backup og meta

Pernah Alami Mimpi Basah, Lagi-lagi Yang Lelaki? Ini Penyebabnya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 02/02/2023

    Pernah Alami Mimpi Basah, Lagi-lagi Yang Lelaki? Ini Penyebabnya

    Pernah tak anda bangun tidur dan mendapati seluar basah atau melekit? Pada mulanya anda mungkin bimbang terkencing sewaktu tidur. Tetapi jika sedang atau sudah melalui akil baligh, anda mungkin mengalami mimpi basah. Mesti anda tertanya-tanya, apakah penyebab mimpi basah ini?

    Berikut adalah jawapan kepada soalan-soalan yang sering ditanya oleh remaja yang mengalaminya.

    Apa itu mimpi basah?

    Mimpi basah berlaku disebabkan ejakulasi semasa sedang tidur, yang bermaksud anda mengeluarkan air mani (cairan yang mengandungi sperma) daripada zakar.

    Kebiasaannya berlaku semasa anda bermimpi mengenai seks, tetapi anda mungkin tidak mengingati mimpi tersebut.

    Cara mimpi basah berlaku tanpa melancap disebabkan ejakulasi tetap boleh berlaku tanpa menyentuh zakar anda.

    Apa penyebab mimpi basah?

    penyebab mimpi basah

    Apabila anda melalui akil baligh, badan mula menghasilkan testosteron iaitu hormon lelaki.

    Apabila badan sudah mula membuat testosteron, ia boleh mengeluarkan sperma. Ini bermakna anda boleh menyuburkan telur atau ovum wanita jika memutuskan untuk mempunyai bayi pada masa akan datang.

    Ini juga bermakna anda boleh menyebabkan seorang wanita hamil jika melakukan hubungan seks.

    Semasa akil baligh, anda akan mula mengalami ereksi pada setiap masa yang berbeza sepanjang hari – di sekolah, semasa anda menonton TV dan di bilik mandi. Anda juga mungkin mengalami ereksi semasa tidur.

    Semen atau air mani boleh terkumpul dalam simpanan badan anda. Satu cara air mani dilepaskan adalah dengan mimpi basah.

    Inilah penyebab mimpi basah.

    Adakah normal jika kerap mempunyai mimpi basah?

    Mimpi basah adalah fasa normal tumbesaran. Tiada apa yang boleh anda lakukan untuk mengawal atau menghentikan mimpi basah.

    Walaupun kerap mengalami mimpi basah, ini tidak bermakna anda mempunyai masalah.

    Sesetengah lelaki mengalami mimpi basah beberapa kali seminggu. Sementara ada yang hanya mengalami mimpi basah beberapa kali sahaja sepanjang hidup mereka.

    Jika anda melepaskan air mani dengan melancap atau melakukan hubungan seks dengan pasangan, anda mungkin kurang mengalami mimpi basah.

    Penyebab mimpi basah, adakah semua orang mengalaminya?

    Melalui fasa akil baligh dan mempunyai testis (buah zakar) yang menghasilkan sperma membuatkan anda berkemungkinan mengalami mimpi basah.

    Mimpi basah semasa baligh adalah sangat biasa.

    Apa yang perlu dilakukan?

    penyebab mimpi basah

    Apabila bangun dari tidur, anda perlu membersihkan diri dan mandi wajib. Basuh zakar dengan sabun dan air secara teliti.

    Jika rasa kurang selesa tentang mimpi basah, anda boleh berbincang dengan doktor, ibu bapa, kaunselor, atau orang dewasa lain yang anda percaya.

    Anda akan diberikan sokongan dan kaunseling untuk membantu memahami bahawa apa yang anda alami itu adalah normal.

    Bolehkah elak mimpi basah daripada berlaku?

    Walaupun sesetengah orang mempunyai idea tentang bagaimana untuk elak mimpi basah daripada berlaku, namun tidak ada strategi yang terbukti untuk perkara tersebut.

    Menukar cadar dan membersihkan diri selepas itu mungkin memalukan atau menjengkelkan, tetapi perlu diingatkan bahawa mimpi basah adalah sebahagian daripada proses tumbesaran yang normal.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 02/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan