avatarbadge

Dr. Ahmad Zharif Hussein

Obstetrik dan ginekologi

Hello Health Group

Profil

Dr. Ahmad Zharif Hussein merupakan seorang Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi. Beliau kini berkhidmat di beberapa pusat perubatan di Johor Bahru iaitu Hospital KPJ Dato’ Onn dan juga Pusat Perubatan MetroIVF.

 

Dr. Ahmad Zharif menamatkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan pada tahun 2009 di Russian State Medical University, Moscow dan kemudiannya meneruskan latihan perubatan beliau di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Seremban. Ketika perkhidmatan beliau dipindahkan ke Hospital Segamat, Dr. Ahmad Zharif mula menanam minat dalam seni perubatan Obstetrik dan Ginekologi.

 

Dalam bidang perbidanan, Dr. Ahmad Zharif mempunyai minat yang tinggi dalam bahagian perubatan dan rawatan kesuburan dan beliau giat mengusahakan Pusat Perubatan MetroIVF yang berfungsi untuk membantu pasangan yang menghadapi cabaran dalam mendapatkan cahaya mata.

 

Dr. Ahmad Zharif juga aktif dalam menyampaikan kuliah dan ceramah perubatan bagi meningkatkan kesedaran tentang ilmu kesihatan kepada semua lapisan masyarakat. Beliau juga sering menulis artikel berkaitan dengan perbidanan untuk media-media tempatan dan juga antarabangsa.

Kelulusan

UNIVERSITI DAN IJAZAH

point
Master of Medicine (Obstetrics and Gynaecology)

Universiti Sains Malaysia

point
Doctor of Medicine (MD)

Russian State Medical University

PENGALAMAN

point
Obstetrics & Gynaecology Consultant

Hospital KPJ Dato’ Onn & Pusat Perubatan MetroIVF

point
Obstetrics & Gynaecology Consultant

Hospital Sultan Ismail Johor Bahru & Hospital Columbia Asia Tebrau

point
General Obsterics & Gynaecology specialist

Hospital Universiti Kubang Kerian

Baca Lagisee-more