Bahaya Fenomena Hujan Asid, Ia Boleh Sebabkan Individu Alami Radang Paru-paru?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Aman! jangan main air hujan, nanti demam macam mana?”, pesan seorang ibu kepada anaknya yang sedang seronok bermain di luar rumah bersama temannya.

Pesanan seperti ini sudah pasti kita selalu dengar waktu kecil-kecil dahulu apabila hujan turun dengan lebatnya dan kita ingin bermain bersama kawan-kawan seusia di luar rumah.

Mungkin ibu kita berpesan sebegitu sebab tidak mahu kita jatuh sakit. Ia sudah menjadi tugas seorang ibu yang mithali.

Namun, pernahkah anda terfikir jika berlaku fenomena hujan asid di Malaysia?

Semestinya para ibu akan menjadi lebih khuatir dan bimbang terhadap tahap kesihatan anaknya dan akan melarang keras si kecilnya itu dari bermain di luar rumah bersama teman-teman seusianya.

Untuk tahu lebih lanjut mengenai fenomena ini dan bahayanya terhadap kesihatan kita, jom sama-sama kita ikuti artikel ini!

Apakah itu hujan asid?

Sebelum pergi dengan lebih dalam lagi, seharusnya kita tahu mengenai fenomena ini terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, hujan asid adalah satu fenomena di mana air hujan yang turun ke bumi adalah berasid.

Ia disebabkan oleh penggabungan air dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera.

Satu fenomena yang menakutkan, bukan?

Dengan kemajuan teknologi kini, penggunaan tenaga elektrik dan pengangkutan jalan raya telah menyebabkan bahan api fosil dibakar dalam jumlah yang lebih banyak.

Pembakaran bahan api fosil seperti arang batu dan minyak petrol oleh loji tenaga serta ekzos kenderaan telah membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara!

Fenomena ini seterusnya akan menyebarkan asid sulfurik dan asid nitrik melalui angin lantas menyebabkan pencemaran udara.

hujan

Akibatnya, hujan yang turun akan bergabung dengan kandungan asid di udara lalu melahirkan fenomena hujan asid.

Selepas turun ke bumi, ia akan terkumpul menjadi pemendapan berasid.

Fenomena ini kemudiannya akan menyebabkan tumbuhan dan hidupan mati, batuan dan bangunan menjadi tidak kuat serta lebih menakutkan, mengganggu tahap kesihatan manusia.

Pernahkah fenomena ini berlaku di Malaysia?

Buat anda yang tertanya-tanya, ini dia jawapannya.

Sehingga penghujung dekad 70-an, fenomena hujan asid hanya pernah berlaku di benua Eropah dan Amerika Utara.

Namun, faktor urbanisasi dan industrialisasi yang sedang giat meningkat di benua Asia Tenggara khususnya Malaysia, telah mengakibatkan fenomena ini berlaku di negara kita.

Untuk pengetahuan anda, kawasan yang paling terjejas teruk dengan fenomena ini adalah Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Kedah, ekoran pembangunan yang agak pesat di kawasan ini.

Pada tahun 1985 hingga 1988, pernah berlaku fenomena hujan asid yang agak teruk di kawasan Petaling Jaya dan Senai.

Pada sekitar tahun 1985 hingga 1992, min pH bagi negara kita berkitar di antara 5.0 hingga 5.7, dan ia akan menjadi lebih teruk di kawasan perindustrian seperti Kuala Lumpur, Lembah Klang dan Johor Bahru. 

Bahaya hujan asid terhadap kesihatan

Jika hujan biasa pun sudah berbahaya kepada kesihatan kita, apatah lagi hujan asid, bukan?

Hakikatnya, hujan asid tampak, rasa dan bau seakan hujan yang biasa.

Jadi, fenomena ini mungkin agak sukar dibezakan dan dikenalpasti.

Untuk pengetahuan anda, terkena air hujan asid mungkin akan mengakibatkan kesan terhadap kesihatan yang agak serupa seperti hujan biasa seperti demam dan selesema.

Ya, ia mungkin kelihatan seperti simptom biasa yang kurang berbahaya namun anda juga perlu tahu bahawa kesan fenomena ini adalah bersifat jangka masa panjang.

hujan

Ini akibat daripada kehadiran pencemaran sulfur dioksida (SO2) dan nitrogen oksida (NOx) yang akan mengakibatkan masalah kesihatan kepada manusia.

Kedua-dua gas beracun ini yang berlegar di ruang udara akan memasuki paru-paru manusia melalui sistem pernafasan.

Kesannya, ia mungkin akan mengakibatkan beberapa kondisi kesihatan yang melibatkan sistem pernafasan seperti:

Pun begitu, anda juga perlu tahu bahawa hujan asid ini mungkin tidak akan memberi kesan kepada kulit anda jika terkenanya.

Tahap pH asid yang wujud ketika fenomena ini berlaku tidaklah terlalu berasid sehingga mampu membakar atau menghakis kulit manusia.

Cukup sekadar anda tahu bahawa pencemaran udara yang disebabkan fenomena ini adalah dalang kepada kondisi-kondisi yang diceritakan di atas ini.

Jadi jika ia berlaku di sekitar kawasan anda, cuba hadkan masa anda di luar rumah untuk mengurangkan risiko!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Nak Keluarga Sihat & Bahagia? Jaga 5 Aspek Persekitaran Penting Ini: Hari Alam Sekitar Sedunia -5 Jun

Bagaimana tahap kesihatan persekitaran memberi impak kepada kualiti hidup? Apa kaitannya persekitaran dengan kesihatan manusia?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 04/06/2020 . 3 minit bacaan

Betul Ke Udara Boleh Meningkatkan Risiko Skizofrenia?

Adakah benar udara yang kita hirup ini boleh menjadi antara punca meningkatkan risiko untuk mengalami penyakit mental kronik, skizofrenia?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 23/01/2020 . 4 minit bacaan

Jangkitan Pneumonia

Pneumonia merupakan jangkitan atau radang paru-paru. Jom ketahui apakah punca, siapa yang berisiko dan kaedah rawatan bagi masalah ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 12/12/2019 . 3 minit bacaan

Basmi Pencemaran Udara Secara Semula Jadi

Kajian menunjukkan bahawa penanaman pokok pada kawasan yang berdekatan dengan kilang dapat membasmi pencemaran udara. Teruskan membaca.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Berita, Berita Antarabangsa 12/12/2019 . 2 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

radang paru paru

Apa Itu Kanser Paru-Paru: Tanda, Punca Dan Rawatan Yang Anda Perlu Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 17/09/2020 . 6 minit bacaan
jangkitan kuman paru paru

Pneumonia Atau Bronkitis, Mana Satu Lebih Berbahaya Untuk Paru-paru Anda?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 08/09/2020 . 3 minit bacaan
mandi hujan

Kenapa Anak Selalu Jatuh Sakit Jika Terkena Hujan? Ini Bukan Salah Hujan, Sebaliknya Ada Sebab Lain!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 05/08/2020 . 3 minit bacaan
kahak berdarah

Tibi Dan Pneumonia, Gejala Yang Sama Tapi 2 Penyakit Berbeza, Mana Satu Lebih Bahaya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 20/07/2020 . 3 minit bacaan