Mak saya ada batu di hempedu, hilang selera makan, kerap muntah dan badan lemah.
Selamat sejahtera doktor.
Mak saya ada penyakit darah tinggi, kencing manis, kolesterol, gout dan keadaan buah pinggang dia dah berapa nak baik. Mak saya juga semenjak 2 tahun ni, ada masa dia berasa kurang selera makan.
Selain itu, mak saya disahkan doktor di hospital ada batu di hempedunya sebab dia rasa sakit sangat dekat bahagian ulu hatinya. Sudah 6 bulan sakitnya tidak menyerang lagi.
Pada 3 minggu lepas, dia rasa sakit sangat yang sama jadi kami ke hospital. Doktor cakap perlu buat operation tiada rawatan lain. Mak saya tak mahu buat dia nak jaga dan pantang sendiri.
Jadi lepas dari balik hospital, mak saya semakin kerap sakit pedih ulu hati hampir hari-hari rasa, badan dia pon rasa lemah dan kurang selera makan.
Sejak 3 hari lepas ini, dia lansung tiada selera makan, badan dia makinlemah dan kadang bisa-bisa badan tapi tidak demam, dan kerap muntah-muntah juga beberapa jam lepas makan dan waktu lain juga. Saya sudah bawanya ke klinik. Doktor berikan ubat tahan muntah, sakit perut dan pek serbuk ORS sahajaa. Saya puas pujuknya ke hospital tapi dia tidak mahu.
Mohon pendapat doktor. Apa perlu saya buat doktor?
Jika sakitnya berlaku secara berterusan adakah akan berisiko?
Adakah simptom ini berlaku boleh disebabkan oleh batu di hempedunya?
Apakah saya perlu bawanya ke hospital?
Terima kasih.

















