Luka di bahagian luar dari lubang anal.

Hi Doktor, saya Nusayr (bukan nama sebenar), berumur 16 tahun.


Sejak beberapa tahun ini, saya kerap mengalami masalah sembelit, dan pembengkakan anal, sehingga terkeluar dari lubang dubur saya. Saya melakukan sedikit kajian, dan saya mendapati saya mempunyai penyakit buasir, di tahap kedua, yang mana ianya boleh kecut dengan sendirinya.

Akan tetapi, masalah besar yang saya hadapi ialah, saya merasakan luka di sebelah lubang dubur saya, walaupun bengkak dari lubang anal itu sudah surut. Saya juga mengalami rasa sakit ataupun ngilu apabila duduk seperti biasa. Bahkan luka itu kerap berdenyut. Ianya seakan luka kecil, tetapi apabila dibilas dengan air, saya merasakan pedih dan perit yang luar biasa.

Apakah doktor mempunyai solusi untuk masalah saya?

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
103

0 komen

Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa
Topics not found