Pakai Produk Hebat Tapi Parut Jerawat Susah Nak Hilang, Ini PUNCA Utamanya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 24/08/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Jerawat adalah penyakit kulit yang disebabkan bakteria dan biasanya muncul pada bahagian muka, leher, belakang badan dan dada. Kesan akibat jerawat yang paling ketara adalah parut jerawat, yang mungkin memakan masa bertahun untuk sembuh. Jadi kefahaman tentang penyebab parut jerawat boleh membantu untuk menentukan kaedah rawatan yang berkesan.

Kenapa jerawat meninggalkan parut?

Menurut American Academy of Dermatology, terdapat hampir 80% pesakit jerawat menderita akibat parut.

Parut adalah hasil daripada proses penyembuhan luka yang dihasilkan badan. Jerawat merupakan antara salah satu kerosakan pada kulit, selepas keradangan ia akan meninggalkan parut. Kolagen yang musnah ketika keradangan akan mengakibatkan wujudnya parut seperti ‘cucukan jarum’ (ice pick) – ini kerana kulit kehilangan tisu dan sistem sokongan

Lebih malang lagi jika jerawat itu muncul pada bahagian muka, yang menyebabkan parut yang wujud membawa kepada hilang keyakinan diri kepada pesakit. Kolagen yang hilang akan menyebabkan parut akan lebih menonjol.

Jenis parut jerawat

Terdapat tiga jenis parut jerawat iaitu atrophic, hypertrophic dan keloid – menyebabkan parut yang wujud juga mungkin berbeza.

Parut jerawat atrophic merupakan antara parut jerawat biasa dialami. Parut ini diklasifikasikan sebagai ice pick, box scar, dan rolling scar. Parut ice pick atau seperti cucukan jarum ini mempunyai parut yang kecil (2mm), dalam dan kelihatan seperti bentuk V, bagi rolling scar adalah bersaiz agak besar (sekitar 4-5mm), berbentuk M. Manakala parut jerawat bentuk U dan agak luas adalah parut jerawat untuk jenis box scar.

Kolagen yang berlebihan atau berkurangan boleh menjadi punca kepada parut jenis hypertrophic dan keloid. Parut hypertrophic berlaku apabila kolagen hyalinized tebal dan berkumpul pada kulit. Biasanya ia mempunyai warna merah jambu. Manakala parut keloid mempunyai warna merah-ungu dan bersaiz agak kecil dari hypertrophic.

Jika anda merasa terganggu atau kemunculan parut yang kronik menjejaskan keyakinan diri anda, sebaiknya anda hubungi atau berjumpa doktor atau pakar dermatologi untuk mendapatkan pemeriksaan menyeluruh dan rawatan yang betul. Pilihan untuk merawat jerawat terdiri daripada terapi semula jadi, ubatan ataupun pembedahan laser.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berikut:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Aduh, Muka Lawa Jadi Teruk Sebab Jerawat! Hati-Hati Elak Ubat Bukan Preskripsi

    Jerawat memang menganggu keseluruhan wajah individu terutama jika mengambil ubatan yang salah tanpa berjumpa pakar dermatologi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 18/01/2019 . 3 minit bacaan

    5 Makanan yang Menyebabkan Jerawat

    Jerawat adalah mimpi ngeri setiap orang. Banyak penyelidikan telah dilakukan terhadap punca sebenarnya menyebabkan jerawat tetapi penemuannya agak tidak jelas. Bagaimana pun terdapat beberapa makanan yang boleh ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 25/05/2018 . 2 minit bacaan

    Cara Mencegah Tanda Merah dan Parut Jerawat

    Berbeza dengan kepercayaan umum, tanda merah dan parut jerawat adalah 2 konsep yang berbeza. Walaupun parut jerawat berpunca daripada kerosakan yang mendalam dalam struktur di bawah kulit, tanda merah adalah tanda ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 04/05/2018 . 2 minit bacaan

    Rawatan Sampingan Terbaik untuk Parut Jerawat

    Jerawat boleh menjadi memalukan dan menjejaskan penampilan untuk dialami apabila anda seorang remaja mahupun dewasa. Walaupun selepas jerawat hilang, parut jerawat masih boleh menimbulkan masalah keyakinan diri ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 18/04/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pimple-patch-atasi-masalah-jerawat

    Boleh Ke Atasi Masalah Jerawat Dengan Pimple Patch? Jom Selidik Keberkesanannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 05/06/2020 . 3 minit bacaan
    jatuh cinta

    Eh…Jerawat Apa Pulak Ni? Jom Kenal Pasti Jenis Jerawat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 31/10/2019 . 3 minit bacaan

    14 Cara Hilangkan Parut Jerawat, Boleh Dirawat Hanya Dengan Makanan Saja, Senang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 20/08/2019 . 7 minit bacaan

    Memahami Rawatan Untuk Merawat Parut Jerawat Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 01/04/2019 . 3 minit bacaan