backup og meta

Lebih Separuh Vaksin Dibazirkan di Seluruh Dunia

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 01/08/2023

    Lebih Separuh Vaksin Dibazirkan di Seluruh Dunia

    Selama bertahun-tahun vaksin telah menghalang kes-kes penyakit yang tidak terkira banyaknya dan menyelamatkan berjuta-juta nyawa. Penyakit berjangkit seperti polio, campak, difteria, pertusis (batuk kokol), rubella (campak Jerman), cacar, beguk, tetanus dan rotavirus biasa merebak di seluruh dunia. Hari ini vaksin boleh menghalangnya.

    Menurut artikel World Economic Forum, walaupun demikian, satu daripada lima kanak-kanak di dunia tidak dilindungi sepenuhnya oleh vaksin yang paling asas. Di samping itu, hampir 20 juta berisiko terdedah kepada penyakit yang boleh dicegah kerana mereka tidak diberi vaksin. Hasilnya kira-kira 1.5 juta kanak-kanak mati setiap tahun daripada penyakit yang dapat dicegah oleh perlindungan vaksin.

    Pembaziran vaksin

    Menurut kajian Monitoring vaccine wastage at country level, oleh kerana pembaziran ditakrifkan sebagai kerugian secara penggunaan, kerosakan, hakisan atau kebocoran atau melalui pembaziran, adalah bijak untuk memulakan perbincangan dengan aspek pembaziran.

    Salah satu cara mengklasifikasikan pembaziran vaksin adalah dengan membezakan sebab-sebabnya sama ada berkaitan dengan sistem atau berkaitan dengan program. Walau bagaimanapun, ini mengelirukan apabila sesetengah pembaziran melibatkan botol yang belum dibuka, dan ia tidak boleh dianggap sebagai pembaziran sistem.

    Sumber: World Health Organization

    Punca pembaziran vaksin

    Salah satu sebab utama ialah terdapat banyak kawasan luar bandar di dunia yang tidak mempunyai bekalan elektrik. Vaksin perlu disimpan pada suhu tertentu, biasanya disejukkan, untuk mengekalkan keberkesanannya. Keadaan rantaian sejuk tidak mungkin dikekalkan tanpa elektrik. Rantaian sejuk adalah rantaian bekalan suhu terkawal bermula daripada masa vaksin dihasilkan sehingga ia diuruskan. Ia mengekalkan vaksin dalam suhu antara 2°C dan 8°C. Pemadaman elektrik boleh menjejaskan rantaian sejuk ini dan mengakibatkan vaksin kehilangan keberkesanannya.

    Sumber: World Economic Forum

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa lebih daripada 50% vaksin mungkin dibazirkan di seluruh dunia setiap tahun akibat kawalan suhu, logistik dan isu berkaitan penghantaran.

    Kebanyakan garis panduan kerajaan mencadangkan bahawa vaksin yang berkemungkinan telah terjejas harus dibuang. Ini boleh memakan belanja. Pada tahun 2011, menurut UNICEF, anggaran vaksin bernilai USD $ 1.5 juta telah dibazirkan dalam tempoh lima bulan, selalunya disebabkan oleh kesukaran mengekalkan rantaian sejuk bekalan vaksin ke lokasi terpencil.

    Penyelesaian

    • Garis panduan yang lebih baik

    Menyediakan garis panduan yang lebih komprehensif untuk anggota kesihatan. Ini harus dengan cara menguji secara sistematik kestabilan dan potensi vaksin dan ubat lain di bawah pelbagai keadaan.

    • Peralatan baru

    Menyediakan peralatan alternatif yang boleh mengekalkan suhu dalam gangguan elektrik. Ini termasuk kabinet penyejukan berkuasa solar, peti sejuk sokongan dan perakam data. Ini akan memastikan ubat-ubatan dan vaksin yang sensitif suhu dapat dipelihara.

    • Vaksin baru

    Memwujudkan vaksin yang tidak memerlukan penyejukan berterusan daripada pembuatan hingga kepada pengedaran. Ini sudah wujud, termasuk vaksin termostabil yang boleh disimpan untuk tempoh yang melebihi 8°C. Menggantikan vaksin standard dengan versi suhu stabil akan mengurangkan kos dan membolehkannya digunakan dalam keadaan yang mencabar.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 01/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan