Tahan Air Mani Dari Keluar, Ada Kesan Ke Pada Kaum Adam? Ini Yang Anda MESTI Tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Aktiviti seperti melakukan hubungan seks atau melancap menyebabkan keluar air mani. Namun, bagaimana pula jika seseorang lelaki itu tidak mengeluarkan air mani mereka?

Normalkah? Atau ada sebarang kesan sampingan? Ikuti jawapannya di bawah ini.

Apakah punca terhalangnya keluar air mani?

Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang lelaki itu boleh mengalami keadaan di mana dia tidak mengeluarkan air mani. Sebab-sebab yang berlaku itu juga berbeza mengikut keadaan. 

#1. Sengaja tahan keluar air mani

Keadaan pertama yang menyebabkan air mani terhalang daripada keluar adalah kerana seseorang itu sengaja tidak mahu mengeluarkannya.

Dengan kata lain, seseorang lelaki itu berniat dengan sengaja untuk tidak mengeluarkan air mani.

Keadaan ini mungkin kedengaran agak pelik dan tidak normal. Tetapi, ia diamalkan oleh sebahagian besar pengikut ajaran Taoism dan juga mereka yang mengamalkan kaedah seks tantrik (tantric sex). 

Ada beberapa sebab mengapa sesetengah individu mengelakkan diri daripada melakukan ejakulasi.

Pertama, mereka berpendapat bahawa dengan menahan diri daripada melakukan ejakulasi dapat menggalakkan peningkatan emosi dan juga spiritual.

Ada juga yang berpendapat bahawa ia mungkin memperbaiki kesuburan mereka. Selain itu, kaedah seperti ini juga dipercayai mampu meningkatkan kekuatan fizikal dan juga membina otot. 

#2. Anejakulasi

Anejakulasi juga dikenali sebagai orgasme kering. Ia boleh dikategorikan kepada dua iaitu primer dan juga sekunder.

Bagi mereka yang tidak berkemampuan atau tidak pernah mengeluarkan air mani sewaktu berejakulasi, mereka dikira mempunyai anejakulasi kategori primer.

Bagi mereka yang dahulunya pernah berkemampuan mengeluarkan air mani, tetapi kini tidak lagi mampu, maka ia dianggap memiliki anejakulasi kategori sekunder.

Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan anejakulasi ini berlaku. Antaranya ialah:

  • Kecederaan pada saraf tunjang
  • Pembedahan atau kecederaan pada bahagian pelvis
  • Jangkitan
  • Sesetengah kesan ubat-ubatan seperti antidepresan
  • Gangguan sistem saraf
  • Tekanan atau isu berkaitan psikologi

#3. Ejakulasi retrograde

Ejakulasi retrograde berlaku apabila air mani bergerak ke belakang memasuki kelenjar, bukannya bergerak terpancut ke hadapan seperti yang sepatutnya.

Apabila ejakulasi seperti ini berlaku, anda masih lagi merasai nikmat orgasme tersebut tetapi mungkin hanya mengeluarkan sedikit bahkan tiada langsung air mani.

Kes ejakulasi seperti ini tidaklah membahayakan kesihatan tetapi boleh menyebabkan ketidaksuburan.

Selain itu, ia juga mungkin akan menyebabkan air kencing berwarna seperti berkeladak disebabkan kewujudan air mani dalam air kencing anda. 

Adakah terdapat sebarang manfaat jika menahan keluar air mani?

air mani lelaki

Tidak terdapat kelebihan atau manfaat khusus jika anda menahan air mani daripada keluar.

Ada beberapa manfaat yang mungkin pernah diutarakan sebelum ini. Antara manfaat yang didakwa boleh diperoleh jika menahan diri daripada berejakulasi adalah seperti berikut:

Manfaat terhadap fizikal:

  • Meningkatkan stamina di gim dan juga ketika melakukan hubungan intim
  • Meningkatkan jisim otot
  • Meningkatkan kualiti sperma
  • Mempunyai rambut atau bulu yang lebih lebat
  • Berpotensi untuk mengalami orgasme berkali-kali

Manfaat kepada mental:

  • Mengurangkan tekanan dan keresahan
  • Meningkatkan motivasi
  • Mempunyai keyakinan yang lebih tinggi
  • Mempunyai fokus dan penumpuan yang lebih baik
  • Mempunyai kawalan diri yang lebih baik

Adakah terdapat sebarang risiko atau komplikasi jika menahan air mani lelaki daripada keluar?

keluar air mani

Anda tidak perlu risau kerana tidak terdapat sebarang risiko atau komplikasi jika anda menahan air mani daripada keluar.

Sperma yang tidak dikeluarkan bersama air mani akan dileraikan dan diserap kembali oleh tubuh anda.

Oleh sebab itu, tidak timbul sebarang isu yang boleh menjejaskan kesihatan anda jika tidak mengeluarkan air mani daripada tubuh. 

Ada yang kata, keluarkan air mani adalah lebih baik daripada menahannya. Mengapa? 

Terdapat beberapa kajian yang mengaitkan antara kekerapan ejakulasi dan juga risiko kanser prostat.

Kajian mendapati bahawa, mereka yang kerap berejakulasi mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mengalami kanser prostat.

Selain itu, dengan berejakulasi, ia akan membuatkan tubuh anda menjadi lebih terangsang.

Apabila tubuh anda terangsang, ia akan meningkatkan tahap dopamin dan juga oksitosin yang lebih dikenali secara umum sebagai hormon gembira dan hormon cinta.

Apabila tahap oksitosin meningkat, anda akan berasa lebih positif, yakin dan juga tenang.

Selain itu, hormon dopamin yang meningkat juga akan menggalakkan rasa positif dan mengurangkan rasa resah dan juga tekanan yang dialami. 

Kesimpulan

Anda kini faham bahawa menahan air mani daripada keluar tidak membahayakan kesihatan anda. Namun, berejakulasi mempunyai manfaatnya yang tersendiri terhadap pengurangan risiko kanser prostat. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Anak Lelaki Alami Mimpi Basah? Ayah, Jalankan Tanggungjawab Anda, Ini Yang Perlu Dibuat

Mimpi basah adalah keadaan normal yang menjengah ke alam akil baligh. Tapi kalau anak lelaki yang masih kecil mengalaminya, adakah ibu bapa perlu bimbang?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Tips Keibubapaan 24/07/2020 . 3 minit bacaan

PANCUT DALAM Masa Hamil Bukan Saja Baik Untuk Suami Isteri, Tapi Juga Baby Dalam Perut

Hubungan kelamin ketika hamil dikatakan bermanfaat. Tetapi adakah anda tahu kebaikan kesan air mani pada kandungan? Ikuti penjelasannya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 20/07/2020 . 3 minit bacaan

Alamak! Air Mani Termasuk Ke Dalam Mata? Boleh Dapat Penyakit Kelamin Ke?

Seks boleh menjadi menyeronokkan dan awkward terutamanya jika air mani si dia termasuk dalam mata! Sekarang anda risau jangkitan penyakit kelamin pula.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 15/07/2020 . 3 minit bacaan

Anda Percaya Makan Bawang Boleh Tambah Air Mani Lelaki? Ada 7 Cara Lain Tau!

Ramai lelaki yang runsing kerana khuatir sperma mereka sedikit. Jom klik artikel ini untuk tahu cara menambah air mani yang betul!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 14/07/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

urutan jelqing

Nak Bagi Senjata Lebih Padu, Amalkan Urutan Jelqing! Tapi Boleh Ke Guna Aloe Vera?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 07/09/2020 . 3 minit bacaan
air mani selepas seks

Alamak! Abang Terpancut Dalam, Ada Ke Cara Nak Keluarkan Semula Air Mani Daripada Faraj?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 18/08/2020 . 3 minit bacaan

Nak Tahu Sperma SUBUR Atau TIDAK? Lakukan Kiraan Air Mani, Ini 7 Sebab Kaum Adam Kena Buat!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 12/08/2020 . 3 minit bacaan
rawatan mati pucuk

Lelaki Nak Rawat Masalah Mati Pucuk? Buat Senaman Kegel Saja, Boleh Lakukan Bersama Isteri

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 05/08/2020 . 3 minit bacaan