Kenali Apa Itu Parasit

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Parasit adalah sejenis hidupan atau organisme yang hidup di luar atau dalam badan manusia dan mendapatkan makanannya daripada hos atau manusia terbabit. Makanan yang diambil daripada badan manusia mungkin menyebabkan kesan yang buruk ke atas manusia tersebut.

Kebiasaannya, kes-kes yang melibatkan jangkitan parasit banyak berlaku di negara-negara berpendapatan rendah disebabkan oleh tahap kebersihan yang rendah. Namun, ia juga boleh dan masih berlaku di negara-negara maju.

Sebagai asas kepada memahami apa itu parasit, ikuti artikel ini sehingga akhir.

Apakah jenis-jenis parasit?

Terdapat 3 kumpulan utama parasit yang boleh menyebabkan jangkitan ke atas manusia, iaitu protozoa, helminths dan ectoparasites.

1. Protozoa

Ini adalah sejenis organisme yang terbina daripada hanya satu sel sahaja. Oleh itu, ia hanya boleh dilihat di bawah mikroskop. Protozoa mungkin hidup bebas di persekitaran atau menjadi parasit di dalam badan manusia.

Ia mampu berkembang biak di dalam badan manusia yang memberikan kelangsungan hidup kepadanya serta menyebabkan jangkitan kepada manusia.

Protozoa yang terbentuk daripada satu sel dilihat di bawah mikroskop

Protozoa mungkin hidup di dalam usus, tisu atau darah manusia. Bagi yang hidup di dalam usus, jangkitan kebiasaannya tersebar melalui fecal-oral, iaitu mengambil makanan atau minuman yang dicemari najis pembawa protozoa terbabit. Protozoa di dalam tisu atau darah pula tersebar melalui gigitan nyamuk.

Antara protozoa yang biasa adalah:

  • Giardia – ia menyebabkan jangkitan usus yang dinamakan giardiasis dengan simptom-simptom seperti sakit perut, cirit-birit, najis berdarah dan hilang berat badan. Jangkitan boleh tersebar melalui makanan atau minuman yang tercemar.
  • Leishmania – jangkitan parasit ini boleh menjejaskan sama ada kulit atau organ dalaman. Simptomnya termasuk ulser kulit dan mulut serta demam, sel darah merah rendah dan bengkak limpa dan hati. Jangkitan yang digelar leishmaniasis ini tersebar melalui gigitan nyamuk.
  • Plasmodium – ini adalah organisme yang bertanggungjawab menyebabkan penyakit bawaan nyamuk bernama malaria. Simptom yang ada termasuk demam, sakit kepala dan muntah. Dalam kes yang teruk, ia boleh menyebabkan pendarahan, kegagalan organ dan bahkan maut.

2. Helminths (cacing)

Dalam masyarakat Malaysia, helminths biasanya dikenali sebagai cacing atau worms. Walaupun nampak semua cacing seakan-akan sama, sebenarnya terdapat pelbagai jenis cacing.

Helminths bukan seperti protozoa, ia bersaiz besar dan boleh dilihat dengan mata kasar. Ia juga tidak boleh berkembang biak di dalam badan manusia apabila telah mencapai fasa dewasa.

Gambar cacing gelang Ascaris lumbricoides

Antara contoh helminths ialah:

  • Taenia – juga dikenali sebagai cacing pita, jangkitan boleh berlaku jika memakan daging khinzir (Taenia solium) atau daging lembu (Taenia saginata) yang tidak dimasak sepenuhnya. Kebiasaannya, tiada simptom dapat dilihat dan diagnosis dibuat melalui ujian najis. Jika ada simptom, ia termasuk cirit-birit, sakit perut atau dalam kes yang serius boleh menyebabkan sawan dan maut.
  • Schistosoma – boleh menjejaskan usus (Schistosoma mansoni) atau pundi kencing (Schistosoma hematobium). Parasit ini dibawa oleh siput tertentu yang hidup di sungai dan tasik. Jangkitan berlaku apabila cacing ini masuk ke dalam badan manusia melalui kulit, kebiasaannya kulit kaki yang tercelup di dalam sungai. Dengan adanya ubat cacing praziquantel, jangkitan ini berjaya dirawat dengan efektif.
  • Ascaris – cacing ini berbentuk seperti sayur taugeh (sejenis cacing gelang). Ia tersebar melalui air dan makanan yang tercemar. Simptomnya termasuk, sakit perut dan cirit birit. Jika bilangan cacing yang terkumpul di dalam usus adalah banyak, ia mungkin menyebabkan usus tersumbat.
  • Ancylostoma – penyakit yang disebabkan oleh parasit ini turut dikenali sebagai penyakit cacing cangkuk (hookworm disease). Ia hidup di permukaan tanah dan jangkitan biasanya berlaku dalam kalangan mereka yang berjalan kaki ayam. Cacing yang masuk melalui kulit boleh pergi ke dalam darah dan hidup di dalam usus. Giginya yang tajam menyebabkan pesakit hilang darah sehingga mengalami anemia.

3. Ectoparasites

Ini adalah kumpulan parasit yang hidup di luar badan manusia. Ia termasuk kutu dan hama. Kadangkala, nyamuk juga diletakkan dalam kumpulan ini. Meskipun, ectoparasites sendiri boleh menyebabkan penyakit tertentu, ia lebih penting dalam fungsinya sebagai pembawa penyakit lain termasuk bakteria, virus dan parasit.

Kutu daripada jarak dekat

Antara contoh ectoparasites:

  • Sarcoptes scabiei – menyebabkan penyakit scabies. Kulit akan menjadi gatal-gatal disebabkan iritasi oleh hama ini ke atas kulit. Kawasan yang biasa terlibat ialah celah cari, bahagian dalam lengan, ketiak dan kemaluan. Jangkitan boleh tersebar melalui sentuhan langsung. Oleh itu, seluruh isi rumah perlu dirawat.
  • Phthirius pubis – juga dikenali sebagai kutu kemaluan, pesakit akan mengadu gatal-gatal di bahagian celah kangkang.

Kebersihaan adalah kunci kepada mencegah jangkitan parasit. Bukan sahaja kebersihan diri, tetapi rumah dan persekitaran juga perlu sentiasa bersih.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.


Menarik di Facebook Hello Doktor:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    7 Fakta & Mitos Pembunuh Sperma Lelaki Yang Anda WAJIB Tahu, Jangan Percaya Benda Karut!

    Sperma suami sangat penting bagi lelaki yang inginkan cahaya mata. Apabila anda menghadiri pemeriksaan dengan doktor untuk mengetahui tahap kesuburan...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 15/01/2021 . 3 minit bacaan

    PTSD Bukan Hanya Sebab Perang! Ini Cara Kenalpasti Anda Menghidap PTSD & Cara Atasinya

    PTSD adalah masalah kesihatan mental yang boleh dialami sesiapa sahaja. Jom kenali pencetus gangguan serta cara untuk mengatasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 15/01/2021 . 3 minit bacaan

    Berapa Jumlah Tidur Yang Mencukupi? Tidur 5 Jam Sehari Tingkatkan Risiko Osteoporosis!

    Mungkin ramai yang tak percaya ada kaitan di antara masalah tak cukup tidur dengan osteoporosis. Hakikatnya, tidur merupakan salah satu elemen penting...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Tidur Berkualiti 15/01/2021 . 3 minit bacaan

    Mahu Snek Ringkas, Padat Dengan Nutrisi & Mudah Disedia? Kekacang Untuk Lebih Tenaga!

    Sebagai kudapan sihat, cuba makan kacang sebelum bersenam. Banyak khasiat kacang yang ramai orang tidak tahu, termasuklah keupayaannya untuk beri tenaga!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 15/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    masalah menstruasi wanita

    Ladies… Jangan Abaikan Simptom Haid Ini, Khuatir Ia Boleh Disebabkan Oleh Kanser!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
    conteng dinding

    Aduh, Panas Hati Bila Anak Suka Conteng Dinding! Bertenang, Cuba 5 Tip Ini Untuk Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
    susah tidur

    Cepat Penat & Susah Tidur Waktu Malam? Hati-Hati, Ia Mungkin Masalah TAK Disangka Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
    penyakit glue ear

    Telinga Anda Kerap Berdesing Dan Sukar Mendengar? Ia Mungkin Petanda Penyakit Ini…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan