tiba

    Mata Tiba-tiba Tak Boleh Nampak? Jangan Panik! Ambil Tahu Punca Keadaan Ini Berlaku

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan