Anak sudah berumur 13 tahun, tetapi sangat susah makan.
Hi Doktor,
Saya mempunyai anak lelaki berumur 13 tahun, lelaki, hari ini adalah hari ke-3 dia di asrama (salah sebuah MRSM). Sejak dari kecil dia memamg sangat susah makan. Sebahagian besar hidupnya hanya makan roti gardenia dengan sapuan coklat sehingga dia berumur 10-11 tahun. Pada umur 11- 12 tahun dia mula belajar makan nasi putih dan telur dadar kosong. Dia hanya boleh makan nasi dan telur dadar masakan ibunya. Kalau di luar rumah, samada dikedai makan, di rumah neneknya dan juga sanak saudara yang lain, dia langsung tidak boleh makan nasi dan telur melainkan, ibunya yg masak dan mesti menggunakan beras yg sama seperti di rumah. Sudah mcm2 cara saya buat memujuk dia mencuba dengan cara yg lembut mahupun kasar, semuanya tidak menjadi.
Sekarang dia sudah berada di asrama, saya sangka yang bila sudah di asrama dia akan terpaksa makan apa sahaja yang ada, tetapi sedihnya sudah 3 hari dia tidak makan nasi. Nasib saya ada bekal kan roti dan coklat.
Keadaan ini sangat membimbangkan saya. Adakah perlu saya membawa anak saya berjumpa doktor pakar utk sebarang nasihat dan rawatan.
Sekian, terima kasih 🙏