Ini 5 Bahan Kimia Berbahaya dalam Vape yang Ramai Tidak Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 24/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Berdasarkan kajian, terdapat lebih 40 bahan kimia dalam vape yang telah dikenal pasti. Sesetengah daripada bahan kimia tersebut adalah sangat berbahaya kepada kesihatan dan berupaya untuk dilepaskan ke udara sekeliling (risiko perokok pasif). Berikut merupakan 5 bahan kimia dalam vape yang mampu meningkatkan kadar kematian.

Asetaldehid

Kebanyakan cecair perisa terdiri daripada bahan berasaskan asetaldehid. Bila dicampur dengan bahan kimia lazim yang lain dalam cecair vape seperti propilena glikol, ia akan menyebabkan pembentukan kompaun asetal yang berupaya untuk menghasilkan kerengsaan di sepanjang saluran pernafasan. Susulan daripada itu, ia berupaya untuk menyebabkan keradangan. Pendedahan luaran juga boleh menyebabkan kerengsaan kepada mata dan juga kulit. Pendedahan jangka masa lama boleh menyebabkan simptom-simptom mirip alkoholisme.  Ia juga merupakan bahan karsinogen kerana ia boleh menyebabkan kerosakan kepada DNA. Asetaldehid merupakan bahan yang banyak terkandung dalam penanggal cat. Di tempat kerja, kepekatan maksimum yang dibenarkan hanyalah setakat 50 ppm.

N-Nitrosonornicktina (NNN)

Seperti bahan nitrosamin yang lain, NNN bersifat karsinogenik, bermakna ia berupaya untuk mencetuskan pembentukan kanser. NNN telah dikenal pasti mampu untuk menyebabkan kanser esofagus dan hidung. Had kandungan bahan kimia berasaskan nitrosamin dalam produk makanan (seperti dalam daging proses) diletakkan pada tahap bawah 10 bahagian per bilion (ppb)

Plumbum

Pendedahan kepada plumbum mampu menyebabkan anemia, tekanan darah tinggi, kerosakan buah pinggang dan juga kesan toksik kepada organ reproduktif. Pada tahap pendedahan yang tinggi, ia boleh menyerang sistem saraf tunjang, membawa kepada koma, sawan dan juga kematian. Dalam kanak-kanak, ia boleh mengakibatkan gangguan tingkah laku dan juga neurologi yang boleh membawa kepada kecacatan mental kekal. WHO telah mengenalpasti plumbum sebagai 1 daripada 10 bahan kimia yang menjadi kerisauan kesihatan awam. Pendedahan boleh datang daripada penyedutan plumbum yang terhasil daripada proses pembakaran dan juga daripada habuk atau jerebu yang dicemari oleh plumbum. 

Toluena

Penyedutan paras rendah boleh menyebabkan kekeliruan, kelemahan, gangguan ingatan, loya dan juga gangguan pendengaran. Penyedutan paras tinggi boleh menyebabkan pening kepala, mengantuk, tidak sedarkan diri dan juga kematian. Ia juga dikenali sebagai perengsa kepada mata, kulit dan juga saluran pernafasan. Wapnya boleh bercampur dengan udara dan membentuk campuran yang mudah meletup. Toluena boleh dijumpai dalam gasolina industri pernebangan, cat dan juga dalam tiner. Di tempat kerja, hanya kepekatan dan tempoh pendedahan tertentu sahaja yang dibenarkan bagi melindungi pekerja daripada kesan buruk.

Benzena

Benzena adalah sejenis kompaun karsinogen yang cukup terkenal dalam menyebabkan pelbagai jenis kanser darah dan gangguan fungsi tulang sumsum. Ia juga berupaya untuk meningkatkan risiko untuk penyakit kardiovaskular. Selain asap rokok, sumber utama pendedahan benzena adalah daripada ekzos kenderaan dan juga pelepasan kilang. Dalam industri pembuatan, NIOSH menyarankan pekerja untuk memakai alat pernafasan khas jika mereka akan terdedah kepada paras benzena yang lebih tinggi daripada paras yang dibenarkan untuk tempoh 8 jam iaitu 0.1 ppm.

Bahan – bahan di atas hanyalah sebahagian sahaja daripada senarai penuh bahan kimia dalam vape yang mampu menyebabkan kesan buruk terhadap kesihatan. Realitinya, keupayaan untuk mengadun sendiri pelbagai perisa menyebabkan tindak balas kimia dan pembentukan pelbagai kompaun berbahaya. Memandangkan pembentukan kompaun ini tidak diketahui oleh penghasil, mereka tidak meletakkannya dalam label produk. Jika anda ingin berhenti merokok, pastikan anda berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan nasihat dan kaedah berhenti merokok yang berkesan dan juga selamat.

Layari laman sesawang http://jomquit.moh.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Rakan Sekerja Selalu Buat Hal? Jangan Tunggu Lagi, Ini 5 Cara Untuk Anda Berdepan Dengan Individu Toksik Seperti Mereka

    Rakan sekerja sering menyalahkan anda? Mereka sering merungut perkara yang tidak perlu? Ketahui 5 cara untuk berhadapan dengan individu toksik ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 18/02/2020 . 3 minit bacaan

    Denda 10 Ribu Jika Kantoi Merokok Di Kedai Makan – Menteri Kesihatan

    Mulai 1 Januari 2020, perbuatan merokok di premis makanan akan diharamkan. Jika anda didapati bersalah, tindakan dan hukuman yang setimpal akan dikenakan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Berita, Berita Tempatan 15/11/2019 . 2 minit bacaan

    Vape BUKAN Idea Bagus Sebagai Pengganti Rokok, Kes Kematian Evali Ini Antara Sebabnya!

    Terdapat kes yang memberikan persepsi bahawa penggunaan vape bukanlah satu idea yang bagus bagi menggantikan rokok. Ikuti artikel ini untuk maklumat lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Berhenti Merokok 04/11/2019 . 3 minit bacaan

    Vape Dan Rokok Elektronik Mungkin Diharamkan – Timbalan Menteri Kesihatan

    Pilihan yang ada termasuklah menguatkuasakan peraturan jualan yang ketat ataupun memutuskan agar vape diharamkan sepenuhnya. 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Berita, Berita Tempatan 01/11/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    masalah pernafasan

    Jangan Ingat Perokok Saja Yang Kena Masalah Pernafasan COPD, Yang Tak Merokok Juga Berisiko!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
    bahaya rokok

    Rokok Gulung Lebih Selamat Berbanding Rokok Biasa? Anda Sebenarnya SILAP!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/05/2020 . 3 minit bacaan
    bahaya merokok

    Ingin Berhenti Merokok Bulan Puasa Ini? Buat 5 Tip Di Bawah Confirm Anda Tak Hisap Lagi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/05/2020 . 3 minit bacaan
    persahabatan

    Jangan Gusar, Ini 6 Cara Tamatkan Persahabatan Toksik Dengan Rakan Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 25/02/2020 . 3 minit bacaan