Cara Menggunakan Titisan Mata Dengan Betul

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Anda mungkin sudah biasa dengan titisan mata. Sama ada anda menggunakan kanta sentuh, mempunyai iritasi mata kerana terlalu lama di hadapan komputer atau mempunyai alahan mata, titisan mata boleh melegakan serta melindungi mata anda. Cara terbaik untuk menggunakan titisan mata dengan efisyen ialah dengan mengetahui bila dan bagaimana ingin menggunakannya. Berikut adalah beberapa tip yang boleh mambantu:

Memilih titisan mata yang betul

Terdapat banyak jenis titisan mata di pasaran. Kadangkala susah bagi anda untuk memilih yang mana satu. Setiap jenis boleh digunakan untuk simptom yang berbeza. Sebelum membelinya, tentukan masalah mata yang anda alami. Anda mungkin mengalami:

  • Mata kering: Jenis titisan mata yang terbaik untuk keadaan ini adalah air mata palsu untuk mengekalkan mata anda dalam keadaan lembap dan selesa. Titisan mata ini mengandungi pelincir yang akan melegakan mata kering anda dan mencegahnya dari menjadi kering. Anda boleh menggunakannya setiap hari.
  • Merah: Jika mata anda sentiasa merah, anda boleh menggunakan titisan mata dekongestan untuk mengurangkan kemerahan tersebut. Walau bagaimanapun, titisan mata ini tidak disyorkan sebagai kegunaan harian. Penggunaan yang lama boleh menyebabkan mata kering, iritasi, pupil kembang dan kesan-kesan yang lain.
  • Jangkitan (mata merah jambu): Pelincir dan titisan mata antihistamin yang boleh didapati melalui kaunter boleh memberikan kelegaan dalam kebanyakan kes. Tetapi memandangkan ia boleh disebabkan oleh beberapa faktor, adalah lebih baik untuk mendapatkan titisan mata yang dipreskrip oleh doktor. Ia juga boleh berjangkit. Oleh itu, lebih baik berjumpa dengan doktor.
  • Alahan: Jika kedua-dua mata anda sangat gatal dan merah, anda mungkin mempunyai alahan. Ini boleh disebabkan oleh habuk atau bahan rengsa mata. Titisan mata terbaik untuk digunakan ialah titisan mata antihistamin. Walau bagaimanapun, seperti titisan mata untuk mata merah, ia boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan jika digunakan dalam tempoh yang lama. Adalah disyorkan untuk berbincang dengan doktor untuk menentukan apa yang merangsang alahan anda.
  • Sakit, bengkak: Untuk solusi jangka masa pendek, anda boleh menggunakan titisan mata pelincir. Mata yang sakit kebiasaannya mempunyai sebab tertentu. Anda perlu menentukan puncanya dan menghilangkannya sebelum menggunakan titisan mata.
  • Mata berair: Jika mata anda bengkak, sakit dan mengeluarkan cecair, berkemungkinan anda mengalami jangkitan. Anda harus berjumpa pakar optik untuk mendapatkan preskripsi titisan mata. Anda mungkin memerlukan titisan mata antibiotik.

Menggunakan titisan mata dengan betul

Untuk memudahkan penggunaan, anda boleh menggunakan cermin atau minta orang lain lakukannya untuk anda.

Sebelum meletakkan titisan mata, anda perlu membasuh tangan dan memastikan untuk tidak membiarkan hujung botol titisan mata tersebut bersentuhan dengan apa-apa permukaan. Berikut adalah beberapa langkah mudah untuk menggunakannya dengan betul:

Langkah pertama: Sengetkan kepala anda ke belakang, tarik kelopak mata bawah menggunakan jari telunjuk untuk membentuk sebuah poket.

Langkah ke-2: Pegang bekas titisan mata tersebut (terbalik) menggunakan tangan satu lagi. Tutup mata tanpa menyentuhnya.

Langkah ke-3: Sambil tengok atas, picit bekas tersebut dengan perlahan agar satu titis jatuh ke dalam poket pada kelopak mata bawah. Alihkan jari telunjuk anda dari kelopak mata.

Langkah ke-4: Tutup mata anda selama 2 ke 3 minit alihkan posisi kepala anda seperti pandang ke bawah. Cuba untuk tidak berkelip atau menekan kelopak mata.

Langkah ke-5: Letakkan jari anda pada saluran air mata dan berikan sedikit tekanan. Lap cecair lebihan dari muka anda menggunakan tisu.

Jika anda perlu meletakkan lebih dari satu jenis titisan mata, tidak perlu untuk memulakan dengan mana-mana jenis yang khusus. Walau bagaimanapun, berikan 3-5 minit sebelum meletakkan titisan mata yang lain supaya titisan yang pertama boleh “terendam” dan tidak “dicuci” oleh titisan yang kedua.

Anda harus menyimpan titisan mata anda mengikut arahan ahli farmasi. Sesetengah titisan mata perlu disimpan di dalam peti ais, manakala ada yang perlu disimpan di tempat yang kering. Pastikan sentiasa melihat tarikh luputnya. Titisan mata yang mengandungi bahan pengawet boleh disimpan sehingga 4 minggu selepas dibuka. Kebanyakan titisan mata harus dibuang selepas seminggu untuk mengelakkan tercemar oleh kotoran atau bakteria.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kanak-kanak 11 Tahun Maut Akibat Alahan Makanan, Bakteria Dalam Perut Adalah Puncanya?

    Alahan makanan dan minuman tertentu boleh membawa maut. Namun ada kajian terbaharu yang kata bakteria dalam perut boleh jadi jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 29/09/2020 . 3 minit bacaan

    Usah Risau, Pesakit Talasemia Boleh Kekal Sihat! Ikuti 5 Tip Ini Untuk Kawal Penyakit Anda!

    Individu yang menghidap penyakit talasemia mungkin sukar untuk kekal sihat. Namun, tidak mustahil untuk mereka jalani hidup yang berkualiti.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Pusat Kesihatan, Anemia 29/09/2020 . 3 minit bacaan

    Warga Emas Yang Gemar Minum Kopi, Ini Berita Baik! Kopi Boleh Kurangkan Risiko Nyanyuk & Parkinson

    Apa yang menarik dengan minuman kopi? Tahukah anda, jika datuk dan nenek anda minum kopi, ia mungkin membantu mengurangkan risiko nyanyuk dan parkinson!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 29/09/2020 . 3 minit bacaan

    Kepuasan Seks Kian Menurun? Mungkin Ini Masanya Untuk Cuba 2 Teknik Mustahak Ini!

    Buat anda yang belum tahu, teknik cosplay dan roleplay adalah antara tip hubungan seks yang terbaik! Jom klik untuk tahu mengenainya lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    wanita hamil

    Selamat Ke Untuk Wanita Mengandung Pakai Pelitup Muka? Ini Penjelasan Pakar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyusuan susu ibu

    Seronoknya Dengar Tip Kembali Langsing Lepas Bersalin, Hanya Menyusukan Bayi, TAPI Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan
    kesan gigitan pepijat

    Badan Gatal-gatal Kena Gigit Pepijat? Macam Mana Nak Atasi Masalah Ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 29/09/2020 . 4 minit bacaan
    tidak hamil

    5 Sebab Mengapa Tak Hamil Walaupun Ada Ovulasi, Para Wanita WAJIB Ambil Tahu Jika Nak Anak!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan